backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

19

Tanya Doktor
Simpan

Tak Pasti Sudah 'Lekat' Atau Belum? Ini 12 Tanda Lazim Anda Sedang Hamil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu

    Tak Pasti Sudah 'Lekat' Atau Belum? Ini 12 Tanda Lazim Anda Sedang Hamil

    Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda berbadan dua atau tidak? Berikut dikongsikan 12 tanda tanda mengandung untuk anda semak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini. 

    Tanda tanda mengandung

    Menyedari anda mungkin berbadan dua adalah pengalaman yang cukup mengujakan dan menggembirakan hati khususnya jika anda telah sekian lama mencuba untuk menimang cahaya mata.

    Sekiranya anda sebelum ini menghidap keadaan-keadaan kesihatan tertentu yang menyebabkan kesukaran hamil, ini mungkin amat bermakna.

    Keadaan-keadaan kesihatan seperti endometriosis, penyakit keradangan pelvis (PID) dan juga polycystic ovarian syndrome adalah contoh penyakit-penyakit yang mengganggu fungsi reproduktif normal wanita dan juga peluang untuk hamil.

    Tidak terhad kepada wanita, faktor lelaki juga turut memainkan peranan dalam menghasilkan zuriat. Keadaan seperti disfungsi ereksi, kemurungan dan juga masalah berkaitan dengan penghasilan sperma boleh mempengaruhi peluang untuk isteri mengandung.

    Jadi, bagaimanakah untuk anda mengesyaki bahawa anda sedang berbadan dua?

    tanda tanda mengandung

    Tanda-tanda mengandung paling biasa

    1. Haid tidak datang

    Anda tidak mempunyai sebarang masalah kitaran haid dan menyedari haid anda lewat seminggu atau lebih dari tarikh kebiasaan.

    Ini merupakan antara tanda pertama dalam senarai tanda tanda mengandung.

    2. Buah dada menjadi bengkak dan sensitif

    Apabila anda mengandung, terdapat perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Perubahan hormon-hormon ini adalah penting bagi menyokong perkembangan proses kehamilan tersebut.

    Namun yang demikian, anda mungkin akan perasan bahawa buah dada anda akan menjadi sedikit bengkak dan lebih sensitif oleh sebab ini.

    3. Rasa mual (boleh berlaku tanpa muntah)

    Tanda yang mecadangkan bahawa anda mengandung yang seterusnya adalah rasa mual khususnya di waktu pagi atau waktu berjaga. Ia juga dikenali sebagai morning sickness. Namun begitu, rasa mual ini turut boleh berlaku ketika waktu malam.

    Rasa mual ini lazimnya diikuti oleh muntah-muntah namun dalam sesetengah orang, rasa ingin muntah ini tidak berlaku. Ini adalah tanda mengandung paling lazim berlaku sebulan selepas anda mengandung.

    4. Tanda tanda mengandung: Kerap membuang air kecil

    Anda akan mula perasan bahawa anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

    Hal ini kerana apabila anda mengandung, kandungan darah dalam badan anda meningkat. Ini menyebabkan buah pinggang akan menapis lebih banyak darah dan akhirnya membentuk lebih banyak air kencing. 

    tanda tanda mengandung

    5.Rasa letih dan lesu

    Merasa letih dan lesu merupakan antara simptom kehamilan yang lazim berlaku.

    Tanda ini dikatakan berpunca daripada peningkatan paras hormon progesteron yang tinggi pada peringkat awal kehamilan. Hormon progesteron menyebabkan anda berasa lebih penat dan mengantuk.

    6. Gangguan mood

    Perubahan hormon ketika trimester pertama ini mampu untuk mempengaruhi emosi dan mood anda. Hasilnya, anda atau pasangan anda mungkin akan perasan bahawa emosi anda sedikit sensitif ketika tempoh ini. 

    7. Kembung perut

    Seperti kebanyakan tanda tanda mengandung dalam artikel ini, perubahan hormon turut berupaya untuk menyebabkan anda merasa kembung. Rasa kembung perut ini boleh diperincikan sebagai mirip rasa kembung perut ketika permulaan datang bulan. 

    8. Kewujudan sedikit tompokan darah pada tuala wanita

    Kewujudan tompokan darah pada tuala wanita atau pad adalah disebabkan satu fenomena yang disebut sebagai implantation bleeding.

    Proses implantasi ini berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari setelah persenyawaan berlaku. Ianya akan menyebabkan pembentukan bekalan salur darah bagi membekalkan nutrien penting kepada janin yang sedang berkembang tersebut. 

    tanda tanda mengandung

    9. Rasa kejang pada bahagian abdomen

    Sesetengah wanita akan mengalami rasa kejang sedikit pada bahagian abdomen mereka. Rasa kejang ini sebenarnya merujuk kepada kekejangan rahim. 

    10. Sembelit

    Salah satu contoh bagaimana perubahan hormon ketika mengandung mempengaruhi badan anda adalah dengan menyebabkan sembelit. Peningkatan hormon tertentu akan menyebabkan pergerakan sistem penghadaman menjadi perlahan.

    Kesannya, pergerakan makanan dan tinja dalam usus besar tidak selancar dulu, menyebabkan terjadinya sembelit.

    11. Mengelak sesetengah makanan

    Apabila anda mengandung, anda mungkin akan perasan bahawa anda menjadi lebih sensitif kepada sesetengah bau dan rasa makanan.

    Untuk sesetengah wanita mengandung, hanya bau makanan tersebut sudah cukup untuk menyebabkan mereka menjadi mual dan loya.

    Tambahan lagi, anda juga mungkin akan perasan bahawa anda lebih cenderung untuk memakan sesetengah makanan sahaja.

    12.Tanda tanda mengandung: Hidung tersumbat

    Peningkatan paras hormon tertentu boleh menyebabkan membran mukosa pada sekitar hidung anda untuk membengkak. Dalam sesetengah kes, ia turut boleh berdarah.

    Pembengkakan ini, khususnya jika dicampur dengan penghasilan cecair mukus yang banyak, akan menyebabkan hidung anda tersumbat.

    Sekiranya anda menyedari kewujudan tanda tanda mengandung di atas serta ingin mendapatkan kepastian tentang status kehamilan anda, segeralah berjumpa dengan doktor. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan