Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia 2019: Perancangan Kelahiran Tanpa Menolak Prosedur Ini

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

C-section, yang juga dikenali sebagai kelahiran caesarean, adalah prosedur di mana kelahiran bayi melalui insisi pada perut ibu dan rahim daripada melalui faraj (kelahiran normal).

Prosedur ini sering digunakan apabila kelahiran normal membawa komplikasi yang lebih tinggi. Sebagai contoh, caesarean boleh dilakukan apabila:

  • Bayi berada di kedudukan songsang.
  • Ibu telah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kelahiran tidak berkembang secara normal.
  • Terdapat jangkitan virus (seperti hepatitis C atau HIV).
  • Ibu mempunyai plasenta praevia; suatu keadaan di mana plasenta rendah, meliputi sebahagian daripada pintu masuk ke rahim.

Peningkatan kepada pemilihan kelahiran caesarean

Berdasarkan laporan Medical News Today, sehingga 2017, C-section mewakili 31.9 peratus kelahiran di Amerika Syarikat, dengan 1,258,581 bayi yang mempunyai kelahiran C-section berbanding dengan 2,684,803 kelahiran normal.

Sesetengah wanita akan memilih untuk C-section. Walau bagaimanapun, kebanyakan C-section berlaku apabila kelahiran normal akan menunjukkan risiko serius menjejaskan ibu atau anak.

Hanya sekitar 2.5 peratus C-section berlaku atas permintaan ibu tanpa menangani masalah perubatan. Walau bagaimanapun, bilangan ini telah meningkat sejak sedekad yang lalu.

Peningkatan kepada kelahiran caesarean telah banyak dibahaskan dan mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Ini termasuk peningkatan dalam kelahiran berganda, peningkatan obesiti pada wanita hamil, dan peningkatan jumlah wanita tua yang melahirkan.

Faktor-faktor ini mendorong doktor dan penyedia penjagaan kesihatan menyarankan kepada kelahiran caesarean berbanding kelahiran normal, yang diketahui ia mempunyai risiko yang lebih tinggi ini.

Risiko menolak kelahiran caesarean

Tidak dinafikan, terdapat juga kekurangan kesedaran dalam kalangan ibu mengenai caesarean yang mana operasi utamanya boleh membawa kepada risiko komplikasi yang tersendiri. Antaranya:

  • Jangkitan luka
  • Kehilangan darah
  • Gumpalan/bekuan darah
  • Kecederaan organ seperti usus dan pundi kencing
  • Reaksi buruk terhadap ubat atau anestesia
  • Komplikasi yang mungkin berlaku semasa kehamilan masa depan

Keadaan ini menyebabkan seseorang ibu memerlukan lawatan hospital yang berulang.

Oleh itu, tidak kira jenis kelahiran yang anda sedang rancang (dan berharap), anda tidak boleh menolak kemungkinan untuk kelahiran caesarean.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 23, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 28, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut