backup og meta

Pernah Dengar Sindrom Edward? Ini Simptom dan Punca Yang Ibu Bapa Wajib Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

    Pernah Dengar Sindrom Edward? Ini Simptom dan Punca Yang Ibu Bapa Wajib Tahu!

    Sindrom Edward atau dikenali sebagai Trisomi 18, adalah kondisi genetik serius yang sangat jarang ditemui.

    Kondisi ini dikatakan hanya akan menyerang 1 daripada 6,000 kehamilan dan 80 peratus daripadanya merupakan bayi perempuan.

    Kondisi ini juga merupakan salah satu punca berlaku pelbagai masalah kesihatan lain buat bayi yang menghidapinya.

    Malangnya, kebanyakan bayi yang menghidapi sindrom ini akan meninggal dunia sebelum atau sejurus selepas dilahirkan.

    Ada juga bayi yang menghidapi jenis sindrom ini yang tidak begitu berbahaya seperti trisomi mosaic atau trisomi separuh.

    Bayi ini mampu untuk hidup bertahun lamanya dan dalam beberapa kes, menjangkau usia dewasa.

    Akan tetapi, bayi ini malangnya akan mengalami kelainan terhadap fizikal dan mental mereka.

    Simptom Sindrom Edward

    Malangnya, bayi yang menghidapi sindrom ini akan mengalami kelainan pada fizikalnya iaitu:

    • Kurang berat badan semasa lahir
    • Bentuk kepala yang kecil dan tidak normal
    • Rahang dan mulut yang kecil
    • Jari yang terlebih dan tapak tangan yang tergenggam
    • Telinga yang terbentuk tidak sempurna
    • Tapak kaki yang berbentuk bulat
    • Sumbing bibir dan lelangit
    • Exomphalos (usus berada pada luar perut)

    Bayi yang menghidapi sondrom ini juga berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan termasuklah:

    • Kegagalan jantung dan buah pinggang
    • Masalah pemakanan
    • Masalah pernafasan
    • Tulang yang tidak normal
    • Hernia pada dinding perut
    • Infeksi yang kerap pada paru-paru dan sistem perkumuhan
    • Kelainan upaya dalam pembelajaran

    Punca Sindrom Edward

    Bayi yang normal dilahirkan dengan 46 kromosom yang disusun dalam 23 pasangan yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

    Bayi yang menghidapi sindrom ini pula mempunyai tiga salinan kromosom 18, bukannya sepasang.

    Kondisi ini akan menyebabkan gangguan terhadap perkembangan bayi yang menghidapinya.

    Faktor genetik ibu bapa bukanlah punca berlakunya kondisi Trisomi 18.

    Pembentukan tiga salinan kromosom 18 ini kebiasaannya berlaku secara rawak semasa pembentukan sperma atau telur lagi.

    Agak mustahil untuk pasangan melahirkan lebih daripada seorang anak yang menghidapi kondisi ini kerana sindrom ini bukan disebabkan oleh faktor genetik sebaliknya akan berlaku secara rawak.

    ubun-ubun bayi

    Walau bagaimanapun, risiko pasangan mempunyai anak yang menghidapi sindrom ini akan meningkat seiring dengan perjalanan usia ibu bapa.

    Apa yang ibu boleh lakukan?

    Malangnya, buat masa kini masih tidak terdapat sebarang penawar kepada Sindrom Edward.

    Rawatan buat bayi yang menghidapi sindrom ini akan berfokuskan kepada isu yang boleh mengancam nyawa seperti masalah jantung dan pelbagai risiko infeksi.

    Selain itu juga, bayi yang menghidap sindrom ini juga akan mengalami masalah pemakanan dan pergerakan.

    Anda perlu menyuap mereka dengan menggunakan tiub bantuan untuk memudahkan anda dan mereka.

    Apabila meningkat dewasa, dapatkan rawatan fisioterapi dan terapi cara kerja untuk membantu pergerakan mereka dewasa kelak.

    Bergantung kepada masalah spesifik yang dialami oleh anak anda, mereka mungkin memerlukan penjagaan yang rapi di pusat perubatan.

    Anda juga mungkin boleh mendapatkan sokongan yang diperlukan untuk menjaga mereka di rumah.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan