backup og meta

Cecair Peluntur Boleh Kesan Anda Hamil Atau Tidak? Boleh Percaya Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 02/07/2020

    Cecair Peluntur Boleh Kesan Anda Hamil Atau Tidak? Boleh Percaya Ke?

    Tidak datang bulan, kerap rasa mual dan payudara rasa sensitif? Terdapat kemungkinan anda sedang berbadan dua. Langkah seterusnya yang diambil oleh ramai wanita adalah untuk untuk mencuba cara mengetahui kehamilan – sama ada dari kit ujian kehamilan ataupun dengan cara uji kehamilan yang pelbagai.

    Ada yang terlebih kreatif sehingga memilih untuk membuat ujian kehamilan berasaskan peluntur. Persoalannya, berkesankah? Lebih penting lagi, selamatkah? 

    Bagaimana cara mengetahui kehamilan dengan peluntur dilakukan

    Menggunakan peluntur sebagai cara mengetahui kehamilan bunyi seperti sesuatu yang sangat tidak masuk akal dan boleh ditertawakan. Namun, seperti mitos kesihatan dan petua tidak masuk akal yang lain, terdapat segelintir individu yang memilih untuk mempercayainya!

    Bagi melakukan ujian kehamilan ini, anda hanya perlu dua cawan, cecair peluntur biasa dan juga air kencing. Langkah – langkah yang perlu anda lakukan adalah seperti:

    1. Tuang cecair peluntur dalam cawan pertama 
    2. Buang air kecil anda ke dalam cawan yang kedua
    3. Perlahan-lahan tuangkan air kencing anda ke dalam cawan yang mengandungi peluntur
    4. Tunggu beberapa minit dan perhatikan keputusannya

    Keputusan dikatakan positif jika terdapat pembentukan buih manakala keputusan negatif adalah jika tidak ada sebarang pembentukan buih.

    ujian-kehamilan-berasaskan-peluntur

    Walaupun tidak ada sebarang kajian atau dakwaan saintifik, pelopor teknik ini mempercayai bahawa cecair peluntur mampu mengesan dan bertindak balas dengan kandungan hormon beta hCG seperti kit ujian kehamilan yang dijual di farmasi.

    Malahan, mereka juga turut mengeluarkan saranan untuk menggunakan cecair peluntur yang tidak diwangikan atau diwarna untuk tidak menjejaskan keputusan ujian. 

    Adakah ujian kehamilan ini tepat?

    Walaupun mudah dan menarik konsepnya, ujian kehamilan ini jauh sekali tidak tepat. Bukan sahaja tiada asas saintifik untuk menyokong logik dan keberkesanan ujian ini, cecair peluntur juga bukanlah suatu cecair yang mampu untuk mengesan apa-apa hormon.

    Tambahan lagi, pembentukan buih boleh berlaku untuk pelbagai sebab lain seperti tindak balas bersama dengan kompaun lain dalam air kencing dan juga kerana tindakan seperti mengacau cecair tersebut.

    Untuk itu, lelaki, bayi dan anak dara juga boleh mendapat keputusan yang positif jika diikutkan oleh logik kaedah ini.

    Walaupun tidak tepat, bolehkah cara uji kehamilan ini tetap dilakukan?

    Mungkin ada yang berpendapat bahawa kalau ia tidak tepat atau berkesan sekalipun, tidak ada apa-apa mudarat jika masih ingin melakukannya, kan?

    Sebelum anda mula mengambil cawan di dapur dan memenuhinya dengan sampel air kencing anda, ujian kehamilan berasaskan peluntur ini mempunyai risikonya yang tersendiri. Jelas sekali kerana ia membabitkan penggunaan bahan peluntur.

    Jika anda rajin mencuci bilik air dan kerap menggunakan bahan peluntur, tentu sekali anda tahu apa yang boleh berlaku kepada sistem pernafasan anda akibat pendedahan kepada peluntur yang terlalu banyak.

    Jika anda benar-benar hamil, ujian kehamilan berasaskan peluntur ini bukanlah sesuatu yang anda ingin lakukan.

    Ini kerana banyak kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada peluntur secara berlebihan mampu untuk menyebabkan kecacatan kepada janin dan juga keguguran.

    Selain itu, terdapat juga risiko untuk berlakunya kemalangan seperti tertumpahnya cecair peluntur kepada anggota badan. Ini mampu untuk mengakibatkan kebakaran kimia pada kulit dan juga kerengsaan.

    Segala risiko dan komplikasi yang boleh berlaku menyebabkan ujian ini langsung tidak berbaloi untuk dilakukan. Tambahan lagi, kalau sudah tidak tepat, mengapa perlu dibazirkan masa untuk mencuba kaedah ini?

    Pilihan cara mengetahui kehamilan yang lebih berkesan

    cara-mengetahui-kehamilan

    Jika anda merupakan seseorang yang mempercayai keberkesan kaedah ini, anda perlu faham bahawa keputusan yang salah mampu untuk mengganggu kesihatan fizikal dan mental anda dan bayi anda.

    Jika keputusan kembali positif walaupun anda tidak hamil, ini akan menyebabkan anda menaruh harapan yang palsu.

    Jika keputusan kembali negatif walaupun anda hamil, ini akan melengahkan janji temu dan pemulaan penjagaan pranatal.

    Tuntasnya, tidak ada sebarang manfaat yang boleh anda perolehi daripada ujian ini. Sebaliknya, anda meletakkan diri anda berisiko untuk beberapa mudarat yang tidak diingini. Ikutlah ibu-ibu bijak yang lain dan gunalah kaedah yang telahpun dipastikan berkesan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 02/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan