backup og meta

Apakah Pengalaman Bersalin Pilihan Anda: Adakah Normal Atau Caesarean?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/06/2020

    Apakah Pengalaman Bersalin Pilihan Anda: Adakah Normal Atau Caesarean?

    Setiap wanita hamil pastinya berdebar menunggu proses kelahiran bayi. Pastinya pengalaman bersalin yang bakal anda lalui, sama ada normal atau pembedahan caesarean saat yang tidak akan anda lupakan.

    Rahsia pengalaman bersalin normal

    Setiap proses kelahiran adalah satu pengalaman bersalin unik untuk setiap ibu dan anak yang baru dilahirkan. Oleh itu, anda sebagai seorang ibu akan mempunyai banyak jangkaan dan juga pengalaman positif.

    Berikut adalah beberapa pengalaman bersalin secara normal yang akan anda rasai:

    • Rahsia 1: Sisa peribadi akan keluar bersama

    Najis, air kecil dan tentunya darah adalah kesan pergerakan usus yang datang dengan bayi anda. 

    Ini adalah fenomena semula jadi proses pengalaman bersalin normal. Anda tidak boleh menghindari kejadian ini kerana anda menggunakan otot yang sama untuk meneran bayi anda seperti ketika anda menggerakkan usus anda. 

    pengalaman-bersalin-normal-caesarean

    • Rahsia 2: Rasa tekanan dan sakit

    Untuk pengalaman bersalin normal,  anda akan mengalami dua rasa utama iaitu rasa sakit dan tekanan. Apabila anda mula meneran, anda telah menghantar tekanan ke serviks supaya bayi itu akan keluar.

    Apabila bayi turun ke saluran kelahiran, anda akan mula merasai tekanan yang berterusan dan bertambah. Rasa tekanan ini seperti dorongan kuat untuk membuang air apabila bayi menekan ke atas saraf yang sama.

    Semasa melalui pengalaman bersalin normal, terdapat risiko kulit dan tisu di sekeliling faraj meregang dan terkoyak sementara janin bergerak melalui saluran kelahiran.

    Ini sekali gus akan membawa kepada kesakitan teruk pada masa ini dan kesakitan antara faraj dan dubur anda selepas bersalin.

    • Rahsia 3: Tarikan nafas yang berterusan

    Sebelum bersalin, anda disarankan untuk melatih pernafasan anda untuk membantu menghadapi kontraksi dengan lebih mudah dan meningkatkan keupayaan anda untuk bertenang di antara kesakitan.

    Berikan perhatian kepada kaedah pernafasan harian yang boleh membuat anda tenang. Melakukan yoga adalah satu lagi pilihan hebat untuk mempersiapkan kelahiran.

    • Rahsia 4: Posisi menegak

    Bergerak atau berdiri tegak sewaktu bersalin mendatangkan banyak manfaat untuk ibu dan anak. Pergerakan dan kedudukan semasa bersalin adalah suatu yang magik.

    Bakal ibu harus menggunakan kedudukan tegak yang membuatnya berasa selesa dan meredakan rasa sakit kontraksi. Beberapa posisi menegak termasuk: berdiri, condong ke hadapan, bertinggung, duduk dan berbaring mengiring. 

    • Rahsia 5: Masa pemulihan yang lebih cepat

    Bagi setiap bakal ibu, berdepan dengan proses kelahiran dan menghadapi keadah bersalin normal adalah proses yang panjang yang meletihkan serta menyukarkan.

    Kelahiran faraj adalah proses semula jadi. Biasanya, seorang individu wanita yang memilih untuk mendapatkan pengalaman bersalin normal akan mempunyai masa pemulihan antara 24 dan 48 jam.

    Pengalaman bersalin secara pembedahan caesarean

    Pembedahan caesarean atau lebih dikenali sebagai pembedahan C-section merupakan prosedur melahirkan bayi menggunakan kaedah pembedahan.

    Kaedah C-section mungkin terpaksa digunakan sekiranya terdapat banyak komplikasi kehamilan yang menyukarkan ibu untuk melahirkan anak secara normal atau proses melahirkan bayi secara normal akan membahayakan bayi atau ibu. 

    proses kelahiran

    Pembedahan caesarean atau C-sec adalah pembedahan yang dilakukan terhadap wanita hamil dan melibatkan pemotongan perut dan rahim untuk melahirkan bayi. Pembedahan ini dikategorikan kepada dua iaitu:

    1. Pembedahan caesarean elektif

    Pembedahan ini adalah dirancang dan dijadualkan terlebih dahulu sebelum anda mengalami sakit bersalin.

    1. Pembedahan caesarean kecemasan

    Pembedahan ini tidak dirancang dan boleh berlaku sekiranya berlaku komplikasi serius terhadap anda dan juga bayi ketika proses kelahiran.

    Dalam kebanyakan kes, pembedahan caesarean ini berlaku tanpa dirancang.

    Sekiranya anda dimaklumkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan ini, jangan panik dan segera menyiapkan diri untuk melakukannya kerana pembedahan ini mempunyai tahap keberhasilan yang sangat tinggi.

    Proses penyembuhan selepas melakukan C-section

    Proses penyembuhan selepas pembedahan C-section adalah penting untuk kesihatan ibu. Individu yang memilih untuk merasai pengalaman bersalin C-Sec akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding proses kelahiran normal.

    Selepas kesan bius hilang, anda akan mula berasa tidak selesa pada bahagian perut anda. Bagi mengawal kesakitan ini, anda boleh meminta bantuan ubat-ubatan daripada staf perubatan di situ seperti ubat penahan sakit.

    Dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan, jururawat akan membantu anda menanggalkan catheter dan IV. Doktor akan menggalakkan anda untuk bangun dan berjalan perlahan-lahan demi mengelakkan penggumpalan darah berlaku dalam badan.

    Anda mungkin akan berasa lapar. Anda boleh mulakan dengan pengambilan makanan pepejal perlahan-lahan. 

    pengalaman-bersalin-normal-caesarean

    Apabila anda batuk, bersih atau ketawa, gunakan tangan anda untuk menekap bahagian luka. Sesampainya anda di rumah, hindari beberapa aktiviti berat s dalam tempoh sekurang-kurangnya enam minggu pertama selepas anda bersalin.

    Selepas 2 minggu, anda perlu ke hospital untuk memastikan luka anda sembuh dengan sebetulnya. Selepas 6 minggu pula, anda masih perlu ke hospital untuk memeriksa kondisi kesihatan anda.

    Sepanjang tempoh penyembuhan, ikuti nasihat doktor dan sentiasa berfikiran positif bagi mendapatkan kesembuhan yang terbaik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan