backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Suami Terpancut Dalam Tapi Anda Tak Nak Hamil? Morning After Pill Adalah Solusinya!

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 26/06/2021

    Suami Terpancut Dalam Tapi Anda Tak Nak Hamil? Morning After Pill Adalah Solusinya!

    Bagi kebanyakan wanita, pil kecemasan adalah solusi terbaik yang memberikan mereka peluang terakhir untuk mencegah kehamilan selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan.

    Sesetengah wanita juga mengambil pil perancang kecemasan sebagai satu bentuk biasa kontraseptif.

    Walau bagaimanapun, bukan semua wanita tahu bagaimana untuk menggunakan pil ini dengan betul dan kesan pengambilan pil ini kepada keseluruhan kesihatan mereka.

    Apa itu pil kecemasan?

    Pil perancang kecemasan atau morning-after pill ialah sejenis pil untuk kecemasan untuk mencegah kehamilan.

    Pil ini mengandungi hormon wanita khusus yang dipanggil levonorgestrel.

    Ubat ini berfungsi dengan mempengaruhi aktiviti biasa mukus serviks dan lapisan uterus anda, dengan menghalang sperma daripada sampai ke uterus dan mencegah bersenyawa dengan telur serta menempel pada dinding uterus.

    Secara amnya, wanita mengambil ia untuk mencegah kehamilan selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan atau kegagalan menggunakan bentuk lain pencegahan kehamilan (seperti kondom, atau pil pencegah kehamilan).

    pil kecemasan

    Adakah terdapat sebarang risiko lain?

    Walaupun tidak terdapat data yang mencukupi tentang kesan berbahaya penggunaan pil perancang kecemasan untuk jangka panjang, namun masih ada banyak sebab mengapa anda perlu mengelak daripada menggunakan terlalu banyak pil jenis ini.

    Pertama, mengambil pil ini terlalu kerap boleh menyebabkan haid anda yang seterusnya menjadi lebih banyak atau kurang daripada biasa.

    Malahan, haid anda juga mungkin akan datang lebih awal ataupun lebih lambat daripada biasa.

    Selain itu, pil ini juga bukan bertujuan digunakan sebagai bentuk rutin untuk mencegah kehamilan, kerana terdapat bukti saintifik mengenai risiko levonorgestrel.

    Kesan sampingan peningkatan menggunakan pil perancang kecemasan adalah termasuk:

    • Kenaikan berat badan
    • Bulimia
    • Anorexia
    • Kemurungan klinikal
    • Loya, cirit-birit, sakit perut
    • Pening, keletihan
    • Sakit payudara

    pil kecemasan

    Jika membandingkan dari segi keberkesanannya, pil ini tidak boleh melawan pil kontraseptif ataupun kondom.

    Dengan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dan kemudian mengambil pil kontraseptif kecemasan adalah lebih berisiko daripada menggunakan pencegahan kehamilan.

    Seperti yang kita tahu, seks tanpa perlindungan boleh meletakkan anda pada risiko penyakit jangkitan kelamin (STD) termasuklah HIV/AIDS.

    Satu-satunya cara untuk melindungi anda daripada STD adalah dengan menggunakan kondom.

    Juga, jika anda mengambil pil ini dengan cara yang tidak betul, peluang kehamilan anda juga akan meningkat.

    Bagi keberkesanan yang maksimum, pil kecemasan perlu diambil sebaik sahaja anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, dan dalam masa 72 jam.

    Anda juga boleh mengambil pil ini pada bila-bila masa semasa kitaran menstrual anda.

    Jika anda mengambil pil perancang ini terlalu kerap, ia boleh menunjukkan bahawa anda belum menemui satu kaedah pencegah kehamilan yang efektif dan tetap.

    Dalam kes ini, anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda supaya anda dapat menemui penyelesaian yang lebih efektif dan kurang berisiko.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 26/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan