backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Merokok Menjejaskan Kesuburan Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    Merokok Menjejaskan Kesuburan Anda

    Merokok merupakan tabiat buruk kebanyakan individu tanpa mengira jantina. Mereka menjadikan rokok sebagai suatu alat untuk melepaskan tekanan mereka. Namun, merokok sebenarnya mendatangkan pelbagai kesan buruk yang tidak ramai tahu.

    Apakah maksud perokok pasif?

    Perokok pasif adalah individu malang yang tidak merokok namun berada di sekeliling perokok aktif lantas terpaksa menghidu asap rokok mereka. Ini akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan mereka sekaligus menjejaskan kesihatan anak atau bakal anak mereka.

    Bagaimanakah merokok menjejaskan tahap kesuburan?

    Tabiat buruk merokok menyebabkan 7000 bahan kimia masuk ke dalam badan sekaligus menyebabkan masalah kesuburan seperti masalah ovulasi, kecacatan genetik, kerosakan organ reproduktif, meningkatkan risiko kanser serta keguguran. Golongan perokok wanita yang hamil dan masih merokok sebenarnya membahayakan diri mereka sendiri dan kandungan. Jika anda seorang perokok pasif pula, anda berkemungkinan menghidapi  Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). SIDS ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian kepada kandungan anda jika anda masih gagal untuk berhenti merokok.

    Lelaki yang merokok pula akan menjejaskan sperma mereka. Mereka akan mempunyai kuantiti sperma yang rendah bagi setiap ejakulasi serta mencacatkan pergerakan sperma. Ini akan menyebabkan sperma tidak dapat berenang menuju ke telur wanita dan mungkin hanya akan tersekat di uterus.

    Sperma dari perokok lelaki juga cenderung memiliki kerosakan DNA. Embrio yang terhasil juga berkemungkinan tidak dapat bertahan. Jika embrio ini dapat terbentuk sekalipun, embrio ini mungkin akan kecacatan. Merokok akan melemahkan sperma sekaligus mengurangkan potensi untuk sperma terbentuk menjadi bayi.

    Apakah jalan penyelesaiannya?

    Berhenti merokok secepat yang mungkin. Walaupun anda telah berhenti merokok, anda mungkin masih mengalami masalah kesuburan. Ini kerana sistem reprokduktif memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan selepas anda berhenti merokok bagi membaikpulih sistemnya sendiri sehingga benar-benar pulih. Selain itu juga, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan kepastian tentang permasalahan kesuburan anda.

    Tuntasnya, merokok merupakan satu tabiat buruk yang wajar dielakkan. Kepuasan yang diberi oleh asap rokok tidak setanding dengan kesannya. Merokok bukan sahaja membahayakan diri anda malahan orang di sekeliling anda. Oleh itu, cari alternatif lain yang boleh membuatkan anda dapat menjauhi rokok demi masa depan yang lebih baik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan