backup og meta

4 Aspek Penting Panduan Menukar Lampin Bayi Bagi Si Bapa, Jangan Main Sarung Je!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Yusrie Sabrie · Disemak pada 17/01/2023

    4 Aspek Penting Panduan Menukar Lampin Bayi Bagi Si Bapa, Jangan Main Sarung Je!

    Sejujurnya kaum lelaki jarang memiliki peluang untuk belajar panduan menukar lampin bayi sebelum mereka bergelar bapa.

    Menukar lampin bukan suatu yang menyeronokkan, tetapi ia adalah suatu kemestian ketika berhadapan dengan bayi yang baru lahir.

    Anda akan memerlukan banyak latihan tetapi jangan bimbang, anda akan mahir akhirnya.

    Panduan menukar lampin: di mana perlu buat?

    Langkah pertama untuk menukar lampin bayi ialah dengan mencari tempat dengan ketinggian yang bersesuaian.

    Menukar lampin di atas lantai juga boleh dilakukan tetapi ia akan memudahkan anda untuk mendapat sakit belakang.

    Pastikan semua keperluan adalah tersedia:

  • Lampin baru
  • Tisu basah atau semangkuk air suam dan sedikit tisu kapas
  • Tisu
  • Pakaian baru
  • Krim ruam lampin
  • Sesuatu untuk membuang lampin yang terpakai
  • Pastikan kawasan tidak terlalu sempit bagi mengelakkan anda atau bayi terlanggar sesuatu. Jangan tinggalkan bayi anda tanpa diawasi.

    panduan menukar lampin

    Bagaimana cara membersihkan bayi lelaki?

    Panduan menukar lampin adalah berbeza mengikut jantina bayi.

    Untuk bayi lelaki, musuh utama anda adalah air kencing bayi yang membentuk projektil.

    Maka, pastikan kemaluan bayi adalah dalam keadaan tertutup sepanjang masa.

    Sekiranya bayi anda telah bersunat, anda harus berjaga-jaga dengan kawasan luka di sekitar kemaluan bayi.

    Anda mungkin perlu membalut bahagian hadapan kemaluan anak dengan kain kasa yang disaluti oleh Vaseline untuk beberapa hari awal selepas bersunat, bergantung kepada nasihat pakar.

    Tukar kain kasa setiap kali menukar lampin bayi.

    Untuk bayi yang belum bersunat, anda harus membersihkan di sekitar kawasan kulup.

    Pastikan kulup berada  dalam keadaan longgar ketika dibersihkan.

    Bahagian kulup tidak akan tertarik balik sehingga anak mencapai usia setahun.

    Apabila bahagian ini boleh ditarik ke pangkal (walaupun tidak terlalu banyak), bersihkan bahagian tersebut dengan air bersih, bukan dengan sabun.

    Selepas dibersihkan, kembalikan kulup ke posisi asal.

    Sekiranya bahagian kulup bertukar merah atau membengkak, sila dapatkan pemeriksaan pakar untuk memastikan bayi lelaki anda tidak mengalami jangkitan.

    panduan menukar lampin

    Bagaimana cara membersihkan bayi perempuan?

    Apabila anda menukar lampin untuk bayi perempuan, ingat, ianya adalah lebih sukar berbanding bayi lelaki.

    Anda harus menggunakan pengelap yang lembap atau bebola kapas untuk mengelap semua sudut dan celahan secara menyeluruh.

    Sekiranya bahagian ini tidak dibersihkan, kebarangkalian besar akan berlaku jangkitan pada saluran kencing bayi perempuan anda.

    Bagi mengelakkan najis termasuk ke kawasan faraj, sila amalkan mengelap dari hadapan ke belakang.

    Pastikan anda mengelap di bahagian terbuka di faraj secara menyeluruh bagi mengelakkannya daripada tertutup.

    Sekiranya ia berlaku, anda harus menggunakan krim steroid untuk membuka kembali bahagian tersebut, atau kemungkinan pembedahan terpaksa dilakukan bagi membuka kembali bahagian yang tertutup tersebut.

    Bagaimanapun, ini bukanlah perkara yang kerap berlaku.

    panduan menukar lampin

    Panduan menukar lampin: jenis pakai buang!

    Bapa-bapa baru adalah sangat beruntung kerana lampin pakai buang sangat mudah diurus.

    Untuk membuka lampin lama, buka tab di bahagian sisi lampin kemudian angkat kaki bayi dan dari bawah ke atas alihkan lampin lama.

    Tidak ada apa yang mampu anda lakukan sekiranya sisa dari lampin terkeluar.

    Cuma pastikan semua barangan untuk pembersihan adalah dalam keadaan tersedia.

    Seterusnya sediakan lampin baru dengan menghamparkannya di atas meja atau kaunter yang anda gunakan.

    Letakkan bayi anda di atas lampin yang baru dengan punggung dalam anggaran separuh panjang lampin.

    Tab sepatutnya berada di sisi dan separuh hadapan pula berada diantara kaki bayi.

    Memakaikan dan menanggalkan lampin adalah agak mudah.

    Perkara asasnya adalah mengenalpasti bahagian hadapan dan belakang lampin.

    Untuk lampin pakai buang, tab lekatan harus berada di bahagian belakang dan ia melekat pada bahagian luar hadapan lampin.

    Lampin jenis kain atau campuran adalah sedikit rumit, tetapi bukanlah terlalu sukar.

    Akhir sekali, lipat bahagian hadapan lampin ke bahagian abdomen bayi dan tutup lampin dengan tab lekatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Yusrie Sabrie · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan