backup og meta

Adakah Kanak-kanak Perlukan Vitamin D?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

    Adakah Kanak-kanak Perlukan Vitamin D?

    Kita semua tahu bahawa kanak-kanak memerlukan vitamin untuk memastikan perkembangan sihat mereka. Bagaimanapun, antara semua vitamin, vitamin D dipercayai merupakan nutrien yang paling penting untuk kanak-kanak membesar.

    Kenapa anak anda perlukan vitamin D?

    Kebanyakan kita diajar tentang kepentingan peranan vitamin D dalam perkembangan tulang. Vitamin D membantu tubuh menyerap kalsium, yang bertanggungjawab dalam membina tulang dan gigi yang kuat serta sihat. Selain berperanan penting untuk pertumbuhan tulang, vitamin D juga merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam mengatur sistem imun, mencetuskan pengeluaran insulin, dan merangsang perkembangan sel. Memandangkan vitamin D membantu mengelakkan jangkitan pada tubuh dan perkembangan penyakit tertentu, kekurangan vitamin D menyebabkan penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis dan riket. Juga, kanak-kanak yang tidak mendapat vitamin D secukupnya akan berisiko untuk mengalami gangguan ketinggian secara genetik dan kepadatan tulang tertinggi. Mendapat vitamin D yang cukup semasa kecil dapat membantu kanak-kanak mengelakkan penyakit jantung, sesetengah jenis kanser, dan juga diabetes semasa dewasa nanti.

    Apakah amaun vitamin D yang secukupnya untuk anak saya?

    Para saintis percaya bahawa pemberian susu ibu atau bayi yang menyusu botol memerlukan 400 unit antarabangsa (IU) atau 1 ml vitamin D dalam bentuk cecair. Bagi bayi yang berkeadaan khas memerlukan lebih vitamin D, jadi anda boleh berikan satu titisan cecair yang bersamaan dengan 400 IU sehari. Dan juga, jika bayi anda berusia di bawah 12 bulan, dia memerlukan 400 IU atau 10 micrograms (mcg) vitamin D sehari. Kanak-kanak yang lebih besar memerlukan kira-kira 600 IU, atau 15 mcg, sehari. Amaun ini tidak semestinya perlu diberikan dalam satu hari. Sebaliknya, anda perlu merancang untuk memberikan anak anda purata amaun untuk beberapa hari atau dalam masa seminggu. Cuma, pastikan anda memberikan kuantiti yang betul memandangkan pengambilan vitamin D yang berlebihan boleh membahayakan anak anda.

    Di mana saya boleh dapatkan vitamin D?

    Sumber paling mudah vitamin D adalah matahari. Anda boleh biarkan anak berjemur selama 30 minit pada 7 pagi- 8 pagi, iaitu semasa pancaran matahari memberikan kesan yang positif pada kulit dan tulang anda. Selain matahari, terdapat banyak sumber makanan yang menyediakan vitamin D untuk kanak-kanak. Makanan yang diperkaya dengan vitamin D adalah susu, telur kuning, bijirin, jus oren, yogurt, dan ikan berlemak (seperti salmon, makerel, dan minyak ikan kod). Juga, suplemen vitamin adalah penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang tidak mendapat cukup vitamin D.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan