Mengandung di Usia 20-an: Apa Kekurangannya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Wanita yang sudah merancang untuk mendapat anak di awal usia, iaitu sekitar usia mereka 20-an, mendapat kelebihan dari segi masa dan biologi. Pada usia yang masih muda, tubuh wanita sudah bersedia untuk hamil dan melahirkan anak. Walau bagaimanapun, mengandung di pelbagai peringkat usia mempunyai pro dan kontra masing-masing. Ikuti artikel kami untuk mengetahui kesulitan yang bakal anda hadapi jika mengandung di usia 20-an. 

Kekurangan mengandung di usia 20-an

Kesukaran kembali meneruskan kerjaya

Pada usia yang muda, kita mempunyai impian besar dan mencuba yang terbaik untuk mengembangkan kerjaya kita. Laluan ini tidak pernah mudah kerana kita bakal berhadapan dengan banyak cabaran. Oleh itu, jika kita sudah mengandung di usia 20-an, ia boleh memperlahankan langkah kita untuk berjaya. Atau, ia juga memerlukan masa yang panjang untuk kita kembali bekerja selepas bayi selamat dilahirkan.

Bebanan kewangan

Membesarkan anak bermakna kita perlu membayar ‘yuran tambahan’, menurut kata penulis, Ann Crittenden dalam bukunya yang berjudul The Price of Motherhood. Dalam bukunya, beliau berkata, keibubapaan memerlukan kos yang tinggi dan ‘tol ekonomi’ ini akan berlangsung lama dalam menyara anak. Walaupun anda sudah boleh kembali bekerja selepas melahirkan anak, tetapi anda tidak akan mendapat pulangan sebanyak yang rakan-rakan anda dapati (yang belum mempunyai anak).

Dan, bebanan kewangan inilah yang menghalang wanita untuk mendapat bayi di awal usia mereka. Penulis Crittenden berkata, wanita yang memilih untuk mendapat bayi di usia yang lebih matang bukan sahaja akan memperolehi banyak wang dalam kehidupan mereka, tetapi juga peluang kerjayanya adalah lebih cerah berbanding ibu muda.

Elise Stevenson, penasihat kewangan di Milton, Massachusetts berkongsi bahawa pelanggannya yang mempunyai bayi di usia 20-an dan awal usia 30-an perlu menampung banyak hutang. Salah satu masalah utama adalah hutang pinjaman pelajaran. Dalam masa mereka cuba untuk menyelesaikan hutang tersebut, mereka terjerumus pula kepada hutang kad kredit. Elise menggelar ini sebagai ‘menjerut leher sendiri’.

Masalah perhubungan

Leah Seidler, terapi psiko yang khusus dalam masalah perhubungan mendedahkan bahawa mendapat anak di usia muda boleh memberikan masalah kepada perkahwinan pasangan muda. Beliau berkata, dengan pengalaman hidup yang sedikit, ramai orang muda menemui kesukaran dalam menyedari bahawa membesarkan bayi dalam kehidupan mereka hanya dalam tempoh sementara. Ibu muda berasa tertekan, murung, dan rasa diselubungi dengan pelbagai tanggungjawab, sementara bapa muda akan rasa seperti diabaikan oleh isteri mereka. Dalam senario yang ideal, ibu bapa muda boleh bergandingan tangan, menyokong satu sama lain melalui masa yang mencabar ini, dan lebih memahami serta membina ikatan yang lebih kukuh antara keduanya. Walau bagaimanapun, terdapat satu-satu masa di mana jarak boleh terbina antara kedua-duanya dan sekali gus merosakkan perkahwinan.

Pada masa yang lain, orang muda juga tidak bersedia untuk bergelar ibu dan ayah. Mereka tidak boleh menangani tekanan emosi dan fizikal, malah mereka juga belum bersedia untuk berkorban untuk bayi mereka. Selain itu, mereka tidak cukup sabar untuk menghadapi cabaran membesarkan anak.

Pengarah Jualan, Nicole Rogers di San Francisco Marriott percaya bahawa kemampuan keibubapaan akan semakin baik apabila mereka meningkat usia. Rogers, yang merupakan ibu kepada tiga orang anak, berkongsi pengalamannya semasa melahirkan anak pertama di usia 20-an, beliau tidak cukup bijak dan perspektif dalam kehidupan sebagai ibu. Menurut Rogers, jika kita bergelar ibu bapa di usia yang matang, kita lebih bersedia untuk melaburkan wang dan berkorban untuk anak. Kita akan melepaskan keinginan peribadi masa muda seperti melancong atau membeli-belah untuk menjadi ibu yang bertimbang rasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 9, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut