Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

Ujian kehamilan selepas hubungan seks

Memutuskan waktu menjalani urine pregnancy test (UPT) boleh memberikan tekanan kepada kebanyakan wanita. 

Namun secepat mana ujian tersebut boleh dilakukan setelah melakukan seks?

Anda mungkin ingin melakukan UPT secepat mungkin tetapi disarankan untuk menunggu sehingga tempoh seminggu anda tidak mengalami pendarahan haid

Jika anda tidak sabar menantikan hari kedatangan haid, sekurang-kurangnya berikan tempoh 1 atau 2 minggu selepas hubungan seks terakhir anda sebelum menjalani ujian kehamilan.

Tempoh menunggu ini penting, kerana badan perlu membangunkan hormon kehamilan hCG secukupnya agar dapat dikesan dalam ujian tersebut.

Bagi kebanyakan kes, anda sudah boleh mengesan tahap hCG bermula 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan telur berlaku.

Jika waktu melakukan UPT terlalu awal, anda mungkin menerima keputusan negatif walaupun pada hakikatnya anda hamil.

Bila waktu terbaik perlu menjalani ujian kehamilan

Menunggu masa sesuai untuk melakukan UPT pastinya boleh mendatangkan debaran kepada anda. 

Tetapi apakah masa yang terbaik untuk melakukannya? Adakah pada waktu pagi atau malam?

Sama ada anda menantikan keputusan yang positif atau negatif, UPT yang dilakukan pada waktu awal pagi boleh memberikan pengesahan harapan atau meredakan kebimbangan anda.

Menurut pakar, air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai kadar kepekatan hCG paling tinggi.

Melainkan anda terbangun pada waktu tengah malam untuk membuang air, maka air kencing pertama pada waktu pagi adalah yang terbaik bagi mengesan tanda awal kehamilan.

Walau bagaimanapun, ia bukan bermaksud ujian kehamilan ini tidak boleh dilakukan pada waktu lain. Cuma keputusan yang diperolehi cenderung negatif palsu, terutamanya jika anda minum banyak air.

Sememangnya pada waktu pagi, anda mungkin akan berada dalam keadaan mamai selepas bangun tidur dan mudah terlupa untuk melakukan UPT. 

Jadi mungkin anda boleh meletakkan nota pada pintu bilik air untuk mengingatkan diri anda.

waktu melakukan UPT

Bagaimana pula kalau anda mempunyai jadual tidur yang berbeza dan tidak boleh menguji air kencing pada waktu pagi?

Jangan bimbang, anda boleh mencipta waktu melakukan UPT sendiri dengan menahan diri daripada kencing untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 jam. 

Sebelum melakukan ujian pengesanan kehamilan, anda dinasihatkan untuk tidak minum terlalu banyak air pada waktu pagi berbanding kebiasaan. 

Ini kerana ia boleh mencairkan air kencing dan mempengaruhi hasil ujian yang dilakukan. 

Jika keputusan yang diperolehi adalah negatif namun anda berasakan bahawa anda hamil, lakukan ujian pengesanan sekali lagi selepas beberapa hari.

Tahap hormon hCG pada awal kehamilan

Kebanyakan syarikat pengeluar UPT mengesyorkan agar ujian kehamilan dilakukan pada awal pagi.

Ini kerana air kencing pertama itu biasanya mengandungi kadar kepekatan human chorionic gonadotropin (hCG), iaitu hormon kehamilan yang tertinggi. 

Berita baiknya, kadar hormon hCG ini akan meningkat setiap 2 hari pada awal kehamilan

Ini bermakna selepas minggu ke-4 atau ke-5 kehamilan, tahap hCG adalah mencukupi untuk memberikan hasil ujian lebih tepat tanpa perlu menggunakan air kencing pertama waktu pagi

Sekali gus, bermaksud waktu melakukan UPT adalah pada bila-bila masa dalam sehari.

Melakukan ujian kehamilan darah

Anda mungkin sudah memperoleh hasil keputusan positif waktu melakukan UPT di rumah. 

Walau bagaimanapun, apabila tiba di klinik atau hospital, berkemungkinan besar doktor akan mencadangkan untuk anda menjalani ujian darah.

Apakah yang dimaksudkan dengan ujian tersebut dan mengapa anda perlu menjalaninya?

Umumnya, ujian kehamilan yang dilakukan di rumah anda adalah untuk mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing.

Doktor mencadangkan untuk anda melakukan ujian darah kerana ia lebih sensitif dan boleh memberikan lebih banyak maklumat berbanding ujian pengesan melalui air kencing yang dibuat di rumah.

Ujian pengesanan kehamilan melalui darah ini paling terbaik untuk dilakukan setelah beberapa hari lewat daripada waktu anda sepatutnya mengalami haid. 

Jika ujian yang dilakukan di rumah tetap memberikan hasil keputusan negatif walaupun anda mengalami semua tanda kehamilan, cadangan terbaik adalah untuk melakukan ujian darah ini. 

waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

Ketepatan ujian darah

Ujian darah yang dilakukan bagi mengesan kehamilan adalah paling menyakinkan kerana ia bersifat kuantitatif dengan menentukan jumlah hormon hCG secara lebih tepat.

Melalui ujian darah ini, ia dapat memberitahu doktor jika anda hamil atau anda perlu melakukan ujian lain dalam tempoh beberapa hari.

Doktor akan menyarankan melakukan ujian darah jika anda pernah mengalami kehamilan ektopik atau keguguran pada kehamilan lepas.

Menunggu masa sesuai

Walaupun anda mungkin tidak sabar menanti waktu melakukan UPT, namun pilihan paling baik adalah menunggu untuk menjalani ujian pengesanan pada awal pagi. 

Tidak kiralah sama ada anda mahukan keputusan positif atau negatif, waktu yang tepat dan sesuai dapat mengelakkan sebarang risiko untuk memperolehi keputusan palsu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

Ada segelintir ibu hamil yang mengalami masalah warna najis bertukar menjadi hijau. Mengapa perkara tersebut berlaku? Adakah ia normal atau tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan seks

Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
cara makan pil perancang

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
hamil

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan