backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Haid Tak Teratur, Jadi Bila Waktu Subur?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

    Haid Tak Teratur, Jadi Bila Waktu Subur?

    Haid tak teratur bererti anda mengalami ovulasi secara tidak teratur atau dalam beberapa kes, tidak mengalami ovulasi. Kitaran haid dikira daripada hari pertama anda datang haid dan hari terakhir sehari sebelum kedatangan haid seterusnya. Bagi wanita yang mengalami masalah ini, kitaran haid mereka mungkin berubah seperti 26 hari, 28 hari, 21 hari dan sebagainya mengikut bulan.

    Ovulasi atau pengeluaran ovum (telur) adalah satu-satunya waktu dalam kitaran haid di mana seorang wanita boleh hamil melalui persenyawaan ovum oleh sperma. Jika anda mempunyai haid tak teratur, anda masih berkemungkinan untuk hamil walaupun menentukan waktu subur anda mungkin lebih susah.

    haid tak teratur

    Berikut beberapa kaedah untuk mengatasi masalah haid tak teratur anda:

    1. Tanda kitaran haid anda

    Walaupun anda mengalami masalah ini, anda tetap perlu menandakan kitaran anda pada kalendar atas beberapa sebab. Antaranya ialah anda mungkin dapat melihat beberapa petunjuk dalam corak kitaran haid anda atau maklumat tentang kitaran haid anda boleh dikongsikan dengan pakar kesuburan.

    Untuk mengira anggaran waktu subur anda, rekod kitaran anda sepanjang tahun dan lihat bilangan hari kitaran terpanjang dan terpendek.  Tolak 18 daripada kitaran haid yang terpendek sebagai hari pertama waktu subur. Sementara 11 hari ditolak daripada kitaran haid terpanjang sebagai hari terakhir waktu subur. Anda akan mendapat anggaran hari pertama dan terakhir waktu subur anda.

    26 hari (kitaran haid terpendek) – 18 = 8

    32 hari (kitaran haid terpanjang)- 11 = 21

    Ini bererti anggaran waktu subur anda adalah pada hari ke-8 hingga hari ke-21 dalam kitaran haid anda.

    Haid tak teratur #2. Periksa lendiran serviks

    Serviks merujuk kepada bahagian paling bawah rahim yang bersambung dengan vagina anda. Lendiran daripada serviks anda berubah ketika anda mengalami ovulasi. Lendiran serviks beberapa hari pertama selepas haid anda adalah kering. Kemudian akan meningkat sehingga menjadi banyak, licin, jernih dan boleh likat sewaktu ovulasi. Ramai wanita menggambarkannya sama seperti konsistensi putih telur.

    3. Suhu badan

    Suhu badan anda berubah dengan bermulanya ovulasi. Jika anda mengukur suhu badan anda setiap hari, anda akan mendapati terdapat peningkatan suhu semasa ovulasi berlaku. Ini membolehkan anda menentukan waktu ovulasi.

    Haid tak teratur #4. Kit Peramal Ovulasi

    haid tak teratur

    Ovulation predictor kit ialah alat yang digunakan untuk mengesan ovulasi. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, anda mungkin perlu melakukan lebih banyak ujian setiap bulan.

    Kit ini mengesan hormon Luteinizing (LH) dalam air kencing anda. Terdapat peningkatan hormon ini 24 hingga 48 jam sebelum ovulasi. Kit peramal ovulasi mengesan peningkatan ini dan membolehkan anda mengetahui bahawa anda sedang mengalami ovulasi. Anda boleh merekodkan tarikh ini pada kalendar untuk mengenal pasti corak ovulasi bulanan anda atau berkongsi maklumat kepada pakar kesuburan jika anda masih sukar hamil.

    Kombinasi penggunaan kaedah berikut boleh membantu anda meramalkan waktu subur anda dengan lebih tepat. Sebagai contoh, anda boleh menganggarkan waktu subur anda berdasarkan kiraan pada kalendar kemudian memeriksa lendiran serviks, suhu badan atau menggunakan kit sepanjang anggaran waktu subur untuk menentukan ovulasi.

    Jangan mudah berputus asa dan dapatkan bantuan daripada pakar jika haid tak teratur dan masih keliru untuk menentukan waktu subur anda.

    Kira waktu subur anda di sini.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan