backup og meta

Zink dan Kesuburan Lelaki

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    Zink dan Kesuburan Lelaki

    Zink memainkan peranan yang penting dalam fungsi imun, penukaran enzim, penyerapan sel dan pemecahan protein. Zink juga membantu dalam kesuburan lelaki. Memandangkan tubuh kita tidak mempunyai kapasiti penyimpanan zink, kita perlu mendapatkan jumlah zink yang disarankan setiap hari melalui pemakanan atau suplemen. Kacang tanah, tiram, coklat gelap, daging merah dan serbuk koko adalah sumber makanan zink yang baik.

    Kesan zink kepada sperma

    Bagi wanita, zink membantu tubuh menggunakan hormon pembiakan, iaitu estrogen dan progesteron. Kekurangan zink boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon, perkembangan ovari abnormal, dan haid tidak teratur. Apabila tubuh wanita kekurangan zink, penyerapan protein akan menurun, yang seterusnya menyebabkan penurunan kualiti telur.

    Bagi lelaki pula, zink dipercayai boleh mempengaruhi kiraan sperma kerana ia didapati dalam kepekatan tinggi sperma. Selain itu, zink juga penting untuk membuat lapisan luar dan ekor sperma. Jika seseorang lelaki itu kekurangan zink, kualiti dan kuantiti sperma akan terjejas teruk.

    Tanpa zink, sperma tidak mempunyai pergerakan dan kekuatan untuk membuat perjalanan yang panjang melalui faraj, serviks, dan ke dalam rahim untuk melakukan persenyawaan. Kekurangan zink juga adalah penyebab berlakunya kecacatan kromosom dalam sperma, yang boleh menyebabkan keguguran, walaupun telah berlaku persenyawaan dan penempelan.

    Pakar pemakanan menyatakan bahawa pengambilan zink sebanyak 15mg setiap hari boleh membaiki kerosakan pada sperma yang disebabkan oleh penyerapan bahan kimia berbahaya yang didapati daripada persekitaran.

    Bagaimana saya boleh mendapatkan zink?

    Sumber makanan dengan jumlah zink yang tinggi adalah makanan laut, terutama tiram, daging merah, bijirin penuh, dan kekacang. Jumlah yang lebih kecil ditemui dalam beberapa produk tenusu seperti keju. Pemanasan dan memasak boleh mengurangkan zink dalam makanan sehingga 50%. Jadi, adalah penting untuk anda makan makanan yang tinggi zink dalam bentuk mentah.

    Selain anda boleh mengalami kekurangan zink melalui makanan, zink dalam tubuh anda juga akan jadi tidak mencukupi melalui gaya hidup moden anda seperti alkohol, asap rokok serta stres dan pencemaran.

    Jika anda ingin mengambil suplemen zink, pakar kesihatan menyarankan anda mengambil tidak lebih daripada 30mg setiap hari. Juga, zink perlu diambil bersama dengan suplemen kuprum, selalunya 1.5mg. Sesetengah tablet zink juga ada yang bercampur dengan kuprum untuk memudahkan anda mengambilnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan