backup og meta

Kata Implantasi IVF Berkesan Untuk Hamil, Tapi Kenapa Ada Yang Gagal? Ini 4 Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    Kata Implantasi IVF Berkesan Untuk Hamil, Tapi Kenapa Ada Yang Gagal? Ini 4 Sebabnya!

    Meskipun IVF diketahui akan keberjayaannya, tetapi terdapat sesetengah kes di mana IVF gagal untuk membantu wanita hamil.

    IVF (Persenyawaan In Vitro) adalah teknologi yang membolehkan persenyawaan antara telur dan sperma berlaku di luar tubuh wanita.

    Kemudian, telur yang telah disenyawakan dipindahkan ke tubuh dan meneruskan pertumbuhan semula jadinya. 

    Jika IVF pertama gagal, penyebab kegagalan boleh dicegah pada cubaan kedua untuk mengelakkan kecenderungan berlakunya peristiwa yang sama. 

    Apakah penyebab IVF gagal? 

    Dalam kebanyakan kes kegagalan IVF, terdapat lebih daripada satu penyebab.

    Pakar akan melihat kepada gambar embrio dan skor kadar tumbesaran normal.

    Jika punca diketahui, mereka akan membincangkan dengan keluarga untuk merancang pencegahan.

    Sesetengah punca adalah tidak boleh dibaiki (seperti umur ibu), tetapi pakar makmal akan juga melihat punca lain yang boleh dibaiki. 

    Pembolehubah paling penting yang terlibat untuk keberjayaan IVF adalah telur yang sihat, sperma yang berfungsi, dan uterus yang berkemampuan, yang boleh memelihara pertumbuhan bayi dalam rahim. 

    #1 Ketidaknormalan telur

    wanita hamil

    Telur tidak normal sering menjadi punca apabila sel terbahagi dan kromosom tidak disalin dengan betul.

    Perkara ini menyebabkan keretakan keputusan dalam pengagihan kromosom abnormal, sekali gus menghasilkan embrio yang tidak normal.

    Ini berlaku lebih kerap kepada wanita yang lebih berusia. 

    #2 Ketidaknormalan sperma 

    Walaupun fakta bahawa sperma abnormal adalah kurang lazim berlaku berbanding telur abnormal, namun jika sperma tidak normal, tahap ketidaknormalan kromosom adalah lebih besar.

    Sperma yang tidak sihat tidak boleh mempersenyawakan telur. 

    #3 Kaedah pilihan embrio 

    Telur atau embrio yang dipindahkan ke dalam tubuh wanita adalah dipilih oleh pakar.

    Pilihan ini berdasarkan tiga kriteria iaitu: peringkat sel, gred embrio, dan kadar pembahagian sel.

    Walau bagaimanapun, sukar untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih embrio terbaik.

    Pakar hanya akan memilih berdasarkan kajian makmal dan membuat tekaan berpendidikan tentang embrio terbaik. 

    #4 Faktor makmal IVF

    ivf gagal

    Makmal di mana embrio dibesarkan adalah persekitaran yang amat terkawal.

    Pakar makmal perlu mengawal kepekatan oksigen, kepekatan karbon dioksida, kelembapan, pH, suhu, dan cahaya antara banyak lagi faktor ketat lain.

    Perubahan kecil dalam sebarang faktor-faktor ini boleh menjurus kepada kematian embrio. 

    Anda mungkin berminat:

    Apakah kadar kejayaan untuk kitaran kedua IVF?

    Selepas kegagalan IVF, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk melihat kembali proses sebelumnya dan mempelajari sebab kegagalan.

    Daripada penemuan ini, ramai yang berjaya dalam IVF kali kedua. Faktor yang menjejaskan kadar kejayaan IVF termasuklah:

    1. Umur wanita
    2. Kualiti telur dan sperma
    3. Kuantiti telur dan sperma
    4. Kualiti prosedur IVF
    5. Kualiti makmal IVF
    6. Skil pakar makmal
    7. Peralatan yang ada
    8. Punca ketidaksuburan
    9. Keadaan rahim
    10. Kadar tumbesaran embrio
    11. Kecekapan kromosom dan genetik embrio

    Kadar kejayaan untuk IVF kali kedua hanya rendah sedikit berbanding dengan IVF pertama.

    Akan tetapi, dengan keadaan yang baik, terdapat peluang untuk IVF berjaya buat wanita hamil.

    Doktor dan pakar akan mengambil berat faktor-faktor dan keputusan terkumpul daripada cubaan pertama untuk memaksimumkan kadar kejayaan bagi IVF kali kedua.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan