backup og meta

Lelaki, Ini 5 Langkah Penting Jika Anda Ingin Meningkatkan Kesuburan Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/10/2021

    Lelaki, Ini 5 Langkah Penting Jika Anda Ingin Meningkatkan Kesuburan Anda!

    Konsepsi mungkin perkara yang mudah untuk sesetengah pasangan, tetapi ia juga boleh jadi masalah untuk pasangan lain jadi sila teruskan membaca untuk mengetahui cara meningkatkan kesuburan lelaki dan menambah kiraan sperma secara semula jadi.

    Fahami juga faktor gaya hidup yang mungkin boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki.

    #1. Mengekalkan berat badan yang sihat & stabil

    Tahukah anda bahawa berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pembentukan masalah aliran darah, yang boleh memberi kesan kepada ereksi anda.

    Sesetengah kajian mendapati bahawa peningkatan BMI berhubung kait dengan pengurangan kiraan sperma dan pergerakan sperma.

    Kesan ini boleh mempengaruhi lelaki yang mempunyai bacaan BMI 30 ke atas!

    Akan tetapi, lelaki yang mempunyai BMI lebih daripada 25 juga mungkin berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang bermasalah.

    meningkatkan kesuburan lelaki

    #2. Meningkatkan kesuburan lelaki dengan menjaga diet

    Sebagai bakal bapa, apa yang anda makan boleh mempengaruhi kualiti sperma anda.

    Ambil berat akan pilihan makanan anda bagi menghasilkan bayi yang sihat nanti.

    Sesetengah vitamin dan mineral seperti zink dan selenium, folat serta vitamin E boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.

    Anda boleh mendapatkan zat-zat ini dalam sayur-sayuran dan buah-buahan, bijirin penuh dan kekacang yang boleh membantu meningkatkan kesihatan sperma anda.   

    #3. Meningkatkan kesuburan lelaki dengan bersenam kerap

    Benarkah aktiviti fizikal juga dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki ?

    Walau bagaimanapun, aktiviti fizikal berintensiti tinggi yang berlebihan seperti maraton boleh menjadi punca ketidaksuburan, yang boleh mengurangkan penghasilan sperma.

    Selain itu, aktiviti fizikal yang berlebihan juga mungkin akan mengurangkan fungsi seksual dan mengganggu hormon yang sangat diperlukan untuk menghasilkan sperma.

    Dapatkan konsultasi daripada doktor tentang saranan senaman yang baik untuk meningkatkan kesuburan anda.

    meningkatkan kesuburan lelaki

    #4. Mengelakkan jangkitan transmisi seksual (STD)

    Jangkitan transmisi seksual seperti chlamydia dan gonorrhea adalah punca ketidaksuburan lelaki.

    Bagi melindungi diri anda daripada gejala ini, elakkan seks bebas dan gunakan kondom setiap kali anda melakukan seks.

    #5. Menjauhi segala bahan toksik dan kimia

    • Kurangkan pengambilan tembakau kerana ia akan mengurangkan penghasilan sperma anda selain merosakkan DNA
    • Kurangkan pengambilan alkohol kerana ia akan mengurangkan penghasilan testosteron dan sperma serta mati pucuk
    • Kurangkan pendedahan kepada bahan kimia, lindungi diri anda dengan memakai pakaian dan peralatan perlindungan, serta elakkan sentuhan kulit dengan bahan-bahan kimia

    Jika anda bercadang untuk menimang cahaya mata, anda perlu bersedia dari awal dan melakukan yang terbaik untuk kesihatan bayi anda.

    Kekalkan gaya hidup yang sihat dan elakkan daripada perkara yang boleh merosakkan kesuburan anda.

    Anda dan isteri mesti berada dalam keadaan yang sihat bagi meningkatkan peluang untuk mendapat anak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan