backup og meta

Ingin hamil semula, tetapi masih menyusukan bayi? Ini caranya!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    Ingin hamil semula, tetapi masih menyusukan bayi? Ini caranya!

    Kita tahu bahawa amat sukar untuk seseorang ibu itu hamil jika dia masih menyusukan bayi. Malahan, ianya adalah hampir mustahil. Ini kerana, penyusuan susu ibu boleh mencegah kehamilan kira-kira purata 98-99% pada setiap kalinya. Akan tetapi, tiada apa yang mustahil. Anda hanya kurang subur ketika masih menyusukan bayi, tetapi bukanlah tidak subur.

    Kesukaran untuk hamil semula jika masih menyusukan bayi

    Penyusuan menangguhkan hormon yang mengaktifkan ovulasi seseorang wanita. Jadi, lebih lama anda menyusukan bayi, lebih kurang kecenderungan anda untuk kembali hamil. Tempoh ovulasi anda mungkin bermula kira-kira tiga bulan selepas anda memulakan penyusuan, tetapi memandangkan anda hanya akan mengetahui hari haid anda selepas 2 minggu ovulasi, anda mungkin sudah terlambat untuk mencegah kehamilan selepas mengetahuinya!

    Penyusuan merangsang hormon yang dipanggil prolaktin, kadangkala digelar hormon susu. Tahap prolaktin yang tinggi menghentikan anda daripada mengalami ovulasi.

    Jika anda menyusukan bayi sepanjang hari, ovulasi anda mungkin mengambil masa untuk bermula semula, iaitu selepas setahun ataupun lebih. Walau bagaimanapun, jika anda berselang-seli dengan pemberian susu formula kepada bayi, atau bayi anda tidak tidur bersama anda dan tidak menyusu badan pada waktu malam, tempoh haid anda biasanya akan kembali semula dalam masa tiga hingga lima bulan.

    Bagaimana untuk hamil semula walaupun saya masih menyusukan bayi?

    Meskipun haid anda tidak kembali untuk beberapa bulan selepas bersalin, namun tubuh anda selalunya akan melepaskan telur pertama postnatal sebelum anda didatangi haid pertama. Jadi, anda tidak tahu bila ovulasi anda sehinggalah dua minggu berikutnya semasa anda didatangi haid. Peluang terbaik untuk anda hamil semula semasa masih menyusukan bayi adalah dengan kerap melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan anda.

    Jika bayi anda tidur sepanjang malam pada awal kelahirannya, tahap prolaktin anda (sejenis hormon yang merangsang kelenjar susu) akan berkurang dan anda mungkin kembali subur dalam tempoh tiga hingga lapan bulan.

    Sesetengah wanita sebenarnya menganggap penyusuan badan sebagai suatu bentuk merancang keluarga. Ia dipanggil kaedah amenorrhoea laktasi atau LAM. Kaedah ini berisiko kerana anda tidak tahu bila ovulasi pertama anda. Cara ini juga tidak semudah anda membuat penyusuan susu ibu eksklusif. Jika anda ingin melakukan kaedah ini, anda perlu mendapatkan lebih banyak informasi mengenainya daripada ahli terapi atau pusat laktasi.

    Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu semasa tempoh penyusuan susu badan untuk mempersiapkan tubuh anda bagi kehamilan dan meningkatkan peluang anda hamil semula.

    1. Kurangkan menyusu badan pada malam hari (kurang daripada 6 jam). Ini akan mengurangkan pengeluaran susu anda. Ini juga akan memberitahu tubuh anda bahawa ia boleh kembali dengan rutin tiada laktasi seperti kembali ovulasi.
    2. Mula berikan bayi makanan pejal dan makanan tambahan cecair lain (selepas kira-kira 6 bulan usia bayi). Cara ini akan lebih menurunkan penghasilan susu anda. Bayi masih akan mendapat nutrisi yang diperlukan dan anda masih dapat menjalin ikatan erat dengan si manja semasa penyusuan di siang hari.
    3. Hentikan penyusuan. Jika sebarang rangsangan puting melalui penyusuan menghentikan anda daripada kembali ovulasi, maka menghentikan penyusuan adalah pilihan terakhir yang boleh anda lakukan. Namun, ia tidak digalakkan sehinggalah bayi anda berusia sekurang-kurangnya 6 bulan. Ini adalah usaha anda yang terakhir dan ia tidak digalakkan. Penyusuan susu ibu adalah penting untuk kesihatan dan perkembangan bayi anda. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan penyusuan eksklusif untuk bayi baru lahir sehingga usia 6 bulan, dan penyusuan diteruskan bersama pemberian makanan pelengkap sehingga usia bayi 2 tahun.

    Kebanyakan wanita berfikir ingin cepat habis menyusukan bayi supaya mereka boleh kembali semula bekerja. Walau bagaimanapun, ini adalah keputusan yang sangat penting yang perlu anda pertimbangkan, kerana ia boleh menjejaskan perkembangan bayi anda pada masa depan. Jika anda masih menyusukan bayi di bawah usia 9 bulan, penyusuan susu ibu adalah lebih penting berbanding hasrat anda untuk hamil semula. Ikatan dan khasiat penyusuan susu ibu adalah amat penting untuk bayi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan