Air Selusuh, Bantu Percepatkan Proses Bersalin?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Apabila cukup tempoh sembilan bulan anda mengandung, apabila anda semakin menghampiri tempoh untuk bersalin, pastinya pelbagai petua, tip dan nasihat yang anda akan dengar berkaitan dengan kaedah untuk memudahkan proses bersalin. Salah satu petua yang paling kerap didengar, terutama bagi individu yang berbangsa Melayu adalah mengamalkan minum air selusuh yang dikatakan dapat membantu mempercepatkan proses bersalin. Namun, benarkah amalan tersebut benar-benar dapat membantu proses melahirkan?

Apa itu air selusuh?

Pada dasarnya, air selusuh merupakan air yang terkenal dalam kalangan masyarakat berbangsa Melayu. Ini kerana, air selusuh ini dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu yang hamil mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi. Fungsi air selusuh ini bukan sahaja untuk diminum, malahan boleh disapu pada perut.

Air selusuh merupakan air yang dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin. Terdapat juga penyediaan air selusuh yang merendam akar Fatimah (rose of jericho) yang kebiasaannya diperolehi dari Mekah. Selain dari itu, terdapat juga yang menggunakan air zam-zam, minyak kelapa dara dan minyak zaitun dalam proses penyediaan dan pembuatan air selusuh ini.

Benarkah air selusuh dapat percepatkan proses bersalin?

Air Selusuh, Bantu Percepatkan Proses Bersalin - rose of jericho

Secara saintifiknya, tiada kajian atau penyelidikan yang boleh membuktikan bahawa air selusuh ini boleh membantu mempermudahkan proses kelahiran. Ia hanyalah ikhtiar yang bersandarkan kepada kekuasaannya Allah SWT. Oleh kerana itu, air ini menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Menurut Pakar Obsterik & Ginekologi, Dr Muhammad Izzat, terdapat penyediaan air selusuh yang menggunakan bahan seperti akar fatima, akar kayu dan herba lain di dalam air tersebut. Hal ini sekali gus menjadi, campuran dan gabungan air dengan tambahan bahan herba lain akan mewujudkan bahan kimia aktif. Ia akhirnya menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.

Adakah penggunaan air selusuh digalakkan kepada ibu yang mengandung?

Bagi Dr Muhammad Izzat, beliau secara peribadinya tidak mengalakkan ibu mengandung meminum air selusuh disebabkan beberapa faktor, iaitu:

  • Ibu yang mengandung, digalakkan untuk berpuasa, iaitu bagi ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin atau sudah mula merasakan tanda nak bersalin. Ini kerana apabila sudah berada di dalam dewan bersalin, dan jika berlaku sebarang kecemasan, ibu yang berpuasa boleh melakukan pembedahan secara ceaserean dengan segera. Tetapi dengan pengambilan air selusuh, ia secara tidak langsung memberikan risiko kepada ibu.
  • Penggunaan air selusuh ini sebenarnya seperti memaksa pintu rahim untuk terbuka sedangkan ia belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal ini sekali gus mengakibatkan ibu yang mengambil minuman air selusuh ini akan mengalami kesakitan kontraksi yang teramat sangat, sedangkan pintu rahim masih belum terbuka. Ini akhirnya berisiko memberikan komplikasi, bukan sahaja kepada ibu yang mengandung tetapi juga kepada bayi dalam kandungan.

Bolehkah anda mempercepatkan proses bersalin?

Jika anda dan bayi anda dalam keadaan yang sihat dan anda mungkin sudah bosan menunggu, terdapat beberapa cara untuk anda ke bilik bersalin. Walau bagaimanapun, hanya sedikit atau tiada bukti langsung bahawa kaedah-kaedah mempercepatkan bersalin di bawah boleh membantu, melainkan jika anda bertanyakan nasihat doktor.

Kaedah orang dulu-dulu yang berbahaya untuk mempercepatkan proses bersalin

Mungkin anda pernah mendengar sekurang-kurangnya sekali satu kaedah orang dulu-dulu tentang mempercepatkan bersalin. Anda mungkin akan menerima beberapa nasihat tentang perkara bagaimana yang perlu anda lakukan untuk memujuk bayi keluar tepat pada masa, atau lebih awal beberapa hari, contohnya:

  • Bawa kereta pada jalan berlekak-lekuk;
  • Mogok lapar;
  • Lakukan senaman;
  • Jadi takut;
  • Gunakan julap;
  • Minum teh herba;
  • Makan makanan pedas;
  • Minum minyak jarak/ kastor.

Wanita dalam pelbagai generasi selalunya menyebarkan mulut-ke-mulut tentang kaedah penggunaan minyak jarak, kerana ia akan menimbulkan masalah dalam usus anda, yang merangsang bahagian bawah tubuh anda dan mula untuk mengejang bagi melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kaedah ini apabila masa bersalin anda masih belum tiba, anda akan mengalami cirit-birit.

Anda perlu ingat kebanyakan cara orang lama bukanlah berdasarkan sains dan ia tidak semestinya berhasil. Sesetengah cara juga malahan bukanlah sesuatu yang bijak. Lebih-lebih lagi cara mogok lapar, ia tidak bagus untuk anda dan bayi.

Secara saintifik berasaskan cara orang lama dalam mempercepatkan bersalin

Sesetengah ibu mengandung yang sedang menunggu kelahiran bayi mungkin mengalami proses bersalin yang agak lambat dan memakan masa yang lebih lama berbanding dari yang sepatutnya. Berikut adalah dua petua orang lama yang boleh anda cuba, yang secara saintifiknya dapat membantu mempercepatkan proses bersalin.

Kerap berjalan:

Aktiviti mudah ini boleh menolak bayi anda ke kawasan pelvik disebabkan oleh graviti dan operasi di pinggul anda. Tekanan bayi yang memberi kesan pada pelvik boleh merangsang servikal anda atau membantu anda terasa lebih kekejangan.

Air Selusuh, Bantu Percepatkan Proses Bersalin - seks

Urutan:

Beberapa kajian menunjukkan bahawa urutan boleh meningkatkan tahap hormon oksitosin dalam tubuh anda dan merangsang kontraksi untuk kelahiran. Jika anda tidak biasa dengan urutan, mediatasi atau juga pelukan dengan pasangan anda boleh membantu anda melepaskan tekanan dan meningkatkan tahap hormon oksitosin dalam tubuh anda.

Meskipun kaedah di atas adalah berasaskan saintifik; ia tidak bermakna bahawa doktor akan menasihatkan anda untuk mencuba salah satu daripadanya. Secara amnya, nasihat terbaik adalah untuk bersabar dan biarkan anda bersalin semula jadi, tanpa perlu dipaksa.

Jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau kekeliruan mengenai perkara ini, bertanyakan kepada doktor atau pakar fertiliti untuk mendapatkan pandangan dan solusi.

Waktu bersalin panjang: bila bayi nak keluar?

Anda mungkin sudah mengalami kontraksi, tanda awal nak bersalin. Semakin lama, semakin kerap kontraksi yang anda lalui, tetapi mengapa bayi dalam kandungan masih tidak mahu keluar? Apakah perkara ini normal atau terdapat masalah yang mendasarinya yang perlu anda risaukan?

Apa itu waktu bersalin panjang?

Jika anda mengalami waktu bersalin yang berpanjangan, perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan. Ini juga dipanggil sebagai “kegagalan untuk berkembang” (failure to progress). Waktu bersalin yang panjang merujuk kepada proses bersalin yang berlangsung antara 18 hingga 24 jam selepas kontraksik tetap bermula. Bagi kandungan bayi kembar, waktu bersalin panjang berlangsung lebih daripada 16 jam. Waktu bersalin panjang boleh didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan serviks. Jika serviks anda mengembang kurang daripada beberapa sentimeter setiap jam, anda mungkin akan mengalami waktu bersalin yang berpanjangan. Bagi ibu yang pertama kali melalui proses kelahiran ini, untuk bayi yang pertama, sememangnya mempunyai jangkaan yang tinggi untuk berada lebih lama dalam bilik bersalin, jadi waktu bersalin panjang hanya akan diisytiharkan apabila ia berlarutan untuk tempoh 22 hingga 24 jam. Manakala bagi ibu yang menantikan kelahiran bayi kedua, ketiga atau seterusnya, ia mungkin akan dirujuk sebagai waktu bersalin panjang apabila ia melepasi 16 hingga 18 jam.

Siapa yang lebih cenderung mengalami bersalin panjang?

Terdapat banyak faktor boleh mendasari dan menjadikan proses kelahiran itu sebagai proses bersalin yang panjang. Bersalin yang berpanjangan adalah lebih biasa terjadi dalam kalangan wanita yang mempunyai:

  • Bayi yang besar atau lebih besar daripada saluran kelahiran yang menyebabkan bayi sukar atau tidak boleh bergerak melaluinya.
  • Posisi bayi, atau breech position, yang berada dalam posisi tidak normal atau songsang, di mana kaki bayi berada pada saluran kelahiran.
  • Kontraksi lemah turut boleh menjadi punca mengapa seseorang ibu yang dalam proses kelahiran melalui proses bersalin panjang. Ini mungkin disebabkan oleh saluran kelahiran yang kecil atau pelvik kecil yang tidak normal.

Apakah risiko bersalin yang berpanjangan?

Selalunya, wanita yang mengambil masa panjang untuk bersalin perlu melalui pembedahan C-section. Bersalin yang berpanjangan boleh menyebabkan:

  • Bekalan oksigen rendah untuk bayi
  • Degupan jantung bayi tidak teratur
  • Bahan luar biasa dalam cecair amnion
  • Jangkitan pada rahim

Faktor yang menyebabkan kecenderungan untuk berdepan dengan masalah ini?

  1. Obesiti

Diabetes kehamilan, hipertensi kehamilan yang disertai oleh obesiti boleh meningkatkan saiz bayi daripada purata kebiasaannya. Selain itu, komplikasi kesihatan turut boleh menyebabkan ibu yang mengandung itu menjadi lemah dan lemak di sekitar saluran kelahiran boleh menyebabkan masalah.

  1. Terlalu kurus

Kekurangan nutrisi pada ibu yang mengandung cenderung menyebabkan kekurangan nutrien dalam janin dan rahim dan sekali gus mewujudkan risiko komplikasi. Oleh itu adalah penting untuk mengekalkan tahap kesihatan agar kekal sihat dan kuat. Ada masa, saiz badan ibu mengandung yang terlalu kecil menunjukkan masalah pelvik yang kecil yang melambatkan proses kelahiran bayi.

  1. Kemerosotan jisim otot

Salah satu punca kemerosotan jisim otot bagi wanita yang mengandung adalah kerana disebabkan kurangnya bersenam dan lebih menjurus kepada tingkah laku yang tidak aktif. Bersalin adalah merupakan satu prosedur yang sangat aktif dan tugasan berat untuk badan. Ia memerlukan otot untuk berfungsi dengan baik dan berjalan lancar sepanjang proses kelahiran. Tetapi kemerosotan jisim otot akan mengurangkan kekuatan dan meningkatkan risiko untuk mengalami proses kelahiran yang panjang dan lama.

  1. Usia

Usia ibu yang mengandung, sama ada terlalu berusia (sudah lanjut usia) atau masih terlalu muda turut mempengaruhi proses kelahiran yang cenderung menyebabkan proses bersalin yang panjang. Kumpulan usia yang paling mudah untuk badan melalui proses kelahiran dengan lancar adalah dalam lingkungan awal 30-an. Lingkungan usia sebelum atau selepas kumpulan usia ini adalah satu tempoh masa yang tidak bersesuaian untuk badan, kerana ketidaksediaan badan untuk berdepan proses ini. Usia yang terlalu muda menyebabkan badan tidak menjangkakan sebarang proses kelahiran dan itu menjadikan badan tidak bersedia atau cukup kuat untuk proses kelahiran. Manakala ibu yang pertama kali mengandung pada usia yang lanjut, perlu berada dalam keadaan yang cergas atau kehamilan ini akan menyebabkan komplikasi kesihatan seperti masalah diabetes gestational.

Menangani proses bersalin yang berpanjangan

Air Selusuh, Bantu Percepatkan Proses Bersalin - bersalin panjang

Jika anda mengalami proses bersalin yang berpanjangan, kontraksi anda akan dipantau dengan rapi. Anda mungkin perlu menjalani ujian yang dipanggil Kateter Tekanan Dalam Rahim (Intrauterine Pressure Catheter). Semasa ujian ini, kateter kecil diletakkan ke dalam rahim, di sebelah bayi untuk mendapatkan ukuran tepat kontraksi anda. Pemantauan janin elektronik (EFM) yang berterusan adalah perlu untuk memantau kadar jantung bayi.

Selain campur tangan perubatan, terdapat langkah tertentu yang boleh anda lakukan bagi mengendalikan hal bersalin anda. Adalah lebih baik jika anda relaks dan menunggu serviks melakukan kerjanya dahulu. Sementara itu, anda boleh cuba untuk tidur atau berjalan sekeliling dan juga mandi air suam. Perubahan posisi juga mungkin boleh membantu anda.

Jika bayi anda telah sampai di salur kelahiran, doktor mungkin akan membantu untuk mendapatkan bayi keluar, dengan menggunakan forsep atau peranti vakum. Jika doktor fikir anda perlukan lebih atau lebih kuat kontraksi, anda akan diberikan Pitocin (oksitosin) untuk membantu kontraksi uterus. Jika kontraksi anda normal, tetapi bayi masih tidak mahu keluar lagi, anda mungkin memerlukan pembedahan C-section. Ini adalah dikira sebagai pembedahan besar dengan risiko dan komplikasi. Walau bagaimanapun, dengan penjagaan perubatan yang betul, ia secara amnya adalah selamat. Ramai ibu yang percaya bahawa C-section tidak perlu dilakukan jika bayi bukan dalam kecemasan. Jika petanda penting ibu dan bayi dalam keadaan yang sihat, jadi tiada sebab untuk mempercepatkan C-section.

Risiko kerosakan otak akibat proses bersalin panjang?

Hasil kajian mengenai proses bersalin yang panjang ini turut meletakkan risiko yang tinggi kepada bayi yang dilahirkan. Ini kerana bayi yang dilahirkan dalam proses bersalin panjang ini cenderung untuk berdepan risiko untuk mengalami masalah kesihatan berkaitan kerosakan otak atau celebral palsy. Walaupun begitu, bagaimana masalah kesihatan ini boleh berlaku masih lagi tidak dapat dibuktikan atau tidak diketahui secara sepenuhnya dalam setiap kes yang berlaku, tetapi terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menjadi faktor kepada masalah kerosakan otak ini.

Jika proses bersalin itu terlalu panjang, dan bayi sudah berada dalam saluran kelahiran, penggunaan alat untuk menarik bayi keluar oleh doktor seperti penggunaan forsep atau peranti vakum berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan kepada tengkorak bayi. Secara harfiahnya ia boleh menghancurkan tengkorak bayi disebabkan tekanan yang terlalu tinggi. Ia seterusnya cenderung menyebabkan kerosakan otak yang mengakibatkan celebral palsy.

Antara penyebab yang paling biasa untuk mengakibatkan kerosakan otak yang membawa kepada masalah celebral palsy adalah kekurangan oksigen kepada janin atau bayi yang baru dilahirkan, yang turut dikenali sebagai asphyxia kelahiran (birth asphyxia). Semakin lama bayi kehilangan oksigen, semakin parah kerosakan yang akan dihadapinya. Perkara yang boleh menyebabkan asphyxia kelahiran juga boleh dikaitkan dengan tempoh bersalin yang panjang; pendarahan, bayi bersaiz besar tersangkut pada pelvis ibu, komplikasi dengan tali pusat, kejutan kepada ibu, di mana semua punca berikut boleh menyebabkan plasenta jatuh dari rahim dan ketidaknormalan pada bayi ketika bayi keluar dari rahim dan saluran kelahiran.

Proses kelahiran yang berpanjangan adalah satu masalah yang sering dihadapi oleh individu wanita yang sedang dalam proses melahirkan. Ia boleh menyebabkan beberapa masalah, tetapi dengan penjagaan dan bantuan yang betul daripada doktor dan jururawat, komplikasi yang mungkin dihadapi tidak akan berpanjangan. Malangnya, bagi sesetengah bayi, proses bersalin yang panjang dan sukar ini boleh mengakibatkan komplikasi kerosakan otak dan akhirnya menjurus kepada cerebral palsy.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut