backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

23

Tanya Doktor
Simpan

Ambil Ubat Gugur, Cara Selamat Untuk Gugurkan Kandungan? Ini Jawapan Tepat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/01/2024

    Ambil Ubat Gugur, Cara Selamat Untuk Gugurkan Kandungan? Ini Jawapan Tepat!

    Bagi anda yang perlu menggugurkan kandungan di atas masalah kesihatan, pengambilan ubat gugur dikatakan penyelesaian terbaik. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut mengenainya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Pengguguran perubatan 

    Pengguguran perubatan atau menggugurkan kandungan menggunakan ubat gugur yang dilakukan dalam 9 minggu pertama kehamilan mempunyai risiko komplikasi yang sangat rendah.

    Risikonya sama seperti ketika seorang wanita keguguran secara semula jadi. Risiko yang mungkin dihadapi boleh dirawat oleh doktor dengan mudah.

    Daripada setiap 100 wanita yang melakukan pengguguran perubatan, 2 atau 3 wanita perlu bertemu doktor atau ke rawatan kecemasan atau hospital untuk menerima rawatan perubatan lanjut.

    Di negara dengan kelahiran selamat, 1 dalam setiap 10,000 wanita meninggal semasa melahirkan anak.

    Sedangkan kurang daripada 1 dalam setiap 100,000 wanita yang menggunakan pengguguran perubatan meninggal.

    Ini menjadikan pengguguran perubatan lebih selamat daripada melahirkan anak dan selamat seperti keguguran yang berlaku secara semula jadi.

    Ini bermakna pengguguran yang selamat boleh dilakukan dengan ubat gugur kandungan di klinik Mifepristone dan Misoprostol.

    jenis pil keguguran
    Ubat gugurkan kandungan.

    Apa itu ubat gugur?

    “Pil gugur atau pengguguran” adalah nama popular untuk 2 ubatan yang digunakan untuk mengakhiri kehamilan – mifepristone dan misoprostol.

    Secara umum, ia boleh digunakan sehingga 70 hari (10 minggu) – selepas hari pertama haid terakhir wanita tersebut.

    Wanita yang memerlukan pengguguran sewaktu usia kehamilan lebih daripada 10 minggu perlu menjalani pengguguran dalam klinik.

    Anda boleh merasa yakin kerana pengguguran perubatan dengan pil pengguguran sangat berkesan.

    Anda akan menjalani pemeriksaan lanjut dengan jururawat atau doktor anda selepas pengguguran anda untuk memastikannya berkesan.

    Sekiranya ia tidak berkesan, anda mungkin perlu mengambil satu lagi dos ubat atau menjalani pengguguran dalam klinik untuk mengakhiri kehamilan.

    Apa yang berlaku sewaktu pengguguran perubatan?

    Adalah biasa bagi wanita untuk merasa gugup tentang pengguguran perubatan atau sebarang prosedur perubatan lain. Anda mungkin akan berasa lebih baik jika anda tahu apa yang bakal berlaku.

    Pakar kesihatan anda akan bercakap dengan anda dan menjawab soalan anda.

    ubat gugur
    Pengguguran perubatan.

    Berikut merupakan gambaran umum bagaimana ia berfungsi dan apa yang akan berlaku.

    Sebelum mengambil ubat gugur atau pil pengguguran ini, anda perlu:

    • berbincang tentang pilihan anda
    • memaklumkan sejarah perubatan anda
    • menjalani ujian makmal
    • menjalani peperiksaan fizikal. Ini biasanya melibatkan ultrabunyi
    • membaca dan menandatangani kertas

    Anda juga akan diberikan panduan perubatan, arahan, dan maklumat lain untuk dibawa pulang dengan anda, termasuk nombor telefon yang boleh dihubungi pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.

    Pengguguran perubatan adalah proses yang bermula sebaik sahaja mengambil pil pertama.

    Terdapat tiga langkah:

    Langkah satu – Ubat gugur Mifepristone

    Pakar kesihatan anda akan memberi ubat pertama di klinik. Anda juga akan diberikan beberapa antibiotik.

    Mifepristone berfungsi dengan menghalang hormon progesteron. Tanpa progesteron, lapisan rahim akan terjejas, dan kehamilan tidak dapat diteruskan.

    Langkah kedua – Misoprostol

    Anda akan mengambil ubat kedua – misoprostol. Ia menyebabkan rahim dikosongkan.

    Anda akan mengambil ubat kedua 24-48 jam selepas mengambil mifepristone. Pakar kesihatan anda akan memberi arahan tentang bagaimana dan bila waktu untuk mengambil ubat kedua.

    Ubat kedua – misoprostol – akan menyebabkan anda mengalami kekejangan dan mula berdarah banyak. Sesetengah wanita mungkin mula berdarah sebelum mengambil ubat kedua.

    Tetapi bagi kebanyakan, pendarahan dan kekejangan bermula selepas mengambil pil kedua. Ia biasanya berlangsung beberapa jam. Anda mungkin melihat gumpalan darah atau tisu yang besar sewaktu keguguran.

    Lebih separuh daripada wanita mengalami keguguran dalam masa empat atau lima jam selepas mengambil ubat gugur kedua. Bagi yang lain, ia mengambil masa yang lebih lama.

    Kebanyakan wanita mengalami keguguran dalam masa beberapa hari.

    Adalah normal untuk mengalami pendarahan atau tompokan darah selama empat minggu selepas pengguguran. Hanya gunakan pad untuk pendarahan selepas pengguguran.

    Bagi kebanyakan wanita, pengguguran perubatan adalah seperti keguguran sewaktu awal kehamilan. Adalah normal bagi anda untuk mengalami pendarahan dan kekejangan.

    Anda mungkin juga mengalami:

    • rasa pening
    • merasakan kekejangan yang kuat
    • berasa mual atau muntah
    • mengalami cirit-birit
    • berasa kesakitan perut sementara
    • mengalami demam ringan atau menggigil secara sementara
    simptom keguguran
    Tanda keguguran yang lain.

    Acetaminophen (seperti Tylenol) atau ibuprofen (seperti Advil) boleh mengurangkan kebanyakan simptom ini. Jangan mengambil aspirin.

    Anda mungkin akan berasa lebih selesa jika anda mempunyai orang yang tersayang bersama anda sewaktu tempoh keguguran.

    Langkah ketiga – pemeriksaan lanjut selepas makan ubat gugur

    Anda perlu menjalani pemeriksaan lanjut dalam masa 1-2 minggu. Pemeriksaan lanjut adalah penting untuk memastikan pengguguran anda selesai dan anda dalam keadaan baik.

    Anda perlu menjalani ujian ultrabunyi atau ujian darah.

    Walaupun jarang berlaku tetapi sekiranya anda didapati masih mengandung, pakar kesihatan anda akan membincangkan keputusan yang perlu anda pilih.

    Jika disebabkan ubat tidak berkesan, anda mungkin memerlukan satu lagi dos ubat atau menjalani pengguguran dalam klinik untuk mengakhiri kehamilan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan