backup og meta

Apa Perlu Buat Jika Anak Mengabaikan Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    Apa Perlu Buat Jika Anak Mengabaikan Anda?

    Mengapa anak mengabaikan anda?

    Sebenarnya, anak mengabaikan anda jika anda ada mengatakan sesuatu yang mereka tidak gemar. Fenomena ini berlaku ekoran mereka mula menetapkan pendirian. Disebabkan itu, mereka akan berlakon seperti tidak mendengar apa-apa yang anda ujarkan. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal.

    Kita semua tahu kanak-kanak perlu meneroka dunia ini. Mereka sangat teruja untuk melihat pelbagai perkara baharu dan bagaimana reaksi individu lain terhadap perlakuan mereka. Jadi, setiap kali anak seakan mahu mengabaikan anda, ia bukan cubaan mereka untuk menjadi biadap. Mereka hanya mahu melihat apa yang anda akan lakukan jika mereka tidak mematuhi anda. Ini juga sebenarnya merupakan salah satu daripada proses kanak-kanak untuk belajar berdikari.

    Apa yang ibu bapa perlu lakukan?

    #1. Bersikap realistik

    Setiap kali anda memberi tugasan pada anak anda, pastikan ia mudah untuk difahami dan dilakukan oleh mereka. Jika mereka gagal untuk memahami dan menyiapkan tugasan itu, mereka cenderung mengabaikannya sahaja. Tambahan itu, jangan terlalu bersikap seperti seorang “bos’’. Gunakan ayat tanya seperti “tolong simpan baju awak dalam almari, ya?..” dan elakkan penggunaan ayat penyata seperti “simpan baju itu sekarang!…’’.

    Untuk mengetahui sama ada anak anda faham atau tidak permintaan anda, minta mereka untuk mengulanginya semula kepada anda.

    #2. Jaga perasaan anak

    Apabila kanak-kanak mula mengabaikan individu, mereka mungkin sedang beremosi. Ia boleh disebabkan oleh kepenatan, kekecewaan ataupun keterujaan. Perasaan sebegini mampu menghalang mereka daripada mendengar.

    Jadi, setiap kali anda perasan anak anda sedang beremosi, kurangkan meminta sesuatu daripada mereka.

    #3. Beri anak petanda

    Jika anda sudah mahu pulang daripada taman permainan, pastikan anda sudah memberitahu mereka dan menyediakan masa tambahan untuk bermain. Jika mereka masih mahu mengabaikannya, pujuk anak anda dengan lembut dan perlahan-lahan beredar dari situ. Ini dapat memberi petanda kepada mereka walaupun mereka mengabaikan permintaan anda, ia masih akan berlaku.

    #4. Puji kelakuan baik anak

    Kanak-kanak sangat suka dipuji setiap kali mereka berkelakuan baik. Oleh itu, puji mereka setiap kali anak anda mendengar kata. Ia boleh jadi satu motivasi baik untuk mereka.

    #5. Tunjuk pengajaran pada anak

    Tunjukkan kepada anak manfaat positif menjadi pendengar yang baik. Anda mungkin boleh beritahu mereka ayat seperti “jika awak simpan mainan di dalam kotak itu, awak akan lebih mudah menjumpainya kelak..”.

    #6. Elak guna perkataan “jangan”

    Kebanyakan ibu bapa akan menggunakan kata “jangan” setiap kali anak mereka berdegil. Jika anda mahu melarang anak anda daripada melakukan sesuatu perkara, elak guna perkataan “jangan”.

    Daripada menggunakan ayat seperti “jangan bermain bola di dalam rumah!..”, apa kata anda gunakan ayat seperti “jom kita bermain bola di taman?..”

    Jika boleh, sokong dan jangan lawan mereka. Sebagai contoh, jika anak anda meminta untuk memanjat bukit yang lebih tinggi, jangan berkata “jangan”. Sebaliknya, sokong mereka dan katakan bahawa anda akan pergi bersamanya untuk menyelamatkannya jika terjatuh.

    Perlukah anda mendapatkan bantuan pakar?

    Fenomena anak mengabaikan anda adalah salah satu daripada proses perkembangan mereka. Pun begitu, anda perlu mendapatkan bantuan pakar jika:

    • Anak terlalu kerap mengabaikan anda
    • Anak mudah marah setiap kali anda membuat permintaan
    • Anak tidak peduli akan persekitaran mereka
    • Anak mula membuat bunyi-bunyi yang pelik
    • Anak mengabaikan rakan-rakan mereka

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan