backup og meta

Makan Uri Untuk Sihat, Adakah Ini Satu Idea Baik @ Mitos Yang Tak Masuk Akal?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/10/2023

    Makan Uri Untuk Sihat, Adakah Ini Satu Idea Baik @ Mitos Yang Tak Masuk Akal?

    Walaupun situasi ini mungkin normal untuk haiwan, ia juga sama untuk manusia? Mungkin ada individu yang buat kerana percaya wujud manfaat jika makan uri manusia. Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Wujudkah manfaat jika makan uri manusia?

    Secara teori, uri atau plasenta dipenuhi dengan kesemua vitamin, mineral, dan nutrien yang diberikan kepada bayi semasa dalam kandungan.

    Buat makluman anda, uri ialah organ yang menghubungkan janin yang sedang berkembang dengan dinding rahim untuk membolehkan penyerapan nutrien.

    Apabila kehamilan berakhir, tubuh anda akan menghapuskan plasenta!

    Jika bayi anda dilahirkan secara normal, anda akan menolak uri itu keluar. Jika bayi anda dilahirkan secara caesarean, doktor akan mengeluarkan plasenta daripada pembedahan tersebut.

    makan uri

    Uri bayi akan kelihatan seperti pinggan dengan berat kira-kira 500 gram semasa kelahiran.

    Uri mengandungi zat besi dan vitamin B6 dan B12, serta estrogen dan progesteron, kedua-duanya hormon postpartum penting.

    Hormon-hormon ini boleh membantu melawan kemurungan selepas bersalin dan insomnia pada ibu baharu, di samping meningkatkan kuantiti susu dan melegakan kesakitan selepas melahirkan bayi.

    Bagi haiwan pula, perbuatan ini selepas beranak memberikan beberapa faedah.

    Ia boleh mengurangkan rasa sakit bersalin, contohnya bagi anjing betina, kerana cara ini menggalakkan ibu anjing bon bersama anak anjing.

    Akan tetapi, kajian menunjukkan makan uri hanya memberi lebih banyak mudarat berbanding manfaat. Oleh sebab itu, doktor tidak sesekali menggalakkan ibu hamil untuk makan uri.

    Risiko makan uri manusia anda perlu tahu!

    Pertama dan paling penting, individu yang beragama Islam perlu tahu bahawa perbuatan ini adalah haram untuk dilakukan. Tidak semua budaya dari Barat itu perlu diamalkan atas nama kesihatan!

    Selain itu juga, terdapat banyak lagi risiko makan uri manusia kepada kita semua. Jom kita lihat di bawah:

    Ia mungkin telah tercemar

    makan uri

    Sesetengah wanita dengan keadaan kehamilan – seperti praeklampsia – mempunyai protein stres dalam urinya.

    Apatah lagi, plasenta bertindak sebagai penapis untuk melindungi bayi daripada perkara berbahaya, termasuk juga bakteria.

    Bukan itu sahaja, sesetengah wanita juga sering membuang air besar semasa bersalin, dan terdapat lebih banyak bakteria pada najis, yang boleh mencemarkan uri semasa kelahiran.

    Jadi, mengapa anda mahu mengambil risiko memasukkan kembali agen jangkitan ke dalam tubuh anda?

    Sukar untuk menjadikan uri sebagai makanan selamat

    Melainkan uri disimpan di tempat sejuk dan bersama air batu seawal detik anda melahirkan bayi sehinggalah detik anda untuk memakannya, ia adalah sukar untuk dikategorikan sebagai selamat.

    Katakanlah anda perlu makan seketul daging yang ditinggalkan, adakah anda masih ingin makan jika ia dibiarkan seharian?

    Anda mungkin tidak sempat untuk meletakkannya terus dalam penyejukan untuk menjaga ‘kebersihan’ uri ini.

    Anda mungkin tidak akan terima manfaat yang diingini

    Kebanyakan ibu pada hari ini tidak terus mengambil uri mentah untuk dimakan, biasanya plasenta akan dimasak dahulu atau mungkin didehidrasi dan disalut dengan serbuk untuk dijadikan kapsul pil, atau disejukbekukan dan digunakan sebagai smoothie buah.

    Akan tetapi, beberapa proses terutama memasak atau menggoreng akan merosakkan nutrien yang sangat anda inginkan.

    makan uri

    Anda mungkin tidak suka akan rasanya!

    Plasenta itu amat kaya dengan darah, memberikan rasa yang tentu sahaja memualkan.

    Chef yang pernah memasaknya, seperti Daniel Patterson of Coi dan beberapa restoran lain di San Francisco, membandingkannya dengan burung merpati.

    Sementara yang lain mengatakan ia seperti hati, dan segelintir lagi membandingkannya dengan ayam kampung.

    Jika anda ingin makan uri manusia, anda mungkin perlu melakukan banyak persediaan untuk merasai pengalaman makan yang kurang menyeronokkan ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan