backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Takut Gugur, Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Minum Air Kelapa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 3 minggu lalu

    Takut Gugur, Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Minum Air Kelapa?

    Air kelapa dianggap selamat untuk diminum semasa hamil asalkan anda mengambilnya secara sederhana. Malahan, air ini juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral semula jadi.

    Minum air daripada buah kelapa semasa trimester pertama boleh menyelamatkan wanita hamil daripada dehidrasi yang disebabkan oleh mabuk hamil. Apatah lagi, khasiat pokok kelapa ini juga membantu menangani masalah pedih hulu hati dan sembelit semasa hamil.

    Masa terbaik untuk minum ialah di awal pagi. Semasa waktu ini, dengan perut yang kosong, anda boleh menyerap elektrolit dan nutrien dalam air ini dengan mudah.

    Secawan air kelapa mengandungi 46 kalori, 252 mg sodium, 600 mg potassium, 8.9 g karbohidrat, 2.6 g serat pemakanan, 6.26 g gula dalam semua jenis dan kira-kira 6% kalsium.

    Ibu hamil adalah disarankan untuk minum air daripada buah kelapa segar. Jika terdedah kepada udara, ia akan mengalami fermentasi dan nilai nutrisinya menurun.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.

    Adakah sebarang kesan sampingan jika saya minum air kelapa semasa hamil? 

    air kelapa
    Tip memilih buah kelapa yang berkhasiat.

    Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan terdapatnya keburukan air kelapa untuk wanita.

    Malahan, air ini juga adalah sama seperti air jus buah-buahan lain, tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, anda masih perlu ingat akan dua perkara ini:

    • Jika anda mengalami pre-eklampsia, santan adalah tidak sesuai untuk anda. Ini kerana santan dilengkapi dengan sodium, yang boleh menjejaskan keadaan kesihatan anda
    • Air kelapa yang sudah masak boleh meletakkan anda pada risiko sembelit
    cara atasi alahan mengandung
    Cara mengatasi morning sickness.

    Berapa banyak yang saya boleh minum?

    Dalam sebarang pelan pemakanan, bersederhana adalah kunci terbaik. Bagi wanita hamil, satu gelas sehari adalah mencukupi.

    Jika ingin menikmati air ini, ingatlah untuk memilih air yang segar dan minum menggunakan straw yang bersih.

    Selain itu, minuman ini dalam bentuk semula jadi adalah lebih baik berbanding yang dalam tin atau botol.

    Bagaimana untuk memilih kelapa yang betul? 

    air kelapa
    Jenis buah yang bagus untuk ibu mengandung.

    Bagi menikmati khasiat pokok kelapa ini, anda perlu tahu untuk tip untuk memilihnya.

    Kelapa segar adalah buah yang ringan dan manis tanpa ada isi terapung di dalamnya.

    Jika airnya berasa masam, ia kerana kelapa tersebut sudah masak.

    Berikut adalah tips untuk mencari kelapa yang lembut dan segar:

    Pilih kelapa yang bersaiz sederhana, dengan kulit hijau dan bersih. Jangan pilih kelapa yang mempunyai tempurung coklat keras dan tompok kelabu kerana ciri-ciri tersebut menunjukkan buah yang sudah masak dan matang.

    Letakkan kelapa berdekatan telinga anda dan kemudian goncangkan dengan kuat. Kelapa yang mengandungi banyak air akan menghasilkan bunyi slosh menarik apabila digoncang.

    Simpan kelapa di tempat yang sejuk.

    Kesimpulan

    Kini anda telah mengetahui manfaat minum air kelapa setiap hari. Jangan lupa amalkan ianya selalu okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan