Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

Urutan kehamilan, manfaatnya dan risiko telah menjadi topik kontroversi sejak sekian lama. Walaupun terdapat penyelidikan kecil mengenainya, dan tidak ada persetujuan kukuh dalam kalangan saintis, penyelidikan perubatan baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita memperoleh manfaat daripada terapi ini semasa dan selepas kehamilan mereka.

Apakah urutan kehamilan?

Urutan kehamilan terdiri daripada urutan pranatal dan postnatal daripada ahli terapi yang dilatih dalan urutan kehamilan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesihatan wanita semasa dan selepas kehamilannya. Urut tipikal berlangsung selama satu jam.

Apakah manfaat urutan kehamilan?

Sesetengah kajian telah menunjukkan banyak kesan baik urutan kehamilan pada kesihatan, baik dari segi fizikal dan mental wanita. Kajian menunjukkan bahawa urutan pranatal dapat mengubah regulasi hormon dengan ketara dalam tubuh, yang membawa kepada peningkatan paras dopamin dan serotonin, dan penurunan norepinephrine dan kortisol. Perubahan tahap hormon ini berpotensi untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Wanita sering mengalami peredaran darah yang berkurangan semasa hamil yang berkaitan dengan bengkak dan ketidakselesaan pada sendi, yang disebut edema. Terapi urut boleh meningkatkan peredaran darah, dan boleh mengurangkan bengkak dan kesakitan. Manfaat lain yang mungkin dialami ibu adalah mengurangkan sakit saraf, sakit belakang, serta pengurangan ketegangan otot atau sakit kepala, dan tidur yang lebih baik.

Apakah langkah berjaga-jaga untuk urutan kehamilan?

Salah satu sebab mengapa urutan kehamilan adalah subjek yang tidak menentu adalah kerana terdapat bilangan profesional yang disahkan dan tiada penyelidikan klinikal yang menyeluruh. Memilih ahli terapi urut yang diperakui dengan pengetahuan luas mengenai urutan kehamilan adalah sangat penting untuk anda dan kesihatan bayi anda. Jika anda meneruskan urutan kehamilan, pastikan anda memberi perhatian kepada tubuh anda sendiri dan berunding dengan terapi anda untuk kedudukan yang paling selamat dan  selesa semasa urutan. Adalah disyorkan untuk mengelakkan urutan kehamilan semasa trimester pertama anda kerana tahap kehamilan ini dikaitkan dengan risiko keguguran yang lebih tinggi. Adalah dinasihatkan supaya anda berunding dengan doktor anda sebelum mencuba urutan kehamilan jika anda mengalami mana-mana yang berikut:

  • Morning sickness, mual atau muntah
  • Pendarahan semasa kehamilan
  • Kontraksi preterm/lebih awal
  • Kehamilan berisiko tinggi
  • Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (PIH)
  • Kelahiran preterm sebelum ini
  • Bengkak yang teruk
  • Tekanan darah tinggi

Terapi urut, secara amnya, terkenal kerana keupayaannya untuk melegakan ketidakselesaan di dalam tubuh dan menggalakkan rasa kelonggaran dan kesejahteraan. Kehamilan boleh menjadi stres pada tubuh dan minda, dan urutan kehamilan mempunyai keupayaan berpotensi untuk mengurangkan rasa sakit dan kesakitan yang mungkin dihadapi oleh ibu hamil. Adalah lebih baik untuk berunding dengan bidan anda atau doktor anda untuk mendapatkan panduan di mana untuk mencari ahli terapi urut yang layak dan sesuai di kawasan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Dian Sonnerstedt Pakar Yoga
Dian Sonnerstedt adalah pengamal yoga sejak tahun 2016. Cinta beliau terhadap yoga membawa beliau daripada bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah ...
Lihat Lebih Lagi
Dian Sonnerstedt Pakar Yoga

Dian Sonnerstedt adalah pengamal yoga sejak tahun 2016. Cinta beliau terhadap yoga membawa beliau daripada bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah korporasi ternama, kepada seorang pengajar yoga sepenuh masa. Beliau menerima pengiktirafan daripada One Song Yoga School pada tahun 2014, diikuti  Prenatal/Postnatal Yoga, Sunshine Network for Thai Yoga Massage, dan Yin Mindful Immersion Yoga pada tahun 2015. Dian kini merupakan pengamal berdaftar di YogaAlliance.org.

Dian mengajar pelbagai jenis yoga termasuk Hatha, Vinyasa, Yin dan juga Prenatal Yog. Beliau telah membuka kelas sendiri termasuk kelas untuk pejabat dan dalam studio @Yoga42 Senayan Arcadia. Beliau berminat untuk berkongsi pengetahuan yoga beliau dan juga untuk menyunting inspirasi kdalam diri orang lain kerana ianya turut memberi impak yang positif kepada fizikal dan mental pengamal. Dalam kolum ini, Dian akan berkongsi semua tentang yoga, kenapa ianya bagus untuk anda dan bagaimana untuk mengamalkan yoga bagi mereka yang mempunyai pengalaman mahupun untuk mereka yang tidak pernah menyentuh pun tikar yoga.

Ketahui lebih lanjut tentang Yoga bersama Dian Sonnerstedt di akaun Instagram beliau di @diansonnerstedt (https://www.instagram.com/diansonnerstedt/)

Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini