Minggu demi minggu

Perkembangan janin minggu ke-40: Selamat bertemu bayi anda!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda sekarang bersaiz seperti sebiji labu kecil dan bersedia untuk kelahiran pada bila-bila masa. Berat bayi anda adalah sekitar 3.4 kg dengan kepanjangan lebih kurang 50.8 cm.

Selepas berminggu-minggu persediaan, akhirnya anda bakal menemui bayi anda tidak lama lagi. Hanya 5% wanita melahirkan pada tarikh kelahiran yang diramalkan, dan ramai ibu yang pertama kali hamil mendapati mereka menunggu sehingga 2 minggu selepas jangkaan waktu kelahiran untuk menemui bayi mereka.

Jangan mengharapkan bayi anda terus kelihatan cantik dan comel sewaktu awal kelahiran. Bayi baru lahir kebiasaannya mempunyai bentuk kepala yang tidak cukup bulat dan bahagian warna kulit yang tidak sekata, tompok kulit yang kering serta ruam. Tetapi, semua ini hanya sementara.

Disebabkan terdapat hormon anda dalam sistem badan bayi, alat kelamin bayi anda mungkin kelihatan membengkak (skrotum dalam lelaki dan labia dalam perempuan). Bayi anda, sama ada lelaki atau perempuan mungkin akan mengeluarkan susu daripada putingnya yang kecil. Ini adalah penemuan yang normal dan akan hilang selepas beberapa hari.

Sejurus selepas kelahiran, doktor anda akan mengeluarkan mukus daripada mulut dan hidung bayi dan anda akan mendengar bunyi tangisan yang sangat dinantikan itu. Bayi anda kemudiannya akan diletakkan pada dada anda, dan tali pusat akan dipotong. Beberapa ujian saringan awal, seperti Apgar score, akan dilaksanakan untuk menilai tindak balas bayi dan tanda vital, dan dia akan ditimbang dan diukur. Jika kehamilan anda berisiko tinggi, atau jika pembedahan Caesarean diperlukan, doktor pakar dalam penjagaan intensif bayi baru lahir akan berada sewaktu kelahiran untuk menguruskan bayi anda sebelum mengembalikannya kepada anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Jika kelahiran masih belum berlaku, atau jika kesihatan anda atau bayi anda memerlukannya, doktor mungkin akan merangsang kelahiran dengan memecahkan membran atau dengan memasukkan hormon oksitosin atau ubat lain. Jika kehamilan anda berisiko tinggi atau jika terdapat sebarang kemungkinan komplikasi, anda mungkin memerlukan pembedahan Caesarean.

Sesetengah wanita telah dimaklumkan bahawa mereka perlu bersalin secara pembedahan Caesarean dan dapat menjadualkan kelahiran bayi. Jika anda salah seorang daripada mereka, anda mungkin dapat menyediakan diri secara emosi dan mental untuk kelahiran tersebut, yang dapat membantu  memujuk perasaan kecewa disebabkan tidak dapat melahirkan secara normal. Tapi, walaupun anda terpaksa menjalani pembedahan Caeseran yang tidak diramalkan, anda masih boleh membina hubungan dengan bayi anda. Mungkin ini bukanlah pengalaman kelahiran yang anda impikan, tetapi bayi anda yang cantik telah pun lahir. Bulan penantian kini telah berakhir.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Minggu ini anda akan mengalami saat yang telah anda nantikan- berjumpa dengan bayi anda! Sebelum bertemu dengan bayi anda, anda perlu melalui proses kelahiran. Anda mungkin telah mempelajari 3 peringkat kelahiran dalam kelas pranatal. Peringkat pertama bertindak menipiskan dan meregangkan serviks anda melalui kontraksi uterus pada jarak waktu yang seragam. Peringkat kedua adalah apabila anda meneran bayi keluar melalui laluan vagina ke luar badan anda. Sementara peringkat ketiga dan terakhir adalah apabila anda mengeluarkan plasenta.

Jika anda masih belum melahirkan, doktor anda mungkin menggunakan teknik tertentu untuk membantu atau menyebabkan kelahiran. Terdapat juga ubat yang dapat melembutkan dan meluaskan pembukaan serviks. Doktor juga mungkin memecahkan kantung amnion menggunakan cangkuk plastik untuk mencipta lubang dalam kantung amniotik. Ini tidak akan mencederakan anda, tetapi anda akan merasa aliran panas apabila kantung tersebut pecah.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda boleh meminta ubat yang menghasilkan kontraksi daripada doktor anda. Dosnya boleh diubah untuk menentukan kekerapan kontraksi.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Jika anda tidak juga melalui proses kelahiran dalam masa seminggu daripada jangkaan tarikh bersalin, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani ujian, yang meneliti kadar jantung bayi dan pergerakannya untuk memastikan bayi anda menerima oksigen yang mencukupi dan sistem saraf berfungsi. Tanya dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang ujian ini.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Adalah selamat untuk anda menaiki kapal terbang pada trimester ke-3? Bagaimanapun, bincang dengan doktor tentang perancangan perjalanan anda sebelum menempah tiket. Dalam kes berisiko tinggi tertentu, doktor mungkin menyarankan anda duduk di rumah sepanjang waktu kehamilan.

Adalah lebih baik menangguhkan penerbangan anda jika anda:

  • Kehamilan kembar
  • Menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Mengalami masalah plasenta atau pendarahan vagina
  • Dalam pemerhatian untuk kelahiran pramasa
  • Mempunyai sejarah pembentukan darah beku (termasuklah sebelum kehamilan)

Adalah lebih baik untuk mengelakkan penerbangan sewaktu bulan akhir kehamilan kerana terdapat kemungkinan anda bersalin dalam perjalanan.

Anda harus selalu berdamping dengan doktor anda. Bayi anda mungkin bersedia bertemu anda pada bila-bila masa sekarang. Jika bayi anda masih malu untuk keluar sehinggalah seminggu daripada tarikh jangkaan asal, itu adalah perkara biasa. Periksa pergerakan bayi sekerap mungkin. Jika anda mengalami sebarang kerisauan atau perubahan, maklumkan doktor anda dengan segera.

Kami tidak sabar hendak membantu anda melalui tahun pertama dengan bayi anda. Temui anda nanti!

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut