backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

25

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tak Pasti Mengandung Atau Tak? Ini Tanda Tanda Kehamilan Yang Boleh Anda Semak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/11/2023

Tak Pasti Mengandung Atau Tak? Ini Tanda Tanda Kehamilan Yang Boleh Anda Semak

Bagaimana nak tahu sama ada diri hamil atau tidak ya? Adakah terdapat gejala tertentu? Kalau ingin tahu apakah tanda tanda kehamilan, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tanda tanda kehamilan

Berikut merupakan antara tanda tanda kehamilan yang berlaku kepada seorang wanita hamil:

Setiap wanita mempunyai pengalaman berbeza!

Setiap wanita adalah berbeza dan apabila berbicara mengenai mengandung, pastinya setiap individu mempunyai proses kehamilan yang sedikit berbeza. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan setiap wanita apabila mereka hamil.

Sakit pada bahagian payudara

Jika payudara anda mula berasa sakit dan sensitif, ini merupakan tanda kehamilan yang paling awal. Ketika ini, bahagian sekeliling puting (areola) anda juga akan menjadi lebih besar dan gelap.

Ini disebabkan oleh tindakan hormon progesterone. Selain itu, payudara anda juga akan membengkak kerana tubuh badan anda memerlukan lebih banyak air ketika hamil yang akan menyebabkan tubuh badan anda terasa kembung.

Oleh itu, ketika ini anda perlu memakai baju dalam yang sesuai terutamanya ketika melakukan senaman.

Baca juga:

Keletihan

Kandungan hormon progesterone bukan sahaja akan menyebabkan payudara menjadi sakit malahan boleh mengakibatkan keletihan ketika trimester yang pertama.

Keletihan ini kebiasaannya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil. Oleh itu, anda perlu berehat dengan secukupnya.

Selain itu, makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk mengawal keletihan ini.

Sukar mengawal emosi, antara tanda tanda kehamilan

Ketika awal kehamilan, emosi anda mungkin sukar untuk dikawal dan anda mudah tertekan. Ini disebabkan oleh perubahan neurotransmitter yang berlaku akibat perubahan hormon dalam tubuh badan anda.

Perubahan emosi ini kebiasaannya akan dialami ketika trimester pertama dan trimester terakhir ketika badan anda mula bersedia untuk proses kelahiran.

Pening kepala

tanda tanda kehamilan

Ketika awal kehamilan, sesetengah wanita mungkin akan mengalami pening kepala malahan ada juga yang boleh menyebabkan pitam. Ini disebabkan oleh perubahan hormon atau tekanan darah yang rendah.

Anda perlu makan lebih banyak dan kerap dalam masa satu hari bagi membendung masalah ini.

Perubahan selera makan

Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada deria baunya. Ketika trimester pertama, ada wanita yang mula mengidam sesuatu yang pelik seperti sesuatu yang mempunyai rasa besi atau tembaga.

Bagi memastikan kandungan anda sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan, anda perlu mengambil vitamin pranatal dalam usaha mendapatkan nutrien yang secukupnya.

Muntah-muntah, gejala wanita mengandung

Gejala ini boleh berlaku tanpa mengira waktu terutamanya waktu pagi. Namun begitu, ada juga wanita yang tidak akan mengalaminya.

Punca sebenar ini berlaku masih tidak dapat dipastikan namun disyaki berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan.

Kebiasaannya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah sekitar 12 hingga 16 minggu.

Bagi mengurangkan gejala ini berlaku, anda perlu makan makanan kaya protein dengan lebih banyak dan kerap selain banyakkan minum air.

tanda tanda kehamilan

Kerap membuang air kecil

Ini kebiasaannya akan berlaku sekitar 6 atau 8 minggu selepas hamil. Buah pinggang anda mula memproses urin dengan lebih aktif semasa kehamilan.

Rahim anda pula akan memberi lebih tekanan kepada pundi kencing anda yang akan menyebabkan anda lebih kerap terasa ingin membuang air kecil.

Kekejangan dan pendarahan, antara tanda mengandung

Kekejangan dan pendarahan mungkin akan berlaku sebelum waktu anda datang bulan.

Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim.

Selain daripada pendarahan, lelehan berwarna putih juga mungkin akan keluar daripada vagina anda.

Lelehan yang tidak berbahaya ini akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

Namun jika lelehan tersebut berbau busuk dan menyebabkan rasa sakit dan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda terinfeksi yis atau bakteria.

Tidak datang haid

Ini merupakan petanda paling jelas yang menunjukkan kehamilan. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid disebabkan oleh kehamilan.

Ini mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon, perubahan berat badan, keletihan atau tekanan.

Wanita hamil mungkin akan mengalami kesemua tanda tanda kehamilan ini atau mungkin hanya mengalami beberapa gejala sahaja.

Jika gejala kehamilan ini menjadi satu kebimbangan kepada anda, bebincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan.

Adakah mengidam makanan tanda tanda kehamilan?

tanda tanda kehamilan

Mengidam adalah salah satu tanda diri sudah mengandung. Ada ibu hamil yang mengidam semasa awal kehamilan, malah ada juga yang mengidam selepas mendapat tahu akan dirinya mengandung.

Lazimnya, mengidam dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku kepada tubuh wanita hamil, namun tiada sebarang data yang menyokong teori ini.

Bagaimanapun, simptom mengidam makanan semasa hamil adalah normal. Ini juga bergantung kepada individu, kerana ada juga wanita hamil yang tidak berasa mengidam apa-apa sepanjang kehamilan mereka.

Pemeriksaan doktor

Jika anda mengalami sebarang gejala mengandung yang dikongsikan di atas, tahniah Hello Doktor ucapkan.

Tanda tanda kehamilan ini juga hanyalah sekadar panduan semata.  Jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih pengesahan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/11/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan