backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Fakta Menarik Mengenai Susu Formula!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    Fakta Menarik Mengenai Susu Formula!

    Umum mengetahui bahawa susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik untuk bayi anda. Namun begitu, ada sesetengah wanita yang tidak disarankan untuk menyusukan bayi dengan susu badan akibat beberapa halangan seperti penyakit. Hakikatnya, anda tidak perlu risau kerana susu formula juga mempunyai manfaat terhadap anda dan bayi. Ikuti artikel ini untuk mengetahui fakta menarik mengenai susu formula.

    Bayi yang menyusu susu formula lebih gembira

    Kajian yang menggunakan 300 bayi berusia 3 bulan sebagai subjek menunjukkan bayi yang disusukan dengan susu formula cenderung untuk senyum dan ketawa lebih daripada yang menyusu badan dan kurang mengalami masalah tantrum.

    Bayi yang menyusu susu formula tidak membenarkan anda untuk tidur lebih lama

    Meskipun susu formula memerlukan masa yang lebih untuk dicernakan dan berada dalam perut bayi lebih lama, ini tidak bermakna anda akan mempunyai lebih masa untuk tidur.

    Bayi yang menyusu susu formula lebih cepat membesar

    Kajian yang menggunakan anak monyet menunjukkan bahawa bayi yang menyusu susu formula akan membesar lebih cepat dan lebih besar berbanding bayi yang menyusu badan. Pengkaji mempercayai ia adalah disebabkan susu formula mempunyai lebih protein berbanding susu ibu.

    Susu formula dapat membantu proses menyusu badan

    Kajian mendapati bahawa bayi berusia 3 bulan yang pernah menyusu susu formula tambahan akan menyusu badan lebih lama berbanding bayi yang hanya menyusu badan.

    Bayi yang menyusu susu formula akan menumbuhkan tulang yang lebih kuat

    Susu formula mempunyai kandungan vitamin D yang lebih daripada susu ibu. Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu formula akan menumbuhkan tulang yang lebih kuat berbanding bayi yang menyusu badan.

    Anda boleh bertukar-tukar jenama susu formula

    Anda boleh menukar-nukar jenama susu formula asalkan ia selamat dan sihat untuk diminum oleh bayi anda. Sebarang perubahan jenama ini tidak akan mendatangkan ketidakselesaan kepada bayi anda.

    Anda boleh menggunakan susu formula soya sebagai alternatif

    Buat bayi yang mempunyai alahan kepada susu lembu, susu soya merupakan jawapannya. Meskipun soya mengandungi phytoestrogen yang merupakan punca kepada akil baligh yang terlalu awal, ada kajian yang mengatakan bahawa susu formula soya tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada bayi.

    Susu formula dan susu ibu tidak banyak berbeza

    Bukti sanitifik menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan statistik yang ketara di antara bayi yang menyusu susu formula dengan bayi yang menyusu badan.

    Anda tidak perlu memanaskan susu formula sebelum memberikannya kepada bayi

    Memanaskan susu formula tidak mendatangkan sebarang kesan kesihatan kepada bayi anda sama ada positif atau negatif. Ia hanyalah untuk keselesaan bayi anda.

    Apakah kelemahan susu formula?

    Susu formula juga mempunyai kelemahan. Kajian mendapati bahawa bayi yang menyusu susu formula lebih cenderung untuk menghidap obesiti. Memandangkan susu formula ini mempunyai banyak nutrien untuk tumbesaran bayi, ia juga boleh menyebabkan bayi menjadi gemuk dan besar. Selain itu, puting botol juga lebih mudah dihisap berbanding puting ibu. Ini sekaligu akan mengakibatkan pengambilan susu yang melebihi had sepatutnya.

    Antara kelemahan yang lain adalah bayi yang menyusu susu formula lebih cenderung untuk kerap jatuh sakit. Ini kerana susu formula tidak mempunyai antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi untuk melawan infeksi. Menurut kajian, hanya 14 peratus bayi yang menyusu susu formula akan menjangkau usia 1 tahun tanpa pernah jatuh sakit.

    Memilih antara susu formula dengan susu ibu adalah mencabar bagi ibu bapa. Fakta-fakta ini mungkin dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik. Seeloknya, berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui apa yang terbaik buat anda dan bayi.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan