Perut anda mungkin akan mengalami kegatalan. Ini disebabkan dengan pembesaran perut anda, kulit akan mengembang dan lebih banyak kelembapan yang akan hilang, menyebabkan kegatalan dan rasa tidak selesa. Cuba untuk tidak menggaru perut anda kerana ini boleh membuatkan anda berasa lebih gatal dan menyebabkan keradangan kulit. Pelembap boleh mengurangkan kegatalan untuk sementara waktu, jadi sapukan pelembap dengan kerap. Losyen anti kegatalan seperti calamine atau mandian susu oat dapat melegakan kegatalan tersebut. Bagaimanapun, jika masalah anda bukan disebabkan kulit kering atau kulit sensitif atau ruam pada perut, temui doktor anda untuk diperiksa dengan lebih teliti.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Pada waktu ini uterus anda mungkin akan mula berlatih untuk kelahiran. Anda akan mengalami kontraksi yang dipanggil Braxton Hicks. Ia tidak menyakitkan dan seperti rasa tekanan berdekatan bahagian atas uterus atau bahagian bawah abdomen. Kontraksi Braxton Hicks juga dikenali sebagai kelahiran palsu kerana berbeza daripada kontraksi kelahiran sebenar. Kontraksi Braxton Hicks berlaku pada jarak tetap tetapi dengan intensiti yang berlainan. Semasa melahirkan anak, kontraksi sering berlaku dengan tempoh masa yang lebih lama, lebih kuat dan lebih rapat. Oleh itu, mudah untuk terkeliru antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran yang sebenar. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai kontraksi ini yang membuat anda khuatir, terutamanya jika mereka menjadi sakit atau kekejangan lebih daripada 6 kali dalam satu jam. Perbezaan terbesar antara kontraksi kelahiran dan Braxton Hicks adalah kesan pada serviks anda. Dengan kontraksi Braxton Hicks, serviks anda tidak akan berubah sedangkan dalam kontraksi sebenar, serviks mula dibuka. Anda mungkin perlu berunding dengan pakar perubatan untuk menentukan kontraksi yang sebenar.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:
- Ukuran berat badan dan tekanan darah;
- Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
- Pemeriksaan degupan jantung janin;
- Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
- Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
- Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
- Simptom atau tanda yang tidak normal;
- Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen