backup og meta

Ibu yang Bekerja mungkin Melahirkan Bayi yang Kecil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/12/2019

    Ibu yang Bekerja mungkin Melahirkan Bayi yang Kecil

    Tahukah anda bahawa bekerja dengan berdiri untuk jangka masa yang lama ketika mengandung boleh mempengaruhi saiz anak anda. Satu kajian baru mengatakan bahawa wanita yang mengandung yang menggunakan masa berdiri yang panjang dan bekerja lebih daripada 40 jam seminggu mungkin akan melahirkan bayi yang kecil.

    Masa berdiri yang lama boleh mengakibatkan bayi kecil

    Kajian mendapati bahawa wanita yang meluangkan masa yang lama dengan berdiri ketika mengandung bagi pekerjaan seperti jurujual, penjaga kanak-kanak, dan mengajar telah melahirkan bayi yang mempunyai kepala purata berukuran 1 centimeter lebih kecil berbanding bayi yang normal. Bekerja untuk jangka masa yang lama ketika mengandung juga boleh memberi impak kepada berat badan bayi. Hampir setengah daripada wanita yang dikaji, bekerja di antara 25 dan 39 jam seminggu. Kira-kira 25% daripada mereka bekerja lebih daripada 40 jam seminggu. Wanita yang bekerja lebih daripada 40 jam seminggu mempunyai bayi yang kecil berbanding mereka yang bekerja kurang daripada 25 jam seminggu. Tetapi, tiada perbezaan kepada kadar kelahiran bayi pramatang, berat badan kurang, atau bayi dilahirkan terlalu kecil berbanding umur kelahiran, menurut kajian tersebut. Perbezaan di antara saiz kepala dan berat adalah ketara ketika trimester ketiga dan selepasnya. Sama ada perbezaan ini akan mempengaruhi perkembangan bayi dalam jangka masa panjang masih tidak diketahui.

    Bagaimanakah untuk melindungi wanita mengandung yang bekerja?

    Kajian mengesyorkan perubahan adalah diperlukan terhadap waktu kerja wanita mengandung termasuklah mengehadkan masa kerja shif waktu malam, berdiri, mengangkat, dan bunyi bising. Ia dipercayai meningkatkan kualiti persekitaran tempat kerja adalah penting kerana penyertaan wanita mengandung di tempat kerja kian meningkat. Wanita juga harus memikirkan tentang kerja mereka termasuklah sekiranya mereka perlu mengangkat, berdiri atau berjalan untuk masa yang lama, shif malam, dan masa yang panjang.

    Para pengkaji mencadangkan supaya kita mengubah waktu kerja dan memantau perkembangan fetal lebih kerap dengan menggunakan ultrasonografi dalam kalangan wanita yang berdiri lama atau yang bekerja untuk masa yang panjang. Sekiranya mungkin, pemantauan yang lebih kerap harus bermula ketika trimester ketiga.

    Kesimpulannya

    Kajian ini mungkin menjawab kepada persoalan yang selalu disoalkan: Adakah selamat untuk wanita mengandung bekerja? Kebanyakan wanita tidak mempunyai pilihan sama ada untuk berhenti kerja atau memendekkan waktu kerja di atas faktor kewangan. Adalah dipercayai perbezaan di alam kajian tersebut tidak dilihat sehingga trimester ketiga dan bekerja tidak mengakibatkan kelahiran pramatang atau berat badan kurang.

    Angkat kaki anda

    Sekiranya mungkin, anda harus berehat dengan mengangkat kaki anda. Walaupun ia tidak membantu mengubah perbezaan saiz yang mungkin berlaku. Ia boleh membantu mengurangkan sakit dan bengkak kaki yang boleh mendatangkan masalah besar dan menyakitkan ketika minggu-minggu terakhir kehamilan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan