backup og meta

Manfaat Vitamin B12 untuk Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/10/2023

    Manfaat Vitamin B12 untuk Kanak-kanak

    Vitamin B12 ialah vitamin larut-air. Vitamin ini memainkan banyak peranan dalam membina dan memelihara tubuh. Ia juga penting untuk sistem saraf, penghasilan sel darah, mensintesis tenaga, dan aktiviti biokimia asas lain. Selain itu, tubuh anak anda juga memerlukan vitamin B12 untuk membentuk DNA, RNA, dan pelbagai proses sistem imun.

    Apakah manfaat vitamin B12 untuk kanak-kanak

    Vitamin B12 menyokong mielin – satu lapisan lemak yang yang menyalut sel saraf. Ia melindungi sistem saraf dan merangsang perhubungan antara otak dan bahagian tubuh lain seperti tangan dan kaki. Apabila paras vitamin B12 rendah, kanak-kanak mungkin berisiko mendapat autism. Vitamin B12 adalah elemen penting dalam proses menghasilkan sel darah merah. Maka, kekurangan vitamin ini menyebabkan kanak-kanak mendapat anemia.

    Selain itu, ia membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan melindungi daripada penyakit jantung dengan cara memperbaiki paras kolesterol dan tekanan darah tinggi. Vitamin B12 juga telah dipersetujui sebagai rawatan dan pencegahan penyakit Alzheimer.

    Di mana boleh dapat vitamin B12?

    Makanan berasaskan haiwan mengandungi sejumlah besar vitamin B12. Sayur-sayuran juga mengandungi vitamin B12 tetapi tubuh badan manusia tidak boleh menyerap dengan betul. Produk tenusu, daging, ayam itik, makanan laut, dan telur adalah sumber vitamin B12 yang baik dan mudah untuk anda temui. Jika anak anda tidak boleh makan daging, produk yis berkhasiat dan produk soya boleh menyediakan vitamin B12 secukupnya.

    Berapa banyak yang anak anda perlukan?

    Bayi berusia sehingga 6 bulan memerlukan sekurang-kurangnya 0.4 mcg vitamin B12 setiap hari. Bayi yang berusia antara 7 dan 12 bulan memerlukan 0.5 mcg setiap hari. Kanak-kanak daripada umur 1 hingga 3 tahun memerlukan 0.9 mcg sehari dan mereka yang berumur 4 hingga 8 tahun memerlukan 1.2 mcg sehari.

    Orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih 13 tahun mempunyai keperluan vitamin B12 yang sama, iaitu sekitar 2.4 mcg setiap hari.

    Adakah vitamin B12 mempunyai kesan sampingan?

    Secara amnya, vitamin B12 agak selamat untuk kebanyakan orang, walaupun diambil dalam dos yang besar. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah laporan mengenai kegatalan ringan apabila mengambil vitamin ini. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin B12 dengan dos berlebihan bersama kombinasi keadaan perubatan khas tertentu boleh menjurus kepada buta atau masalah darah yang serius. Oleh itu, bagi memastikan anak anda mengambilnya dengan cara yang betul, sentiasa berunding dengan doktor anda sebelum pengambilan vitamin B12 atau mana-mana suplemen.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan