backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Fakta Alahan Makanan dan Kanak-kanak

Ditulis oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Disemak pada 27/04/2022

    Fakta Alahan Makanan dan Kanak-kanak

    Fakta Alahan Makanan

    Alahan makanan berlaku apabila badan menganggap sesuatu makanan tertentu sebagai agen berbahaya dengan memberi isyarat kepada sistem imun bagi menghasilkan antibodi untuk melawan. Sebarang bentuk perhubungan, termasuk menyentuh, makan atau menghirup zarahnya, dengan makanan yang mencetuskan pelepasan bahan kimia tertentu, salah satunya histamin yang digunakan badan untuk mempertahankan diri. Reaksi ini akhirnya menyebabkan simptom alahan yang menjejaskan sistem pernafasan, saluran gastrousus, kulit atau sistem kardiovaskular. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih fakta alahan makanan.

    Mengenal pasti sama ada anak anda mempunyai alahan makanan?

    Simptom umum alahan makanan segera adalah seperti:

  • Kulit kemerahan
  • Gatal-gatal
  • Ruam merah yang gatal
  • Bibir, mata dan muka bengkak
  • Hidung berair atau tersumbat, bersin dan mata berair
  • Loya, muntah, kesakitan pada bahagian perut dan cirit-birit
  • Kegatalan pada bahagian mulut atau tekak
  • Jika alahan menjadi kronik, anafilaksis mungkin boleh berlaku. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anak anda mengalami:

    • Berdehit
    • Sesak dada
    • Bengkak lidah dan tekak
    • Saluran pernafasan tersekat
    • Tekanan darah rendah diikuti kejutan
    • Pening kepala, kekeliruan dan tidak sedarkan diri

    Dalam sesetengah kes, alahan makanan mungkin sukar untuk dikesan kerana ia kelihatan terlalu halus. Ia dirujuk sebagai alahan tertunda yang sering menyebabkan masalah semasa bayi. Tidak seperti alahan makanan segera yang melibatkan pelepasan histamin, alahan makanan tertunda berhubung kait dengan bahagian sistem imun tertentu yang mengambil masa yang lebih lama untuk bertindak balas terhadap alergen. Tindak balas yang lambat ini menyukar untuk mengenal pasti makanan yang mencetuskan alahan, yang menyebabkan ibu bapa memberikan bayi makan makanan yang mengandungi alergen berulang-kali. Alahan makanan tertunda mungkin menyebabkan masalah kesihatan seperti ekzema, refluks, kolik, pertumbuhan terbantut, cirit-birit dan sembelit. Keadaan ini hanya akan bertambah baik jika alergen dikeluarkan daripada pemakanan bayi. Makanan biasa yang mencetuskan alahan adalah seperti susu, soya, telur dan gandum.

    Alahan makanan VS intoleransi makanan

    Sering kali, ramai individu tersalah faham mengenai kedua-dua keadaan ini. Intoleransi makanan mungkin menyebabkan simptom yang hampir sama, tetapi ia tidak melibatkan sistem imun malah tiada sebarang pelepasan histamin. Intoleransi makanan boleh dirujuk sebagai ketidakupayaan sistem pencernaan untuk memproses makanan tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau gangguan tetapi tidak bahaya.

    Apa yang perlu dilakukan jika anak anda mempunyai alahan makanan?

    Adalah mudah untuk mengesan alahan makanan segera kerana tindak balas yang pantas. Jika anda mengesyaki sebarang alahan makanan, elakkan bayi anda dari bersentuhan dengan makanan tersebut sehingga anda membawa mereka berjumpa dengan doktor. Jika anda merasakan masalah kesihatan anak anda seperti cirit-birit atau refluks, sebagai contohnya, disebabkan oleh alahan makanan tertunta, catatkan apa yang anak anda makan atau apa yang anda makan jika anda masih menyusukan bayi anda untuk melihat sebarang simptom yang boleh dikaitkan dengan sebarang makanan. Diari pemakanan ini juga membantu apabila anda membawa anak anda berjumpa doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Disemak pada 27/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan