backup og meta

Mengapa Ibu Tiri Sering Dibenci Oleh Anak?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/05/2019

    Mengapa Ibu Tiri Sering Dibenci Oleh Anak?

    Sudah menjadi lumrah, seorang anak sudah pasti tidak mudah untuk menerima atau menyukai kehadiran seorang ibu tiri dalam kehidupan walaupun mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Menurut kajian terbaharu, konflik ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa sebab yang tertentu. Ikuti artikel ini untuk mengetahui punca ibu tiri sering dibenci oleh anak.

    Punca-punca ibu tiri sering dibenci

    #1. Kepercayaan

    Kebanyakan anak-kanak mempercayai bahawa menyayangi ibu tiri bermakna mengkhianati ibu kandung mereka. Selain itu, kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu tiri juga hanya akan mengelirukan mereka. Disebabkan itu, mereka agak sukar untuk menerima dan mempercayainya. Hanya ibu kandung yang mampu untuk menggalakkan anak mereka membuka hati dan memberi peluang kepada ibu tiri.

    #2. Kesetiaan

    Kebanyakan kanak-kanak menganggap ibu mereka sebagai tunjang kepada keluarga. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh ibu kandung mereka akan menjadi satu standard yang perlu diikuti. Jika ibu tiri cuba untuk melakukan apa-apa perubahan, anak akan membantah dan tidak mahu menerimanya. Pendek kata, kanak-kanak hanya cenderung untuk mengikuti ibu kandung mereka lalu mula menunjukkan perasaan benci kepada ibu tiri.

    #3. Cemburu

    Menurut pakar psikologi iaitu Mavis Hetheringtin, remaja atau kanak-kanak perempuan sememangnya sangat mudah berasa cemburu berbanding lelaki. Ini disebabkan oleh mereka lebih rapat dengan bapa mereka. Selepas ibu bapa bercerai, ibu tiri akan dilihat sebagai satu halangan untuk mereka menjadi rapat dengan bapa mereka.

    #4. Ibu bapa permisif

    Kajian menunjukkan bahawa gaya keibubapaan autoritatif yang mempunyai tahap pengawalan tinggi, akan memberi kesan yang terbaik kepada anak. Selepas penceraian, ibu bapa permisif akan mengalami kesukaran. Ini kerana ibu tunggal akan mudah tertekan dengan pelbagai tugas yang perlu dilakukan seorang diri.

    Sementara itu, si bapa pula akan mengalami rasa serba salah kerana telah melibatkan anak mereka melalui fasa penceraian dan cenderung takut anak akan membenci mereka. Disebabkan itu, mereka sangat sukar untuk menolak sebarang permintaan anak. Kehadiran ibu tiri yang kononnya cuba untuk memperbetulkan keadaan, hanya akan membuat anak berasa mereka tidak dilayan dengan baik dan akan memberontak.

    Bagi menyelesaikan masalah ini, ibu tiri sepatutnya menjadikan anak tiri mereka sebagai ‘kawan’ sebelum berkahwin dan jangan sesekali cuba untuk mengubah hidup peribadi anak. Kadangkala, ibu tiri perlu memberi mereka masa bersendirian bersama bapa kandung mereka. Ini akan membantu anak memahami bahawa kehadiran ibu tiri mereka bukannya hendak merampas bapa kesayangan mereka.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/05/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan