backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Rasa Nak Muntah Lepas Makan? Ikut 11 Tip Mudah Ini Untuk Hilangkan Loya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

Rasa Nak Muntah Lepas Makan? Ikut 11 Tip Mudah Ini Untuk Hilangkan Loya!

Loya atau mual merupakan sensasi yang tidak menyenangkan dan menyelesakan dalam perut (perut tidak selesa), apatah lagi jika diikuti dengan rasa hendak muntah. Rasa loya dan muntah selalunya datang sekali. Jika anda kerap rasa loya, pasti anda ingin tahu cara hilangkan loya, bukan?

Jom teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Apa anda perlu buat jika rasa loya dan muntah?

cara hilangkan loya

Buat pengetahuan anda, loya bukanlah sejenis penyakit, malah bukan juga gejala yang tidak spesifik.

Terdapat beberapa kemungkinan penyebab loya, termasuklah:

  • Penyakit bergerak
  • Jangkitan perut
  • Migrain
  • Bau tertentu
  • Keracunan makanan
  • Penyakit pinggang
  • Kesakitan yang amat kuat
  • Awal kehamilan
  • Masalah penghadaman
  • Virus tertentu
  • Toksin kimia
  • Tekanan emosi (ketakutan)
  • Jika mengalami loya dan ingin muntah, tidak kiralah berapa usia anda ataupun puncanya, anda perlu melakukan perkara seperti di bawah:

    • Minum banyak air kosong
    • Elakkan makan makanan pejal sehinggalah episod muntah anda berakhir
    • Ambil ubat penghidratan oral seperti Pedialyte jika muntah dan cirit-birit lebih daripada 24 jam
    • Wanita hamil yang mengalami mabuk kehamilan boleh makan biskut kraker sebelum tidur atau makan snek berprotein tinggi seperti daging tanpa lemak atau keju sebelum masuk tidur
    • Muntah yang berkait dengan rawatan kanser boleh dirawat dengan jenis terapi ubat lain. Anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan sebarang rawatan

    Bila anda perlu berjumpa doktor?

    Mengapa saya rasa loya selepas makan?


  • Punca lazim ialah alahan, stres dan kehamilan.
  • Jika rasa loya melebihi 2 hari dan tidak sembuh-sembuh, jumpa doktor secepat mungkin.
  • Untuk mengurangkan rasa loya, cuba minum air sejuk dan banyakkan berehat.
  • Anda perlu mendapatkan penjagaan segera atau bilik kecemasan jika:

    • Loya dan muntah disertai dengan sakit-sakit atau sakit kepala yang teruk, terutama jika anda tidak pernah mengalami sakit kepala sebegitu sebelum ini
    • Anda tidak boleh makan atau minum selama 12 jam atau anak anda tidak boleh menyimpan cecair selama lapan jam
    • Anda mempunyai tanda-tanda atau simptom dehidrasi– terlalu dahaga, mulut kering, kerap kencing, air kencing berwarna gelap dan lemah, pening kepala atau pitam semasa berdiri
    • Muntah anda mengandungi darah, menyerupai serbuk kopi atau berwarna hijau

    Apakah cara hilangkan loya yang terbaik?

    cara hilangkan loya

    Ingatlah tip mudah di bawah untuk cara hilangkan loya:

    • Asingkan makanan besar kepada bahagian kecil
    • Makan perlahan-lahan
    • Elakkan makanan yang sukar dihadam
    • Elakkan makanan panas atau suam jika anda berasa loya dengan baunya
    • Naikkan kepala anda kira-kira 12 inci di atas kaki selepas makan
    • Minum air selepas makan berbanding minum semasa sedang makan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan