backup og meta

Mengapa Bayi Anda Kerap Menangis?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    Mengapa Bayi Anda Kerap Menangis?

    Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu risau sekiranya bayi menangis setiap masa. Ini kerana tangisan merupakan satu-satunya bentuk komunikasi yang mereka boleh lakukan. Kebiasaannya, bayi akan menangis disebabkan lapar atau perlukan penukaran lampin. Namun begitu, tangisan bayi juga mungkin disebabkan mereka sebenarnya sedang dalam kesakitan.

    Adakah normal untuk bayi menangis sepanjang masa?

    Kajian mendapati bahawa corak tangisan bayi akan berubah mengikut usianya. Tangisan bayi akan meningkat ketika berumur 2 hingga 3 minggu dan semakin meningkat ketika berumur 6 hingga 8 minggu. Selepas itu, tangisan bayi akan mula berkurangan dan akan mencecah tahap yang paling rendah apabila bayi mula menginjak usia 4 bulan. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa bayi akan menangis dengan lebih kerap pada waktu lewat tengah hari dan awal pagi. Ini mungkin disebabkan oleh kepenatan yang dilalui oleh mereka sepanjang hari.

    Jika tangisan kanak-kanak tidak mengikuti corak ini, bayi anda mungkin menghidapi kolik. Kolik bukanlah satu kondisi yang perlu dibimbangkan kerana tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif jangka masa panjang terhadap bayi, tetapi amat menjengkelkan buat ibu bapa.

    Ibu bapa tidak perlu risau kerana kolik ini cuma sementara dan terdapat beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk membantu anda menghadapinya.

    Beri sesuatu untuk bayi anda hisap

    Aktiviti menghisap sesuatu mampu menstabilkan kadar degupan jantung bayi, melegakan perut serta menenangkan flailing limbs. Beri bayi anda puting palsu atau jari untuk bayi anda hisap.

    Dukung dan rangkul bayi anda

    Bayi amat menggemari sensasi hangat dan selamat sepertimana mereka alami ketika berada dalam rahim ibu. Oleh itu, cuba dukung dan rangkul bayi anda untuk mencipta semula suasana tersebut. Selain itu juga, anda boleh pakaikan mereka selimut untuk mencipta sensasi hangat dan selamat. Namun begitu, tidak semua bayi yang menyukai cara ini. Disebabkan itu, anda perlu menggunakan cara yang lain pula.

    Mainkan muzik dan irama

    Cuba mainkan muzik, dodoikan bayi dan menyanyi sambil menari di hadapan bayi anda. Gunakan pelbagai jenis muzik dan lihat reaksi bayi anda.

    Hingar putih

    Kebingitan bunyi penyedut hampagas mungkin tidak kedengaran menyenangkan, namun bagi bayi bunyi ini sangat menenangkan mereka. Ini kerana bunyi hingar putih yang akan menghalang setiap bunyi lain ini merupakan bunyi yang sudah biasa mereka dengari ketika berada dalam rahim ibu.

    Air yang hangat

    Air yang hangat mampu untuk menenangkan dan menghentikan tangisan bayi. Anda juga boleh memandikan anak menggunakan air yang hangat. Caranya, dukung dan rangkul bayi anda dan mandikan mereka menggunakan pancuran air. Kebanyakan bayi amat menyukai cara ini tetapi jangan memaksa sekiranya bayi anda belum bersedia atau tidak menyukai bunyi dan percikan air tersebut. Paling penting, pastikan kawasan sekeliling anda tidak licin sebelum menggunakan cara ini untuk memandikan bayi.

    Pergerakan

    Pergerakan ketika berada dalam dakapan anda atau ketika sedang dibuai dalam buaian sudah mencukupi untuk melegakan tangisan bayi. Selain itu, ketika sedang berjalan, anda juga boleh menggunakan stroller untuk memastikan bayi anda selesa serta anda juag dapat berjalan dengan bebas. Terdapat juga beberapa cara lain seperti penggunaan kerusi malas atau kerusi yang menganjal untuk memastikan bayi anda selesa berada dalam keadaan yang sentiasa bergerak.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan