backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Sedih Susu Badan Tak Keluar Selepas Bersalin, Ini 4 Sebab Mengapa Ia Terjadi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/08/2022

    Sedih Susu Badan Tak Keluar Selepas Bersalin, Ini 4 Sebab Mengapa Ia Terjadi

    Apakah punca susu badan kurang? Risau rasanya apabila susu badan tidak sebanyak ibu-ibu lain.

    Apabila plasenta anda berpisah daripada rahim semasa proses kelahiran, tahap hormon progesteron dalam tubuh anda akan ketara menurun, seterusnya menyebabkan pengeluaran kolostrum dan susu badan.

    Bayi baru lahir akan menerima kolostrum sebagai susu awal dalam tubuh ibu. 2 hingga 4 hari kemudian, susu badan anda akan ada dan menjadi cecair pertama.

    “Akan tetapi, bagaimana jika pengeluaran susu badan saya terlalu sedikit untuk bayi?” – kebanyakan ibu bertanyakan mengenai soalan ini.

    Artikel ini menyediakan anda punca susu badan kurang selepas bersalin.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Faktor berkemungkinan tiada susu badan selepas bersalin

    Punca susu badan kurang 1: Faktor kelahiran 

    punca susu badan kurang

    1. Pendedahan kepada tekanan kerap dan berpanjangan: Lebihan hormon stres yang dibebaskan sebelum dan semasa kelahiran disebabkan oleh kesukaran untuk bersalin atau penggunaan forseps atau C-section boleh menyebabkan penurunan dramatik kuantiti susu ibu dan mengelakkan susu badan daripada keluar.
    2. Kehilangan darah yang banyak: Lelehan darah bersalin disebabkan keadaan kesihatan seperti pendarahan postpartum atau sindrom Sheehan syndrome boleh menyekat kemampuan otak untuk mengawal hormon laktasi.
    3. Plasenta atau tisu plasenta halus terlekat: Jika plasenta terlekat dalam badan anda, paras progesteron tidak akan menurun. Maka, tiada isyarat susu awal dihantar kepada otak.
    4. Salah jajaran vertebra tulang belakang.
    5. Kelahiran pramatang: Jika bayi anda lahir sebelum tarikh jangkaan bersalin, tisu kalendar anda belum cukup matang untuk memulakan pengeluaran susu.
    6. Penggunaan ubat penahan sakit.
    7. Bayi berat semasa lahir.

    2. Keadaan perubatan

    1. Keadaan kesihatan ibu juga menjadi penyumbang besar kepada kuantiti dan kualiti pengeluaran susu selepas bersalin:
    2. Diabetes: Ibu yang mengalami diabetes tetap atau diabetes sementara semasa hamil (atau diabetes gestasi) boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu. Ini kerana penyusuan susu ibu amat bergantung kepada paras insulin. Ibu yang mengalami sebarang bentuk diabetes bermakna anda tidak boleh mengawal paras insulin anda, menyebabkan tubuh anda tidak mampu untuk mengawal pengeluaran susu badan.
    3. Terlebih berat badan atau obesiti: Sama ada ia disebabkan gangguan metabolisma yang wujud sebelum hamil (seperti hyperthyroidism) atau disebabkan gaya hidup, ibu pasti berisiko tinggi mengalami kekurangan prolaktin jika bacaan BMI sebelum hamil adalah melebihi 26.
    4. Sista lutein teka ovari gestasi: Ini merupakan keadaan luar biasa di mana tubuh menghasilkan jumlah testosteron berlebihan yang boleh menumpaskan pengeluaran susu yang betul semasa tempoh selepas kelahiran. Bagaimanapun, paras testosteron akan beransur berkurangan selepas 3 hingga 4 minggu dan susu badan akan mula keluar apabila paras testosteron menurun kepada sekitar 300 mg/dL.

    Punca susu badan kurang 3: Pengurusan penyusuan 

    punca susu badan kurang

    Penting untuk setiap wanita untuk mula memerah susu menggunakan tangan dalam tempoh beberapa jam terawal selepas kelahiran, untuk merangsang pengeluaran susu dan mencegah pembengkakan payudara (akibat susu penuh).

    Pembengkakan payudara adalah keadaan yang boleh menjurus kepada kekurangan susu badan.

    Faktor lain yang berpotensi 

    Pengunaan ubat tertentu semasa kehamilan dan kelahiran juga boleh menjadi punca susu badan kurang. Risiko penghasilan susu akan meningkat seiring dengan usia ibu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan