backup og meta

Kebenaran Mengenai Penyusuan Badan yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    Kebenaran Mengenai Penyusuan Badan yang Anda Mungkin Tidak Tahu

    Kebanyakan individu menganggap penyusuan badan adalah satu perkara yang mudah sahaja. Hakikatnya, penyusuan badan merupakan satu cabaran yang sangat besar terutamanya buat wanita yang baru menjadi ibu. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebenaran yang mungkin masih belum diketahui mengenai penyusuan badan.

    Kesakitan ketika penyusuan badan

    Kebanyakan ibu akan mengalami kesakitan pada puting ketika awal minggu anda melakukan penyusuan badan. Jika terdapat tanda kerosakan pada puting, anda mungkin menghidapi infeksi. Sekiranya ini berlarutan dan anda masih berasa sakit ketika penyusuan badan, segera dapatkan bantuan pakar perubatan. Jika tidak dirawat, Infeksi yang berlaku pada puting mampu mendatangkan komplikasi yang lebih serius.

    Saiz payudara tidak mempunyai kaitan dengan amaun penghasilan susu

    Kebanyakan ibu yang mempunyai saiz payudara yang kecil akan mengalami kegusaran berkenaan kemampuan penghasilan susu mereka. Hakikatnya, saiz payudara tidak mempunyai kaitan dengan amaun penghasilan susu anda. Saiz payudara anda sebenarnya bergantung kepada amaun tisu lemak yang terdapat pada badan anda. Amaun susu yang dapat dihasilkan oleh badan anda sebenarnya sitentukan oleh tisu kelenjar anda. Berdasarkan keperluan dan kemahuan bayi anda, badan anda secara tidak langsung akan menghantar isyarat untuk menghasilkan amaun susu yang bersesuaian.

    Penyusuan badan pada waktu malam sangat penting untuk ibu dan bayi

    Prolaktin dihasilkan pada tahap yang tertinggi di waktu malam. Oleh itu, penyusuan badan pada waktu malam boleh meningkatkan kualiti penghasilan susu badan yang sangat diperlukan oleh bayi untuk mengisi perutnya yang masih kecil. Untuk 3 bulan pertama, ibu yang menyusukan anak dengan susu badan pada waktu malam mungkin akan mempunyai waktu tidur yang lebih panjang iaitu sekitar 40 minit berbanding ibu yang lain.

    Ada ibu yang cuba memberikan susu formula kepada bayi agar mereka mempunyai masa tidur yang lebih lama. Malangnya, ini tidak akan berkesan. Selain itu, tidak melakukan penyusuan badan pada waktu malam akan mengurangkan kualiti penghasilan susu badan. Pelepasan hormon ketika penyusuan badan juga dapat membantu ibu dan bayi berasa lebih relaks sekaligus memudahkan mereka untuk tidur kembali.

    Penyusuan badan pada waktu malam bukan sahaja akan mengenyangkan bayi, malahan dapat menyumbang kepada perkembangan bayi dan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

    Anda tidak perlu menunggu untuk susu badan memenuhi payudara anda

    Hakikatnya, susu badan akan sentiasa berada dalam payudara anda kerana penghasilannya tidak pernah berhenti. Kadar penghasilan susu badan akan bergantung kepada amaun yang diminum oleh bayi anda. Semakin banyak bayi anda minum, semakin banyak penghasilan susu badan dan begitu sebaliknya. Sekiranya bayi anda masih tidak kelihatan kenyang selepas penyusuan, anda boleh meneruskan penyusuan kerana susu badan tidak pernah berhenti dihasilkan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan