backup og meta

Apa Punca Kecacatan Bayi Yang Baru Lahir? Benarkah Jika Ia Hanya Salah Ibu Bapa?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/10/2023

    Apa Punca Kecacatan Bayi Yang Baru Lahir? Benarkah Jika Ia Hanya Salah Ibu Bapa?

    Ramai ibu bapa yang tidak tahu dan takut akan punca kecacatan bayi mereka. Persoalannya, kenapa ia terjadi? Adakah ia memang benar salah ibu bapa itu sendiri? Jom baca artikel ini untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud kecacatan bayi?

    Tanda bayi cacat di dalam kandungan melalui struktur atau fungsi tubuh badan bayi yang tidak normal selepas melahirkan bayi.

    Keilatan bayi sebenarnya boleh dikesan ketika tiga bulan pertama kehamilan anda. Namun begitu, tidak semua kelainan bayi adalah berbahaya.

    Terdapat juga kecacatan yang minor. Ia mungkin akan memberi kesan terhadap penampilan dan fungsi organ bayi selain menyebabkan ketidakupayaan mental dan fizikal.

    Namun, ada juga kelainan bayi yang boleh mendatangkan kematian.

    Bayi yang kurang bernasib baik ini semestinya memerlukan rawatan jangka masa panjang bergantung kepada jenis keilatan mereka.

    Namun begitu, terdapat juga kelainan yang tidak akan memberi sebarang kesan kepada bayi. Kebanyakan bayi yang lahir dengan keilatan juga mampu untuk membesar dengan fizikal dan mental yang sihat.

    Apa punca kecacatan bayi?

    Para doktor tidak mampu untuk menyatakan punca keilatan bayi.

    punca kecacatan bayi

    Terdapat beberapa sebab yang mungkin boleh menjadi punca perkara ini iaitu genetik, gaya hidup, terdedah kepada bahan kimia atau ubat-ubatan, infeksi semasa kehamilan mahupun kesemua faktor ini sekali.

    Punca kecacatan bayi akibat genetik

    Sekiranya genetik merupakan punca utama kelainan bayi, anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalangnya.

    Kecacatan ini mungkin diwarisi oleh ibu atau bapa bayi melalui genetik mereka.

    Dalam beberapa kes kecacatan bayi, mungkin terdapat beberapa genetik yang hilang ketika proses pembentukan bayi berlaku. Malangnya, ini tidak dapat dielakkan.

    Punca kecacatan bayi bukan genetik

    Sekiranya kelainan bayi berlaku bukan disebabkan oleh genetik, maka para doktor akan mengalami kesukaran untuk mengesahkan puncanya.

    Mungkin terdapat faktor luar yang lain ataupun tabiat buruk ibu hamil yang menyebabkan risiko bayi mengalami kelainan apabila lahir.

    Apa faktor risiko masalah ini terjadi?

    Berikut merupakan beberapa faktor risiko keilatan bayi:

  • Sejarah keluarga yang pernah mempunyai bayi yang cacat atau gangguan genetik yang lain
  • Pennggunaan dadah, pengambilan alkohol atau merokok ketika kehamilan
  • Kehamilan pada usia yang lewat
  • Penjagaan pranatal yang tidak sebetulnya
  • Infeksi virus atau bakteria seperti sexually transmitted infections yang tidak dirawat
  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi isotretinoin dan lithium
  • Ibu bapa menghidapi kondisi seperti diabetes
  • punca kecacatan bayi

    Jenis kelainan atau keilatan yang biasa terjadi

    Para doktor mengkategorikan lebih daripada 4,000 jenis kelainan bayi yang terbahagu 2 kumpulan utama iaitu struktur tubuh badan bayi dan keilatan fungsi tubuh badan bayi.

    Kelainan struktur tubuh badan bayi: Menerangkan kondisi bayi yang tidak mempunyai mana-mana bahagian tubuh badan yang spesifik ataupun bahagian itu tidak terbentuk dengan sempurna.

    Antara contoh kecacatan struktur tubuh badan bayi ini adalah kecacatan pada jantung, bentuk bibir sumbing, spina bifida dan clubfoot.

    Kelainan fungsi tubuh badan bayi: Menerangkan kondisi bayi yang mengalami kegagalan pada fungsi atau sistem tubuh badannya. Ini termasuklah kegagalan sistem metabolisme, deria serta sistem saraf.

    Kegagalan fungsi atau sistem tubuh badan bayi ini mendorong bayi untuk menghidapi sindrom Down, penyakit sickle cell dan cystic fibrosis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan