backup og meta

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang IVF

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 12/09/2019

    Apa yang Anda Perlu Tahu tentang IVF

    Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan terkenal, asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim. IVF boleh dijalankan dengan mendapat telur daripada isteri dan sperma daripada suami. Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu sebelum menjalani IVF.

    Masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat dengan IVF

    IVF mungkin boleh jadi penyelesaian kepada masalah kesuburan anda, jika anda atau pasangan mengalami masalah seperti ini: endometriosis, kiraan sperma rendah, gangguan ovulasi, keadaan rahim atau tiub falopio, sperma tidak mampu untuk bersenyawa dengan telur dan masalah ketidaksuburan lain yang tidak dapat dijelaskan.

    Bagaimana ia membantu

    Pada mulanya, wanita akan menjalani terapi hormon, yang akan disuntik ke dalam urat untuk merangsang pembentukan beberapa folikel di dalam ovari. Kemudian, folikel yang matang akan dikumpulkan dan disenyawakan dalam tabung uji (disebabkan itulah dinamakan bayi tabung uji). Selepas embrio terbentuk, satu atau lebih embrio akan dipindahkan ke dalam rahim melalui faraj isteri.

    Kadar kejayaan IVF

    Kejayaan rawatan bergantung kepada banyak elemen, seperti sejauh mana prosedur tersebut dilakukan, punca ketidaksuburan, umur wanita dan kesihatannya. Secara khususnya, kadar kehamilan adalah 66% daripada semua kitaran dan 60% daripada kitaran menghasilkan kelahiran hidup untuk ibu yang berusia bawah umur 35 tahun. Kemerosotan kadar kejayaan kelahiran bergantung pada umur wanita bermula daripada kira-kira usia 30 tahun.  

    Apa berlaku kepada embrio yang tidak digunakan? 

    Beberapa embrio yang dipindahkan ke dalam rahim boleh meningkatkan peluang konsepsi. Malah, peluang kehamilan kembar juga meningkat, namun ini juga bahaya untuk ibu dan bayi. Dalam kes ini, janin perlu dikurangkan untuk merendahkan risiko. Memandangkan pengurangan janin boleh menjadi pilihan yang sukar untuk setiap pasangan; baik dari segi etika dan emosi mereka, jadi sesetengah pasangan boleh memilih untuk memindahkan hanya satu embrio sahaja. Embrio yang tinggal boleh dibekukan untuk kegunaan kemudian hari.

    Kos dan kesan sampingan

    Harga sebenar rawatan ini mungkin berbeza mengikut lokasi pusat rawatan, perubatan dan polisi insurans anda. Anda mungkin akan mengalami kekejangan ringan, kembung, dan sedikit pendarahan selepas prosedur dilakukan. Bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan faraj, sakit pelvis, kencing berdarah atau demam panas, anda perlu segera berjumpa doktor anda.

    IVF selalunya akan menjadi pilihan terakhir untuk pasangan yang kurang subur selepas mereka gagal dalam rawatan seperti perubatan, pembedahan dan intrauterine insemination (IUI). Meskipun IVF adalah kaedah yang paling berkesan untuk hamil, namun proses ini memakan masa dan mahal. Sebelum menjalani rawatan IVF, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu, ketahui semua pilihan yang anda ada serta bersedia dari segi emosi dan kewangan kerana hampir semua pasangan tidak berjaya pada percubaan pertama mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan