backup og meta

Memilih makanan baik untuk anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    Memilih makanan baik untuk anak

    Apakah itu makanan baik?

    Makanan baik termasuklah pelbagai makanan segar daripada kumpulan makanan utama – buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, daging pejal, ikan, ayam itik dan tenusu.

    Setiap kumpulan makanan menyediakan nutrien yang berbeza. Disebabkan itulah kita perlu makan pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan makanan.

    Kumpulan makanan baik

    Buah-buahan dan sayur-sayuran

    Buah dan sayur membantu melindungi badan anak anda daripada semua jenis penyakit. Ini kerana buah dan sayur menyediakan tenaga, vitamin, antioksidan, serat dan air.

    Kanak-kanak berumur 4-8 tahun perlu makan sekurang-kurangnya 1½ hirisan buah dan 4½ hidangan sayuran setiap hari.

    Daripada memberikan anak anda hidangan penuh sayur-sayuran hijau, anda boleh menukar hidangan dengan memasukkan sedikit-sedikit sayuran untuk lebih pilihan. Contohnya, anda boleh menawarkan anak 1 cawan sayuran berdaun hijau; ½ cawan brokoli, lobak merah atau kacang pis; ½ biji ubi kentang dan 1 biji tomato sederhana besar.

    Makan buahan dan sayuran pelbagai warna adalah cara terbaik untuk anak anda mendapatkan pelbagai jenis nutrien yang bagus.

    Makanan berkanji dan berbijirin

    Makanan berkanji dan bijirin memberikan anak anda tenaga yang dia perlukan untuk membesar, berkembang dan belajar. Makanan-makanan ini termasuklah bijirin, roti, nasi, pasta dan mi. Ini merupakan idea yang baik untuk menawarkan anak anda makanan-makanan ini pada setiap hidangan.

    Makanan berkanji dengan indeks glycaemic rendah, seperti pasta dan roti gandum penuh, akan membekalkan anak anda tenaga yang berpanjangan.

    Daging pejal, ikan dan ayam itik, dan pilihan daging 

    Daging pejal, ikan, ayam dan daging, dan alternatif daging seperti telur, kekacang (legume), tauhu dan kacang memberikan anak anda zat besi, zink, vitamin B12, asid lemak omega-3 dan protein untuk tumbesaran dan perkembangan otot. L

    Zat besi dan asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak dan pembelajaran anak anda.

    Susu dan produk tenusu lain 

    Susu, keju dan yogurt adalah tinggi protein dan kalsium, yang membantu membina tulang yang kuat dan gigi.

    Semasa anak anda masih bayi, susu ibu atau formula adalah makanan yang terbaik sehinggalah usia anak anda 6-12 bulan. Selepas itu, dia sudah boleh diberikan susu lembu penuh lemak sebelum menukar kepada susu rendah lemak pada umurnya dua tahun ke atas.

    Berikut merupakan penyediaan tenusu mengikut peringkat usia kanak-kanak bagi mendapatkan kalsium yang cukup:

  • 2-3 tahun memerlukan 1½ hidangan tenusu sehari
  • 4-8 tahun memerlukan 1½-2 hidangan tenusu sehari
  • 9-13 tahun memerlukan 2½-3½ hidangan tenusu sehari
  • 13 tahun ke atas- memerlukan 3½ hidangan tenusu sehari
  • Hidangan tenusu termasuklah secawan susu, dua kepingan keju (40 g) atau 200 g tub yogurt.

    Air

    Air kosong adalah minuman terbaik untuk anak anda.

    Makan dan minuman yang perlu dielakkan

    Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kanak-kanak perlu mengelakkan makanan berikut:

    Makanan segera dan makanan ringan seperti kerepek, cip kentang, pai, burger, pizza, kek, biskut dan lain-lain.

    Makanan yang mengandungi tinggi kandungan garam, lemak tepu dan gula, dan rendah serat dan nutrien.

    Minuman manis seperti jus buah, kordial, minuman sukan, air berperisa, minuman ringan dan susu berperisa.

    Makanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman tenaga dan coklat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan