Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Sebelum kehamilan anda, rahim anda kira-kira saiz pir kecil. Minggu ini, ia telah berkembang menjadi sebesar limau gedang. Perut anda akan mula menonjol ke luar, juga dikenali sebagai benjolan bayi ‘baby bump’. Anda mungkin mahu mempertimbangkan pemakaian pakaian ibu mengandung sekarang. Walaupun pakaian materniti mungkin tidak diperlukan, anda mungkin akan berasa tidak selesa dan ketat di bahagian dada. Sebab perut anda lebih besar mungkin disebabkan oleh berat badan yang bertambah sedikit dan kembung perut. Jika anda keliru antara memakai pakaian biasa atau pakaian ibu mengandung, seluar dan skirt dengan bahan elastik (atau pinggang rendah di bawah perut) merupakan cara yang baik untuk memulakannya.
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Anda mungkin bimbang tentang pertambahan berat badan sewaktu kehamilan. Pertambahan berat badan sewaktu kehamilan adalah perkara semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penting untuk anda mengetahui berapa pertambahan berat badan yang sesuai. Secara umum, anda mungkin bertambah sebanyak 11 kg hingga 16 kg. Ini adalah untuk wanita yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang normal, yang merupakan ukuran lemak badan berdasarkan berat badan dan ketinggian anda. Jika anda dianggap kurang berat badan, anda boleh bertambah berat badan lebih-lebih lagi sewaktu kehamilan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, anda perlu mengehadkan pertambahan berat badan anda untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
Dari manakah datangnya semua berat ini? Anda mungkin terfikir daripada perut anda semata-mata, tetapi ianya tidak benar. Berat badan tersebut terbahagi kepada bahagian-bahagian badan anda untuk menyokong badan anda dan untuk memupuk bayi yang sihat. Sebagai contoh, jika anda mendapat kira-kira 15 kg semasa kehamilan, pecahan pengagihan berat badan anda akan menjadi seperti di bawah:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen