backup og meta

Status Rh dan Kehamilan 1: Aktiviti Sensitizasi

Ditulis oleh Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim · Patologi · Cyberjaya University College of Medical Sciences


Disemak pada 26/11/2019

    Status Rh dan Kehamilan 1: Aktiviti Sensitizasi

    Apa itu status rhesus?

    Semasa kehamilan, ibu harus mengambil beberapa ujian darah ketika fasa pertama antenatal, antaranya adalah ujian darah bagi menentukan kumpulan darah (A, B, AB, atau O) dan status rhesus (positif atau negatif). Gen kita ditentukan faktor rhesus. Seseorang dengan rhesus positif (RhD positive), di permukaan sel darah merah mereka terdapat protein yang dipanggil antigen D. Mereka yang tidak mempunyai antigen D adalah rhesus negatif (RhD negative). Kebanyakkan di antara mempunyai rhesus positif.

    Jika semasa kehamilan saya mempunyai rhesus negatif?

    Ia akan menjadi sesuatu masalah besar jika ibu hamil adalah rhesus negatif manakala bayi pula mempunyai rhesus positif. Bayi anda mewarisi keadaan rhesus tersebut daripada bapanya.

    Ketika kelahiran, jika darah bayi memasuki saluran darah anda, antigen D dalam darahnya akan memulakan tindak balas. Sistem immunisasi badan melihat antigen D sebagai bendasing dalam darah. Maka, ia akan menghasilkan antibodi untuk berhadapan dengan bendasing tersebut. Aktiviti ini dikenali sebagai sensitizasi.

    Selalunya, aktiviti sensitizasi tidak berbahaya pada kelahiran kali pertama. Walau bagaimanapun, untuk kehamilan berikutnya, ia akan merumitkan lagi keadaan jika bayi berikutnya adalah juga rhesus positif. ‘Sel-sel memori’ yang dihasilkan ketika kehamilan kali pertama, apabila sistem anda mengenal pasti antigen D sebagai bendasing, ia akan menghasilkan antibodi secara agresif dan menerusi plasenta menyerang sel darah bayi anda. Namun begitu, terdapat juga penyelesaian untuk masalah ini. Doktor boleh memberi suntikan anti-D immunoglobulin secara rutin bagi membendung sensitizasi dan sekaligus menyelamatkan bayi anda daripada sebarang kemungkinan yang merbahaya.

    Bagaimana aktiviti sensitizasi boleh berlaku?

    Selalunya, darah bayi anda tidak akan bercampur dengan darah anda ketika kehamilan. Walau bagaimanapun, setitik darah daripada plasenta mungkin secara tidak sengaja memasuki saluran darah anda dan menyebabkan sensitizasi. Oleh kerana ia berlaku tanpa disedari, maka tiada sebarang ketumpahan darah dari bahagian kelamin anda. Maka anda mungkin tidak menyedari pendarahan tersebut. Selalunya ia berlaku ketika trimester ketiga.

    Terdapat cara lain juga yang membolehkan darah anda memasuki sistem bayi anda:

    • Ketumpahan darah di bahagian kelamin selepas minggu ke-20 kehamilan.
    • Petanda keguguran, yang hadir bersama pendarahan dan kekejangan ketika awal kehamilan.
    • Ketika proses persampelan Chorionic villus (CVS) atau aminosintesis
    • External Cephalic version (ECV) – satu proses memusingkan kembali salah kedudukan bayi untuk proses kelahiran
    • Terdapat trauma luaran pada perut anda

    Kadangkala, darah anda dan bayi boleh bercampur ketika proses kelahiran, sama ada kelahiran normal atau seksyen-C.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim

    Patologi · Cyberjaya University College of Medical Sciences


    Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan