backup og meta

Bila Si Manja Boleh Mula Makan Makanan Pejal? Ibu Bapa, Ini Jawapannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    Bila Si Manja Boleh Mula Makan Makanan Pejal? Ibu Bapa, Ini Jawapannya!

    Memperkenalkan makanan pejal kepada si manja anda sudah pasti merupakan salah satu perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh ibu bapa semasa tahun pertama bayi. Pelbagai jenis tekstur dan rasa makanan perlu dicuba oleh si kecil pada masa akan datang dan makanan pejal merupakan langkah pertamanya!

    Sebagai ibu bapa, sila galakkan bayi anda untuk mencuba makanan yang baru. Ini akan membuat mereka kebiasaan pada diri mereka apabila menginjak usia dewasa kelak. Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula beri si manja makanan pejal? adakah terdapat panduan umur yang spesifik?

    Bila si manja perlu mula makan makanan pejal?

    The American Academy of Pediatrics (AAP) dan World Health Organisation (WHO) mencadangkan anda untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi sekitar usianya 4 hingga 6 bulan.

    Ketika ini, sistem pencernaan si manja mungkin sudah berkembang ke tahap yang membolehkan ia memproses pelbagai jenis makanan yang diberikan kepada mereka.

    Dalam beberapa kes, ibu bapa juga sebenarnya boleh mula memperkenalkan makanan pejal sedikit lewat dari usia yang sepatutnya iaitu sekitar usia bayi 7 bulan.

    Memperkenalkan makanan pejal terlalu awal bukan idea yang baik kerana ia akan mengakibatkan pelbagai isu kesihatan kepada bayi. Walau bagaimanapun, menunggu sehingga 8 atau 9 bulan juga adalah terlalu lambat.

    Tabiat pemakanan bayi amat sukar untuk diubah pada ketika ini. Secara amnya, si kecil anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal apabila mereka sudah boleh:

  • Menegakkan kepala
  • Duduk dengan bantuan ibu bapa
  • Menunjukkan minat terhadap makanan
  • Menelan makanan tanpa sebarang paksaan
  • Fokus kepada daging, bijirin, kekacang dan sayur-sayuran

    makanan pejal

    Daging merupakan pelengkap kepada susu ibu. Ia kaya dengan zat besi dan zinc yang kurang dipunyai oleh susu badan.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa salah faham mengenai perkara ini dan mereka tidak seharusnya memberi daging kepada bayi seawal usia mereka.

    Telur dan ikan merupakan pilihan yang baik. Kekacang juga mengandungi protein dan zat besi. Anda boleh memperkenalkan lentil, kacang kuda atau kacang tanah kepada si kecil anda.

    Buah-buahan tidak akan memberi bayi anda nutrisi yang banyak namun dapat membekalkan kandungan air dan gula yang tinggi.

    Anda juga boleh memberikan bayi anda sajian bijirin dua kali sehari untuk memastikan si kecil anda mendapatkan zat besi yang cukup.

    Produk tenusu seperti keju dan yogurt juga sebenarnya boleh dihidangkan namun dalam amaun yang sedikit sahaja.

    Kajian juga menunjukkan bahawa bayi dapat mengingati rasa makanan yang ibu mereka makan semasa sedang hamil.

    Sebagai contoh, bayi berumur 3-10 bulan yang ibunya gemar minum jus lobak pada trimester terakhir kehamilan atau ketika menyusukan bayi lebih cenderung untuk menunjukkan minat terhadap bijirin yang diperbuat daripada jus lobak berbanding bahan yang lain.

    Pun begitu, tidak terdapat sebarang jaminan jika si ibu gemar makan sayur brokoli, anaknya juga akan menyukainya.

    Semakin banyak dan pelbagai makanan sihat yang anda berikan kepada mereka, lebih besar peluang untuk bayi anda membesar dengan sihat.

    Biar si manja menentukan amaun makanan pejal mereka

    makanan pejal

    Anda perlu berhati-hati dengan tidak memberikan mereka terlalu banyak makanan dalam satu masa. Anda boleh memberikan mereka makanan yang baru hanya sekali dalam masa tiga hari.

    Ini dapat mengelakkan si kecil anda daripada menjadi keliru selain membuat anda dapat mengenalpasti masalah pemakanan yang dialami oleh bayi.

    Biarkan si manja anda sendiri menentukan amaun makanan mereka.

    Memandangkan mereka mempunyai mekanisme yang dapat mengesan kelaparan dalam diri mereka sendiri, mereka dapat mengenalpasti jumlah kalori yang diperlukan tanpa sebarang bantuan.

    Paksaan dan ugutan sama sekali tidak akan berkesan untuk membuat mereka makan selain mengakibatkan masalah pemakanan yang serius buat mereka apabila menginjak usia dewasa kelak.

    Setiap bayi adalah berbeza. Oleh itu, reaksi mereka terhadap makanan juga adalah berlainan. Jadi, bersabarlah. Ia adalah kunci utama dalam proses memperkenalkan makanan pejal kepada si kecil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan