backup og meta

Belum Cukup Tempoh, Tapi Ibu Bersalin Czer Hamil Kembali, Ini 4 Risiko Boleh Berlaku Pada Anda

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 24/02/2021

    Belum Cukup Tempoh, Tapi Ibu Bersalin Czer Hamil Kembali, Ini 4 Risiko Boleh Berlaku Pada Anda

    Disebabkan masalah kesihatan atau ketakutan melahirkan secara semula jadi, maka sesetengah wanita memilih untuk bersalin dengan kaedah C-section.

    Walau bagaimanapun, adakah ia lebih selamat berbanding kelahiran semula jadi? Menurut kajian terbaru di Australia, ibu yang melakukan pembedahan C-section berulang mempunyai hasil yang lebih baik berbanding dengan wanita yang bersalin secara semula jadi.

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Statistik terkini pada penurunan dalam VABC (Kelahiran vagina selepas cesarean)

    bersalin czer

    Di United States, satu dalam tiga bayi dilahirkan melalui pembedahan Cesarean. Pada masa kini, sesetengah hospital tiada lagi menawarkan pilihan VABC.

    Sesetengah syarikat insurans tidak lagi membayar untuk pilihan itu. Bagaimanapun, setiap jenis kaedah kelahiran bayi memberikan risikonya tersendiri.

    Keputusan kajian

    Kajian Australia dilakukan ke atas 2345 wanita hamil yang pernah mengalami pembedahan C-section dan dianggap merupakan calon sesuai untuk VABC. 1108 wanita dijadualkan untuk kelahiran C-section, sementara baki 1237 wanita dijadualkan untuk kelahiran VABC.

    Bagaimanapun, kurang daripada separuh jumlah wanita yang mengalami kelahiran vagina, sementara selebihnya mengalami C-section elektif atau pembedahan kecemasan.

    Terutamanya, terdapat dua kelahiran yang tidak dapat dijelaskan dalam kumpulan kelahiran vagina, sementara tiada bayi yang meninggal semasa kelahiran C-section.

    Kadar kematian janin atau bayi atau kesan kesihatan yang serius sebelum dikeluarkan dari hospital adalah 2.4% dalam kumpulan VBAC, di mana ia hanya 0.9% dalam kumpulan terancang C-section.

    Kesimpulannya, pakar penyelidik percaya bahawa C-section berulang elektif berkait dengan risiko yang lebih rendah secara drastik untuk kedua-dua ibu dan bayi.

    Beberapa risiko C-section berulang

    parut czer

    Meskipun dikatakan lebih selamat, C-section berulang membawa risikonya sendiri, antaranya:

    • Tisu parut pada rahim dan kawasan berhampiran: Selepas setiap pembedahan abdomen, tisu yang kelihatan berparut (perekatan) terbentuk. Parut yang tebal boleh membuatkan kelahiran sukar dan memanjangkan lagi proses
    • Kecederaan pada pundi dan usus: Parut yang terbentuk selepas pembedahan C-section sebelumnya boleh mengikat pundi kencing kepada uterus. Ia juga boleh menyebabkan penghalangan usus kecil
    • Pendarahan teruk: C-section berulang boleh membawa kepada pendarahan berlebihan pada wanita hamil. Ini boleh menjurus kepada peningkatan keperluan untuk membuang rahim bagi menghentikan pendarahan yang banyak. Menurut satu kajian, risiko histerektomi meningkat daripada 0.65 peratus selepas C-section pertama, kepada 2.41 peratus selepas C-section keempat
    • Masalah dengan plasenta: Apabila anda menjalani terlalu banyak C-section, terdapat beberapa masalah boleh berlaku kepada plasenta. Contohnya, plasenta menempel terlalu dalam ke dinding rahim atau ia boleh jadi sebahagian atau sepenuhnya melindungi pintu utama serviks. Menurut kajian, risiko plasenta accreta meningkat dari 0.24 peratus selepas pembedahan keempat C-section. Oleh itu, berhati-hati dengan risiko sebelum membuat keputusan untuk melahirkan bayi melalui kaedah ini

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 24/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan