Perkembangan bayi
Minggu ini kandungan anda adalah kira-kira saiz kacang merah dengan panjang 2.7 cm. Kandungan akan sentiasa bergerak dan berubah dalam badan anda.
Lawatan pranatal kedua
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Minggu ini kandungan anda adalah kira-kira saiz kacang merah dengan panjang 2.7 cm. Kandungan akan sentiasa bergerak dan berubah dalam badan anda.
Salah satu perubahan ini termasuklah perkembangan jari dan jari kaki. Embrio anda akan mula semakin kelihatan seperti bayi. Sebelum ini jari tangan dan kaki bayi anda bercantum, kini mereka mula terpisah. Bahagian atas bibir bayi, hidungnya yang kecil dan kelopak matanya mula terbentuk. Semua perubahan yang mengujakan anda dan bayi anda. Untuk menampung semua perubahan ini, cecair amnion akan bertambah kepada kira-kira 30 mililiter setiap minggu.
Seperti yang disebut minggu lepas, payudara anda sudah mula membengkak dan menjadi lembut. Dalam beberapa kes, ia mungkin menjadi amat menyakitkan. Bra anda akan mula menjadi ketat dan tidak selesa. Anda mungkin patut mula mendapatkan bra yang lebih besar dan lebih sokongan. Hormon kehamilan anda sedang menyediakan payudara anda bagi menghasilkan susu untuk bayi anda. Rasa tidak selesa akan semakin berkurangan pada minggu-minggu yang akan datang.
Adakah anda berasa lebih letih? Hormon kehamilan yang dipanggil progesteron, bertanggungjawab untuk membuat anda berasa mengantuk. Apabila anda berasa letih, anda patut mengambil masa untuk berehat. Tidur sekejap dapat membantu memberikan tenaga yang anda perlukan untuk melalui hari-hari anda. Jangan cuba untuk membebankan badan anda. Perhatikan isyarat badan anda dan ingat bahawa badan anda bekerja keras untuk menyokong anda dan bayi anda.
Rasa loya boleh membuatkan anda berasa letih. Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menguruskan rasa loya anda:
Anda harus memberitahu doktor anda jika anda mengalami sebarang sakit kepala. Sakit kepala dalam kehamilan adalah perkara biasa tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan. Jumlah darah anda telah meningkat sebanyak 40 hingga 50 peratus dan boleh mencetuskan sakit kepala. Anda perlu berbincang dengan doktor tentang rawatan yang selamat untuk anda. Doktor anda mungkin mencadangkan beberapa rawatan semula jadi untuk melegakan sakit kepala anda tanpa ubat-ubatan.
Doktor anda mungkin menyarankan calitan pap, yang merupakan ujian rutin untuk mengesan sebarang jangkitan kelamin (STI). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan semua wanita hamil diuji pada peringkat awal kehamilan. Terdapat banyak STI yang boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik. Lebih awal anda mendapatkan rawatan, semakin kurang risiko berbahaya yang mungkin berlaku kepada janin anda yang sedang membesar.
Adalah perkara biasa untuk anda merasa bimbang tentang segala-galanya sewaktu hamil. Ia adalah tanda perkembangan naluri keibuan anda yang mahu melindungi bayi anda daripada sebarang bahaya yang boleh dicegah. Jika anda seorang yang aktif, anda mungkin tertanya-tanya jika anda masih boleh meneruskan aktiviti sukan tertentu. Menjadi aktif bagus untuk kesihatan anda tetapi terdapat beberapa aktiviti yang boleh membahayakan bayi anda. Berikut adalah beberapa aktiviti sukan yang harus anda elakkan:
Walaupun anda seorang yang aktif bermain sukan sebelum mengandung, anda perlu mengurangkan aktiviti fizikal dari bulan keenam kehamilan jika anda mempunyai risiko kelahiran pramatang atau pertumbuhan janin terbantut. Doktor anda boleh membantu anda menetapkan jadual atau menyarankan rutin senaman yang sesuai untuk anda dan bayi anda.
Sertai kami minggu depan, minggu 9, untuk melihat bagaimana bayi anda berkembang!
Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen