backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Keliru Waktu Kesuburan Anda, Ini 8 Cara Untuk Kira Masa Subur, No.3 Paling Mudah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 30/01/2024

    Keliru Waktu Kesuburan Anda, Ini 8 Cara Untuk Kira Masa Subur, No.3 Paling Mudah!

    Ramai wanita akan memberitahu pasangannya bahawa pemacu seks mereka lebih kuat pada masa-masa tertentu. Itu maksudnya, waktu kesuburan sudah mulai muncul. Tapi, bagaimana cara nak kira waktu subur wanita ini? 

    Bukan sahaja keinginan seksual meningkat apabila ini berlaku, tetapi pasangan juga mungkin berasa lebih tertarik pada tempoh tersebut. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Memahami waktu subur wanita

    Sama ada merancang untuk mengandung atau mencegah kehamilan, pengetahuan tentang waktu subur wanita dapat membantu anda menjayakan perancangan tersebut. 

    Namun maklumat tentang tarikh, bilangan hari dan kitaran haid mungkin memeningkan anda. Jadi, bagaimana memahaminya dengan lebih mudah? teruskan pembacaan anda. 

    Kehamilan boleh berlaku melalui persenyawaan ovum atau telur oleh sperma. Ovum bukanlah sentiasa tersedia sebaliknya akan dikeluarkan melalui proses ovulasi.

    Sewaktu ovulasi berlaku, ovum yang matang dikeluarkan daripada ovari, kemudian bergerak melalui tiub fallopian dan tersedia untuk disenyawakan.

    Ovulasi adalah satu-satunya waktu ketika kitaran haid di mana seorang wanita boleh hamil.

    Apabila ovum tidak disenyawakan, anda akan mengalami haid 14 hari selepasnya. Ini disebabkan pengurangan hormon progesteron dan estrogen yang berlaku.

    Apabila ovum tidak disenyawakan, maka rahim yang dipersiapkan untuk menyambut kedatangan janin, kini akan menyingkirkan lapisan yang disediakan untuk tujuan tersebut dalam bentuk darah haid.

    Tip kira waktu subur wanita 

    tanda hamil
    Cara guna OPK untuk tahu waktu subur. 

    Kira waktu subur 1: Ambil tahu kitaran menstrual anda

    Dengan mengetahui bila haid bermula dan berakhir, ia boleh membantu anda mengetahui cara kira waktu subur atau ovulasi. 

    Walaupun kitaran menstrual adalah berbeza untuk setiap wanita, namun ovulasi selalunya berlaku sekitar hari ke-10 hingga 16 sebelum haid anda yang seterusnya, ini bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur.

    Kira waktu subur 2: Lihat tanda-tanda ‘spotting’

    Semakin hampir anda dengan waktu subur, anda akan lihat tompokan kecil berwarna pink atau coklat kira-kira seminggu selepas haid. 

    Hormon yang membuatkan tubuh anda melalui ovulasi atau subur inilah yang menyebabkan spotting.

    Bagaimanapun, bukan semua wanita mengalami tanda ini, namun jika anda melihat tompokan keluar pada faraj, bermakna jendela subur anda sedang terbuka.

    Kira waktu subur 3: Dapatkan bantuan daripada kalkulator ovulasi

    Cara kira waktu ovulasi yang paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator kira waktu subur.

    Bagi mengira tempoh ovulasi anda, hanya masukkan hari pertama haid bagi menstrual yang terdahulu dan purata panjang kitaran menstrual anda yang terjadi sebelum ini.

    4. Melakukan pemeriksaan serviks 

    Semakin dekat dengan tempoh subur, serviks anda akan rasa berbeza dari hari ke hari. Mendekati waktu subur, serviks akan menjadi lembut, tinggi, terbuka dan basah.

    Anda boleh periksa serviks dengan cara memasukkan jari tengah ke dalam faraj. Pastikan jari anda bersih sebelum melakukannya.

    Jika kerap periksa serviks, anda akan tahu perbezaannya ketika waktu subur.

    5. Lihat jika ada sakit belakang atau perut

    Rata-ratanya, wanita boleh mengenali bila waktu ovulasi mereka. Namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu. Petanda paling biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita ialah sakit ringan pada bahagian perut atau sakit sedikit pada bahagian belakang badan.

    Jika mengalaminya, anda dinasihatkan untuk menanda di kalendar kerana ia boleh membantu mengesan corak kitaran haid bulanan anda.

    6. Periksa mukus serviks

    lendir serviks wanita
    Perubahan lendir serviks wanita.

    Semasa kitaran, mukus serviks akan berubah. Semasa ini, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil jika mukus berubah jernih, meregang dan licin. Ia kelihatan seperti bentuk putih telur mentah.

    Perhatikan mukus serviks anda semasa bulan haid dan kenal pastinya kerana ia membantu untuk mengetahui bila waktu subur untuk hamil yang terbaik.

    Kira waktu subur 7: Catat suhu badan 

    Semasa ovulasi, suhu badan anda akan sedikit meningkat. Termometer diperlukan untuk memastikan anda mengesan suhu dengan betul.

    Waktu subur wanita: Perubahan diri ketika mengalaminya

    kira waktu subur
    Tempoh subur wanita untuk hamil.

    Berikut adalah beberapa tanda yang mungkin boleh diperhatikan ketika anda sedang subur: 

    1. Payudara menjadi lebih lembut

    Semasa tempoh ovulasi, payudara akan terasa berat, sakit, sensitif dan lebih lembut. Ini kerana semasa ovulasi, banyak hormon yang dipanggil progesteron berkumpul, lantas menyebabkan payudara berasa lain. 

    2. Anda lebih seksi, antara tanda waktu subur

    Anda tidak perlu memakai solekan untuk rasa seksi. Ini kerana, semasa tempoh subur, anda boleh nampak beberapa perubahan pada penampilan diri. 

    Pada ketika itu, bibir lebih tebal, anak mata besar, kulit yang lebih lembut, dan sedikit perubahan pada suara. Ini berlaku kerana peningkatan hormon estrogen.

    Menurut kajian, perubahan positif ini bukan sahaja menjadikan anda lebih yakin, malahan pasangan juga akan lebih tertarik pada anda semasa tempoh ini. Perkara ini akan meningkatkan lagi emosi untuk bersama dengan suami.

    3. Lebih sensitif kepada bau

    Kajian terbaru menunjukkan bahawa deria bau wanita menjadi lebih sensitif pada hari terakhir kitaran haid yang normal.

    Wanita dalam tempoh ini mudah tertarik kepada pheromone androstenone lelaki. Itulah sebabnya wanita berasa bau badan pasangan mereka lebih kuat daripada biasa.

    4. Meningkatkan pemacu seks

    Sekiranya anda berasa lincah, ini mungkin kerana ovulasi sedang berlaku. Wanita sering menyedari peningkatan pemacu seks di sekitar ovulasi.

    Para penyelidik mengesan tahap Hormon Peluteinan (LH) wanita melonjak sejurus sebelum ovulasi dan ketika wanita itu bersetubuh.

    Apa yang mereka dapati, wanita lebih cenderung melakukan seks di sekitar masa ovulasi (ketika mereka mempunyai LH).

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 30/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan