Ketidaksuburan: Siapa yang Harus Dipersalahkan- Suami atau Isteri?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 mins read

Selepas beberapa tahun mencuba untuk hamil, masih ramai pasangan yang masih belum berjaya dalam misi mereka untuk mendapatkan zuriat. Apabila memperkatakan tentang ketidaksuburan, selalunya perempuan yang akan dipersalahkan. Walhal sebenarnya, satu pertiga daripada keseluruhan kes ketidaksuburan adalah berpunca daripada lelaki, seperti masalah kualiti sperma rendah.

Apakah simptom ketidaksuburan dalam kalangan wanita?

Salah satu simptom ketidaksuburan yang paling ketara adalah perubahan kitaran haid dan masa pengovulan. Perubahan-perubahan ini mungkin berkaitan dengan masalah yang menjadi punca ketidaksuburan. Simptom-simptomnya termasuklah:

  • Haid tidak normal (pendarahan terlampau banyak atau sedikit berbanding normal).
  • Kitaran haid tidak teratur dengan tempoh hari berubah-ubah. Anda mungkin dapati jarak setiap bulan kitaran haid tidak teratur.
  • Haid tidak datang berbulan-bulan- ini tanda amaran yang serius. Segera berjumpa dengan doktor jika ini berlaku.
  • Sakit yang keterlaluan semasa haid. Normal untuk seseorang wanita itu mengalami masalah sakit semasa datang bulan. Namun, jika sakit yang dialami keterlaluan, anda perlu mendapatkan rawatan segera.

Masalah hormon adalah punca utama kedua ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Wanita yang mengalami masalah hormon selalunya akan mendapat simptom-simptom di bawah:

  • Perubahan pada kulit, seperti jerawat yang banyak dan ruam
  • Dorongan seks menurun
  • Alami kesakitan semasa melakukan hubungan seks
  • Stres atau mengalami gangguan berpanjangan tanpa sebab yang khusus
  • Tumbuh rambut berlebihan pada dada, bibir, dan dagu
  • Keguguran rambut yang berlebihan dan rambut menipis
  • Bertambah berat atau kehilangan berat badan yang sukar dikawal
  • Susu putih yang luar biasa keluar dari puting, yang tiada kaitan dengan penyusuan

Apakah simptom ketidaksuburan dalam kalangan lelaki?

Tidak seperti wanita, simptom ketidaksuburan lelaki adalah lebih sukar untuk dikesan. Selalunya, setiap pasangan hanya akan memeriksa ketidaksuburan apabila si isteri tidak berjaya hamil. Dan, ketika itulah baru tahu siapa yang mengalami masalah. Bagaimanapun, simptom ketidaksuburan lelaki kebanyakannya bergantung kepada punca ketidaksuburan. Antara simptom yang berkemungkinan termasuklah:

  • Perubahan dari segi kepantasan dan kuantiti pertumbuhan rambut
  • Kurang keinginan atau perubahan dalam keutamaan seksual
  • Sakit semasa melakukan hubungan intim
  • Ketumbuhan atau bengkak yang menyakitkan pada testikel
  • Tidak mampu melakukan ereksi dan pancutan
  • Testikel lembut

Berapa lama saya perlu menunggu sebelum melakukan rawatan?

Jika anda sudah mencuba beberapa tahun, dan kedua-dua anda dan pasangan berusia di bawah 35 tahun, sudah tiba masanya anda berjumpa doktor. Namun, wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun perlu berjumpa dengan pakar selepas 6 bulan mencuba. Doktor anda akan melakukan ujian darah, imbasan, atau air kencing untuk memeriksa masalah anda. Bagi lelaki pula, doktor akan melakukan analisa sperma untuk memeriksa kuantiti dan kualiti sperma. Selain itu, kedua-dua anda dan pasangan akan ditanya berkenaan dengan simptom ketidaksuburan, sejarah perubatan, dan kegiatan seks.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terbaru! Lagi Wabak Hawar Bubonik Muncul Dari China, Punca Akibat Makan Daging Haiwan Marmot!

    Terbaru, penyakit hawar bubonik ataupun black plague telah kembali di China akibat daripada individu yang bertindak makan marmot.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Berita, Berita Antarabangsa 08/07/2020 . 3 mins read

    Hidrosefalus: Kepala Besar Akibat Lebihan Cecair dalam Otak

    Hidrosefalus adalah pembentukan cecair dalam rongga (ventrikel) otak. Cecair yang berlebihan meningkatkan saiz ventrikel dan meletakkan tekanan pada otak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/07/2020 . 2 mins read

    Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

    Tubuh mempunyai proses pembekuan semula jadi dalam darah (trombofilia) yang membantu menghentikan pendarahan jika anda mengalami kecederaan seperti luka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/07/2020 . 2 mins read

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Anda mempunyai zakar bengkok dan berhasrat meluruskan ia semula? Jangan buat dulu, jom klik artikel ini untuk tahu ia boleh atau mustahil!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    apa itu jimak

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    aksi seks

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    anak mandi kolam

    Si Kecil Gemar Terjun Dalam Kolam Renang Mini? Awasinya, Ada 5 Bahaya Yang Menanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    kencing kotor

    Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read