backup og meta

Anak Kerap Mengamuk, Hiperaktif & Buat Perangai, Cek Balik Makanan Yang Mereka Makan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Anak Kerap Mengamuk, Hiperaktif & Buat Perangai, Cek Balik Makanan Yang Mereka Makan!

    Terlalu penat, bosan atau marah akan mengakibatkan kanak-kanak berkelakuan buruk. Namun begitu, pemakanan kanak-kanak juga boleh menjadi punca kepada kelakuan buruk mereka. Jadi, tahukah anda tentang bahaya makanan ringan ini? 

    Ini kerana makanan ringan adalah salah satu daripadanya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengehadkan makanan ringan dalam diet anak sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kelakuan buruk mereka.

    Bahaya makanan ringan pada kelakuan anak 

    Makanan ringan sangat menarik minat kanak-kanak atas pelbagai sebab terutamanya rasa, harga dan mudah untuk didapati.

    Namun begitu, mereka mungkin tidak tahu akan kesan sampingannya.

    Makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi memang dikenali akan mendorong kelakuan buruk kanak-kanak.

    Begitu juga dengan makanan ringan yang mempunyai pewarna dan perasa artifisial yang boleh menjejaskan kelakuan anak anda.

    #1. Makanan ringan dan ketagihan

    bahaya makanan ringan

    Apabila kanak-kanak sudah mempunyai pengalaman makan makanan yang bergula, bergaram atau berlemak ini, mereka akan mula ketagih.

    Bahaya makanan ringan seperti gula-gula, soda, roti dan pencuci mulut juga mempunyai kaitan dengan ketagihan.

    Sekali anak anda sudah mengambil makanan ringan, mereka cenderung menyukai rasa dan tesktur makanan tersebut lalu menyebabkan ketagihan.

    Ini menyebabkan mereka lebih gemar memilih makanan ringan berbanding makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

    #2. Bahaya makanan ringan dan hiperaktif

    Makanan yang bergula tinggi adalah yang paling ditakuti oleh ibu bapa kerana terdapat kaitan di antara pengambilan gula yang banyak dengan kelakuan anak.

    Makanan bergula tinggi dan makanan ringan akan mengurangkan tenaga kanak-kanak serta keupayaan untuk fokus dalam masa yang lama.

    Gula yang ditemui dalam soda, roti dan pencuci mulut akan mempercepatkan peredaran darah lalu menyebabkan peningkatan aktiviti kanak-kanak.

    Sebagai contoh, soda adalah sejenis minuman yang akan megakibatkan kanak-kanak hilang konsentrasi dan perhatian.

    #3. Bahaya makanan ringan dan agresif

    Kanak-kanak yang mengambil makanan ringan dalam kadar yang berlebihan cenderung untuk menjadi lebih agresif berbanding rakan mereka yang mengamalkan diet sihat.

    Kajian menunjukkan bahawa terdapat kaitan yang signifikan antara kanak-kanak yang minum soda bergula dengan kelakuan ganas.

    Walaupun gula dianggap sebagai punca utama kelakuan ini, kafein juga perlu dipersalahkan kerana ia juga mampu mengubah hormon dan kimia yang terdapat dalam otak kanak-kanak.

    #4. Tenaga dan fokus

    bahaya makanan ringan

    Aktiviti fizikal adalah sangat penting bagi setiap kanak-kanak. Makanan ringan pula tidak mengandungi nutrien secukupnya untuk membekalkan tenaga.

    Kekurangan aktiviti fizikal adalah berbahaya kepada fizikal serta mental lalu merencatkan tumbesaran kanak-kanak.

    #5. Keyakinan diri dan depresi

    Keyakinan diri adalah sangat penting bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar. Pengambilan makanan ringan yang berlebihan pula akan memberi impak negatif bagi mereka.

    Bahaya makanan ringan akan menjejaskan tumbesaran fizikal kanak-kanak termasuklah dari segi berat badan yang seterusnya akan mengundang kepada kehilangan keyakinan diri.

    Tahap keyakinan diri yang rendah akan mengakibatkan pelbagai masalah mental seperti depresi yang sangat berbahaya kepada kanak-kanak.

    Ini bukan sahaja akan menjejaskan tumbesaran dan perkembangan mereka malahan turut menurunkan prestasi di sekolah dan perhubungan sosial mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan