backup og meta

Mengandung di Usia 20-an: Apa Kelebihannya?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    Mengandung di Usia 20-an: Apa Kelebihannya?

    Wanita yang sudah merancang untuk mendapat anak di awal usia, iaitu sekitar usia mereka 20-an, mendapat kelebihan dari segi masa dan biologi. Pada usia yang masih muda, tubuh wanita sudah bersedia untuk hamil dan melahirkan anak. Walau bagaimanapun, mengandung di pelbagai peringkat usia mempunyai pro dan kontra masing-masing. Ikuti artikel kami untuk mengetahui kesulitan yang bakal anda hadapi jika mengandung di usia 20-an.

    Kelebihan mengandung di usia 20-an 

    Sistem reproduktif paling sihat 

    Menurut pakar, secara purata, kesuburan seseorang wanita adalah paling baik semasa usianya awal 20-an, atau dalam kata lain, 20-an adalah masa terbaik untuk mendapat bayi. Setiap wanita dilahirkan dengan memiliki telur kira-kira 1 hingga 2 juta). Apabila perempuan mencapai baligh, bilangan telur akan berkurangan kepada kira-kira 300,000 hingga 500,000. Walau bagaimanapun, semasa tahun reproduktifnya, ovari membebaskan hanya kira-kira 300 telur.

    Kecacatan kelahiran berkurangan

    Semakin meningkat usia wanita, ovari dan telur, bersama-sama dengan organ tubuh yang lain beransur-ansur akan kehilangan keremajaan dan kualiti. Apabila dibandingkan, telur seseorang wanita muda adalah lebih sihat berbanding dengan telur wanita yang lebih berusia. Telur wanita yang lebih berusia cenderung untuk mendapat ketidaknormalan genetik yang mana boleh menjurus kepada kecacatan kelahiran seperti Sindrom Down. Oleh itu, apabila anda hamil pada awal usia, terdapat lebih rendah risiko untuk bayi anda.

    Kadar keguguran lebih rendah 

    Kelebihan lain adalah kadar keguguran lebih rendah. Oleh sebab itu, risiko mengalami kehilangan kehamilan dalam kalangan wanita muda (usia 20-an) adalah 10 peratus. Bagi wanita yang dalam usia awal 30-an, ia adalah 12 peratus; untuk mereka yang berusia pertengahan hingga hujung 30-an, ia adalah 18 peratus, untuk mereka yang di awal 40-an, risiko keguguran adalah 34 peratus, dan bagi wanita usia 45 tahun, risikonya adalah 53 peratus.

    Lebih rendah bebanan fizikal dan masalah ginekologi 

    Bagi wanita yang lebih muda, kehamilan boleh terjadi dengan mudah memandangkan mereka lebih rendah risiko mendapat masalah kesihatan, termasuklah diabetes dan tekanan darah tinggi. Masalah ginekologi juga adalah kurang. Walau bagaimanapun, bagi wanita yang lebih tua, risiko adalah lebih tinggi dan bayi juga lebih cenderung mengalami kelahiran pramatang atau berat badan rendah semasa lahir. Tiada perbezaan signifikan dalam kesuburan jika anda hamil di usia awal 20-an atau lewat 20-an, menurut Judith Albert, pakar dari Reproductive Health Specialists di Pennsylvania.

    Lebih mudah membesarkan anak

    Ibu muda yang berusia 20-an mempunyai lebih tenaga untuk melalui tidak cukup tidur malam kerana menyusukan bayi, berbanding dengan ibu yang lebih berusia. Kemudian nanti, apabila anak anda sudah mempunyai bayi sendiri, anda masih boleh kekal bertenaga sebagai nenek.

    Lebih fleksibel untuk peranan baru 

    Wanita 20-an adalah lebih fleksibel, ini bermakna dia mudah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku sepanjang perkahwinan dan alam keibubapaan. Apabila anda lebih berusia, anda lebih terbiasa dengan kehidupan bujang anda, dan sukar untuk anda menerima kehadiran ahli keluarga baru.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan