backup og meta

Nak Tahu Tengah Subur Atau Tak Untuk Cuba Hamil? Senang Saja, Semak 4 Tanda Paling Ketara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 21/12/2020

    Nak Tahu Tengah Subur Atau Tak Untuk Cuba Hamil? Senang Saja, Semak 4 Tanda Paling Ketara Ini!

    Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri jika anda benar-benar tahu bagaimana organ pembiakan anda berfungsi? atau adakah anda tahu masa kesuburan untuk hamil dengan tepat?

    Ramai wanita mungkin menganggap mereka tahu segala-galanya tentang tubuh mereka. Sebenarnya, tidak ramai yang tahu kerana masih terdapat wanita yang tidak menyedari bahawa mereka mengandung sehingga mereka tidak didatangi haid.

    Memahami badan anda sendiri dan mengetahui waktu anda subur atau sedang berovulasi adalah kemahiran penting yang harus dimiliki setiap wanita.

    Kesuburan untuk hamil boleh dilihat pada tanda-tanda ini 

    Berikut adalah beberapa tanda yang mungkin anda perhatikan ketika anda subur.

    Ovulasi anda akan datang

    Waktu haid yang teratur adalah salah satu tanda yang jelas bahawa hormon anda berfungsi dan badan anda mengeluarkan telur setiap bulan.

    Sewaktu pertengahan kitaran, ovulasi anda biasanya berlaku, hampir 14 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya.

    Anda akan sedar apabila anda merasakan kehadiran lendir serviks yang subur (kelihatan seperti putih telur) pada seluar dalam anda. Pada masa ini, melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda mungkin akan membuat anda hamil.

    Anda berasa lebih menggoda

    Apabila anda sedang berovulasi, anda mungkin dapati bahawa bibir anda lebih penuh, hitam mata anda membesar dan kulit anda menjadi lebih lembut.

    Tanda-tanda ini bukan sahaja menarik keinginan anda kepada hubungan kelamin tetapi juga menarik pasangan anda kepada anda.

    Kesuburan untuk hamil – Anda rasa lebih sensitif kepada bau

    Kajian terbaru menunjukkan bahawa deria bau wanita menjadi lebih sensitif pada separuh akhir kitaran haid yang normal.

    Wanita dalam tempoh ini mudah tertarik kepada pheromone androstenone lelaki. Itulah sebabnya wanita berasa bau badan pasangan mereka lebih kuat daripada biasa.

    Payudara anda lebih sensitif

    Pada masa ini, anda mungkin sering merasakan bahawa payudara anda lebih berat atau sakit dan puting anda menjadi lebih lembut.

    Apa yang anda mahu lakukan ialah membuka bra anda dengan segera. Ini adalah kerana rembesan hormon dalam badan anda sebelum dan selepas ovulasi.

    Anda mempunyai badan yang sihat

    kesihatan mental

    Terdapat banyak sebab yang boleh menjejaskan kesuburan anda tanpa anda mengetahui tentangnya. Ini termasuklah:

    • Fibroid atau endometriosis. Simptom-simptom biasa termasuklah kesakitan panggul atau ketidakselesaan yang melampau. Ini akan meningkatkan risiko masalah kesuburan anda. Ramai wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai masalah ini sehinggala mereka mendapati diri sukar untuk hamil.
    • Jangkitan kelamin. Mempunyai jangkitan kelamin boleh menyebabkan kerosakan serius pada ovari, tiub fallopian, dan organ lain. Disebabkan itu, ia boleh meningkatkan risiko kemandulan.
    • Merokok. Kajian menunjukkan merokok boleh merosakkan telur anda, menjejaskan ovulasi, dan membuat anda lebih cenderung mengalami keguguran. Ini akan menjadi lebih teruk jika pasangan anda juga merokok.

    Jika anda tidak mempunyai apa-apa perkara yang disebutkan di atas, tahniah! Anda benar-benar mempunyai badan yang sihat untuk merancang kehamilan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 21/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan