backup og meta

17 Faktor Kehamilan Berisiko Tinggi, Semua Wanita Harus Ambil TAHU!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 29/07/2020

    17 Faktor Kehamilan Berisiko Tinggi, Semua Wanita Harus Ambil TAHU!

    Pengalaman mengandung ialah antara pengalaman yang dinanti-nantikan oleh segelintir golongan wanita, pastinya kehamilan yang diidamkan sihat dan selamat namun bagaimana pula bagi individu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi?

    Apa itu kehamilan berisiko tinggi?

    Masker Kunyit, Adakah Berkesan dan Bermanfaat - kehamilan

    Kehamilan berisiko tinggi adalah kehamilan yang mempunyai kemungkinan komplikasi kepada kandungan dan juga ibu yang jauh lebih tinggi berbanding kehamilan biasa bukan sahaja dalam tempoh kehamilan, termasuk juga tempoh selepas dan sebelum itu.

    Walaupun bukan semua kes kehamilan berisiko tinggi membawa kepada masalah yang mengancam nyawa, ia memerlukan pengurusan dan pemerhatian khas untuk memastikan keselamatan ibu dan kandungan mereka.

    Faktor-faktor risiko yang lazim

    Seorang ibu itu dikira mengalami kehamilan berisiko tinggi sekiranya mereka jatuh dalam salah satu daripada tiga kategori ini:

    1. Masalah kesihatan sedia ada 

    • Kencing manis/Kencing manis ketika hamil atau masalah berat badan (sama ada terlebih berat atau kurang berat badan)
    • Penyakit jantung
    • Penyakit tiroid
    • Penyakit buah pinggang
    • Tekanan darah tinggi
    • Penyakit Autoimun (lupus atau multiple sclerosis)
    • Penyakit jangkitan kelamin termasuk HIV/AIDS
    • Ketidaksuburan
    • Preeclampsia
    • Sejarah keguguran atau kehamilan yang berkomplikasi (berat badan rendah ketika lahir, kelahiran pramatang atau kelahiran melalui C-section)
    • Mengandung lebih daripada satu bayi pada satu masa
    • Masalah berkait dengan uri (placenta previa)

    2. Faktor gaya hidup

    kesan merokok terhadap janin

    3. Usia

    • Kehamilan ketika remaja (Ibu yang bawah usia 17 tahun)
    • Umur ibu atau bapa yang lanjut (Ibu yang lebih daripada usia 35 atau bapa yang lebih usia 50)

    Pencegahan dan rawatan kehamilan berisiko tinggi?

    • Jadualkan temu janji sebelum mengandung untuk mendapatkan maklumat penting tentang risiko anda. Sekiranya anda sedang menjalani rawatan untuk masalah kesihatan, rawatan tersebut mungkin perlu diubahsuai untuk keselamatan bayi.
    • Mulakan penjagaan pranatal yang awal dan jangan tetinggal sebarang temu janji. Perhatikan perkembangan bayi anda bagi mengenalpasti tanda-tanda awal komplikasi.
    • Tambah berat secara sihat dan tidak berlebihan.
    • Fokus pada menguatkan sistem ketahanan badan dengan memastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan sihat.
    • Ambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik untuk mencegah daripada kecacatan saluran saraf tulang belakang dalam bayi anda.
    • Hanya makan ubat (termasuk makanan tambahan) yang disarankan doktor.

    Bergantung pada keadaan kesihatan anda, doktor mungkin akan mencadangkan beberapa jenis saringan untuk mengenalpasti risiko dan keadaan kehamilan anda.

    Ini termasuklah ukuran panjang servikal, ujian makmal, pensampelan darah tali pusat, pensampelan villus uri (CVS), amniocentesis atau ultrasound tertumpu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 29/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan