Kadangkala anda mungkin merasa sedikit tercungap-cungap. Jangan bimbang! Sesak nafas, merupakan simptom yang biasa dialami wanita hamil. Ia paling kerap berlaku semasa trimester kedua kehamilan. Punca sesak nafas adalah hormon kehamilan anda merangsang otak untuk bernafas lebih dalam untuk membekalkan oksigen kepada bayi anda. Hormon-hormon ini memperluaskan kapilari dalam saluran pernafasan dan melegakan otot-otot dalam paru-paru yang membuatkan anda merasa seperti bernafas lebih banyak udara. Selain itu, bayi anda mungkin menekan diafragma, otot yang memisahkan bahagian dada dan abdomen menyebabkan sesak nafas. Pada waktu akhir kehamilan, bayi anda akan menjadi lebih besar, dan lebih menyukarkan anda bernafas.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Anda mungkin menyedari bahawa anda makan lebih manisan dan bimbang jika ujian air kencing mengesan lebih gula daripada biasa. Anda perlu memberitahu doktor anda tentang kebimbangan anda dan maklumkan juga jika anda mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga. Jika anda tidak mempunyai sebarang faktor risiko diabetes semasa hamil, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Badan anda sedang memastikan bayi anda mendapat bekalan bahan api yang cukup dengan memastikan terdapat kadar gula yang mencukupi dalam darah anda. Terdapat hormon yang dipanggil insulin yang mengawal jumlah gula dalam darah dan memastikannya cukup untuk penggunaan sel-sel badan. Semasa mengandung, terdapat hormon anti-insulin yang menyimpan gula yang cukup dalam darah untuk bayi anda. Kadangkala gula yang ditapis buah pinggang akan dikesan dalam air kencing anda. Jangan bimbang ini hanyalah sementara. Ujian air kencing anda yang seterusnya mungkin akan menjadi normal.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Pada bulan ini terdapat beberapa rutin ujian untuk memastikan anda mempunyai kehamilan yang sihat. Ini termasuklah:
- Berat badan;
- Tekanan darah;
- Ujian air kencing (untuk mengesan gula dan protein);
- Denyutan jantung janin;
- Saiz rahim (doktor akan berasa dari luar);
- Ketinggian bahagian atas rahim (fundus);
- Ujian bagi mengesan bengkak di tangan atau kaki;
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen