backup og meta

Wanita Yang Hamil Dalam Usia Lewat Berisiko Hidap Kanser Ovari, Ini Sebabnya!

Ditulis oleh Dr. Aron Schuftan · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Disemak pada 07/07/2022

    Wanita Yang Hamil Dalam Usia Lewat Berisiko Hidap Kanser Ovari, Ini Sebabnya!

    Kanser ovari wanita adalah yang paling banyak membawa maut berbanding kanser lain yang menyerang sistem reproduktif orang perempuan. 

    Ini kerana kanser ovari wanita hanya menunjukkan simptom yang sangat sedikit sehingga ia mula merebak menjadi teruk.

    Selain itu, ia juga adalah kerana kekurangan ketepatan dalam ujian yang dilakukan terhadap wanita. Salah satu faktor risiko adalah bergantung kepada sejarah kehamilan wanita berkenaan. 

    Sejarah kehamilan mempengaruhi risiko kanser ovari wanita

    Banyak kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mempunyai anak atau melahirkan anak pada usia lewat lebih berisiko menghidapi kanser ovari, walaupun kadar peratusannya agak kecil.

    Wanita yang pernah mengandung dan melahirkan anak sebelum usia 26 tahun pula kurang berisiko menghidapinya.

    Oleh sebab itu, mereka yang hamil pada tempoh penuh selepas usia 35 tahun atau wanita yang tidak pernah langsung hamil akan mempunyai risiko menghidapi kanser ovari yang lebih tinggi.

    ovari wanita

    Hipotesisnya, semakin banyak wanita terdedah kepada estrogen dalam hidupnya, lebih tinggi risiko menghidap kanser ovari.

    Kehamilan boleh dianggap sebagai pelindung kerana tempoh ini akan memberi wanita rehat daripada proses ovulasi atau pendedahan kepada estrogen.

    Risiko ini juga akan berkurang lagi jika wanita menyusukan anak dengan susu badan.

    Hipotesis yang lain pula adalah apabila wanita berovulasi, penyebaran corpus luteum (sista berasal daripada telur yang dibuang) boleh menyebabkan mutasi genetik lalu mengakibatkan kanser ini. 

    Faktor risiko lain barah ovari 

    Barah ovari boleh terjadi akibat banyak faktor.

    Pertama sekali, wanita yang menopaus selepas usia 50 tahun (dan yang terdedah lebih lama kepada estrogen) serta wanita yang berusia lebih daripada 63 tahun berisiko menghidapi kanser jenis ini.

    Selain itu, wanita obesiti (BMI melebihi 30) juga berisiko tinggi kerana tisu adipose (lemak) boleh bertukar kepada estrogen yang berlebihan dalam badan.

    Risiko kanser akan menurun jika wanita mengambil pil perancang dalam tempoh 3 hingga 6 bulan (progestin sahaja).

    Akhir sekali, genetik juga memainkan peranan penting dalam kanser ovari (kemungkinan boleh datang daripada kedua-dua belah ibu dan bapa).

    Sejarah keluarga yang mempunyai kanser payudara atau kanser kolorektal juga menjadi faktor peningkatan risiko kanser ovari kerana mutasi beberapa gen yang spesifik adalah punca utama kesemua jenis kanser.

    Jika anda mempunyai kebimbangan terhadap risiko anda menghidapi kanser ovari, segera berjumpa doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Aron Schuftan

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Disemak pada 07/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan